Jumaat, 15 April 2011

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

Assalamualaikum.

Pagi-pagi buta dah rajin nak join kontest RM @ Rangers Muslimah. Macam menarik ja entry ni. Nak try lah. Untuk muhasabahkan diri aku jugak.

Mula kena buat seperti di bawah tu. Rasanya macam ni lah kot. Kalu salah habaq mai kat ceq no Rangers!!



Setelah aku hidup selama 24 tahun. Pelbagai pengalaman aku rasai. Di sini aku nak berkongsi cerita kisah satu family yang menghadapi pelbagai liku-liku dan dugaan hidup. Sebelum ayah kandung mereka pergi menemui Allah S.W.T, hidup mereka sekeluarga amat bahagia namun ranjau kehidupan mula bergelora dek kerana sifat dengki manusia.

Hubungan sesama manusia menjadi tegang dan permusuhan semakin ketara. Selepas ayah kandung sudah tiada, suasana hidup kembali aman namun masih banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Kanak-kanak yang kecik tidak mengerti tapi kesannya adalah kepada mereka hingga sekarang. 

Muncul pula ayah tiri. Sangat baik dari segi penampilan. Tetapi tidak disangka badai kembali apabila sekumpulan polis yang menyamar datang membawanya. rupanya beliau seorang penagih dadah. Ditangkap dan dipenjarakan.

Hidup keluarga tersebut terumbang-ambing. Anak-anak mula memberontak. Si bongsu pula mula terikut dengan gejala tidak elok. menghisap rokok! Tiada kesedaran hanya keseronokkan. Disebabkan permasalahan keluarga yang meruncing jalan pintas diambil dengan membuat perkara yang tidak memberi manfaat.

Kini, apabila si bongsu berubah. Kembali ke pangkal jalan. Rokok sudah ditinggalkan demi mengejar cita-cita dan harapan. Badai datang lagi, kehadiran ayah tiri baru membawa kepada satu pergolakan yang paling dahsyat. Hubungan antara seorang ibu dan anak terpisah selama 3 tahun. Betapa dahsyatnya dugaan tersebut. Hanya Allah sahaja yang mampu tahu kesengsaraan anak dan ibu tersebut. Kasih sayang dan hubungan pertalian darah terputus dek kerana sifat dengki sesetengah manusia yang menyebarkan fitnah. kesannya hubungan ibu dan anak terputus.

Bayangkan selama 3 tahun  anak-anak tersebut tidak mampu memohon keampunan kepada ibu mereka. Neraka menjadi tempat persinggahan mereka kerana telah menderhaka kepada ibu. Astarfirullah hal azim.. Pengalaman yang begitu dahsyat. Alhamdulillah. dengan berkat doa dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T agar hubungan kekeluargaan ini kembali disatukan. Doa itu telah dimakbulkan.

Kini keluarga tersebut kembali bersatu namun masih terdapat ranjau-ranjau dan liku-liku yang perlu ditempuhi. kerana sifat dengki manusia tidak akan pernah luntur dan mereka akan sentiasa meruntuhkan hubungan yang kembali terjalin ini.

Si anak semakin kuat dan tidak mengalah. Kerana pengalaman mengajar beliau erti kehidupan yang sebenarnya. Pengalaman yang telah dilalui menjadikan beliau semakin bersemangat untuk mengubah segala-galanya. Si anak ingin berubah. Berubah kearah yang lebih baik dan membawa keluarganya keluar dari segala permasalahan yang melanda.

Semoga cerita ini memberi manfaat dan pedoman kepada kita semua. Ingatlah sifat hasat dengki tidak akan luntur di dalam jiwa manusia yang dipenuhi dengan hasutan syaitan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan pengalaman ini akan mematangkan seseorang itu untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang.

P/S: Hidup tak pernah akan aman sekiranya fitnah dan hasad dengki ada di dalam hati seorang manusia. sesungguhnya golongan ini hanya ingin merosakkan dan mengkucar-kacirkan hidup orang lain. Semoga golongan ini diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T

10 ulasan:

Muslimah Optimis berkata...

uit..uit.. assalamualaikum..
ni karya ori ke???
hihihi... tadi lupa tulis pastikan karya original..hihhihi...
terima kasih join...
al da best...

fRaMe+LenSeS berkata...

Assalamualaikum.. wahh.. nice story.. tamo dengki2 okeh.. ;) dengki sebab tengok orang lagi baik. kita jadi lagi baik takpa.. ;)

CikTomyam berkata...

all d best..nice entry =D

Zai Zamree berkata...

waho...awainya...
nice...

Zaza berkata...

GOOD LUCK!

PCL berkata...

sempoi...gud luck! ...singgah sini sat..saja nak kenai2 dulu..

sue perbs.. berkata...

first entri sy bce dri blog mo... nice2..

Diari Anak Perantau berkata...

wah..best2..^^ good luck k..

khashamimi berkata...

hidup xkan bahagia bilakita terus berdengki..nice story =) gud luck

K.I.B. berkata...

Hubungan antara seorang ibu dan anak terpisah selama 3 tahun..;(

kerana hasad dengki, mata hati dikaburi benci

AYUH, sama-sama sucikan hati;)