Selamat tengahari. Cuaca penang hari elok saja. Redup-redup dengan angin selembut bayu yang masuk ikut celah tingkap bilik aku yang bertingkat 9 di atas bukit gambir ni. Perghh, layan syahdu ni kalau aku melentangkan badan aku atas tilam. Hahahaha. Perut pulak tengah kenyang setelah melantak nasik tadi.
Pejam celik pejam celik dah hampir 1 tahun aku tinggal di Penang ni. Dulu aku 3 tahun merantau di k.l sekarang di penang pulak Macam-macam pengalaman dah aku rasa. Kadang-kadang macam dalam mimpi pulak. Dulu masa kecik-kecik duk berangan nak tinggal kat k.l. Langsung dapat peluang duk di sana selama 3 tahun. Mimpi jadi kenyataan.
Kini aku berkelana di Penang. Dah 4 tahun aku tinggalkan kampung halaman demi mencari ilmu di dada ni yang sentiasa tak penuh-penuh sampai sekarang. Kalau cakap pasal umur. Malu laaa. Dah makin berusia aku rupanya bukan remaja lagi tapi dah mencecah dewasa.
Haish, masa memang cepat datang dan kita sudah tak boleh nak patah kembali ke masa lampau. Yang lampau biarkan menjadi kenangan. Di depan mata sekarang ni biarlah mencari kehidupan yang lebih terang benderang dikala disuluh dengan lampu suluh. Usia belog aku pulak dah cecah 3 tahun. lama dah ni tapi aku masih kerdil dalam dunia belog ni.
Malas cakap banyak. Exam makin dekat. Ada 1 tahun lagi di penang ni. Selepas ni kemana hala tuju aku? Aku pon tak pasti. Biarkan aku habiskan sisa-sisa hidup aku kat penang ni dulu sampai tahun depan. Mungkin lepas tu aku pergi London ka, New York ka, Tokyo ka, K.L semula ka (Kuah, Langkawi). Balik kg asal la tu!!hahahha..
P/S: Aku sudah meningkat dewasa. Tak sangka cepat betoi masa berlalu. Zaman remaja aku dah tinggalkan. Muncul zaman yang lebih mencabar. Ingat, insan yang cemerlang datang dari tido yang cukup!! Aku suka merepek dan merapu. itu ja.
4 ulasan:
lepas ni hng kawennn...
dapat anak2 suka mkn straw gak..
oh yeah...
oit..duk p sebut straw pulak..hahahha
haha dah tua..
tp duk ggt straw 2 jg..
kunk time ats pelamin pun ggt straw udah ler..
hahaha ! rini tak minum milo ke ? :P
Catat Ulasan