Selasa, 14 Mei 2013

Michu dan Micha




Penghuni baru di rumah 

Ahad, 13 Januari 2013

Menuntut ilmu...

 
"Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran"(Surah al-Zumar, ayat 9)

Saidina Ali Bin Abi Talib pernah berpesan " Bukan suatu kebaikan sekiranya kamu hanya memiliki anak-anak dan harta sahaja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah ilmu pengetahuan yang tinggi dan banyak."

Beliau turut berkata, "Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihat. Apabila matinya orang berilmu, maka terdapat kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya iaitu orang berilmu juga." sumber (meniti jalan suci).

Sabtu, 5 Januari 2013

2012 Punya Cerita....



TRIP STUDY MELAKA


LIFE OF PRACTICAL


IFTAR RAMADHAN 2012


KONVOKESYEN 


 STARTING CAREER



Penutup Tahun 2012 yang cukup sempurna.
Alhamdulillah. Semoga tahun 2013 lebih baik.
Berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik dan berusaha memajukan diri.

Ahad, 16 Disember 2012

TAHNIAHH......



Tahniah kepada kawan sekolah dan kawan unibersiti yang telah menempuh alam perkahwinan. Semua muka ceria-ceria ja bila dah kawin ni.

Haih...turn aku ni bila tak tau. hahahhaa.. biarlah rahsia..

sekian entry ringkas hari ini.

malas update punya pasai...

Jumaat, 2 November 2012

mukadimah yang berhabuk

sejak 3 bulan lepas sampai la hari ni aku sentiasa mengadap komputer ofis aku. boleh kata tetiap hari aku menaip tapi sikit pon tak penah aku teringin nak update dalam belog. kalau ada pon hanya entry yang dipelopori gambar. nak taip pon malas dohhh. bahasa budak-budak tengah up sekarang.

walaupun aku punya belog tak popular. tak penah pon ada orang datang merayu kat aku silalah update entry ke apa. demmmm.. memang nampak sangat dah aku tak pemes. demmm demm demm. dah la team aku man utd baru kalah 2-4 ari ni. sedangkan menang pon orang cakap beli pengadil, menang nasib, tipu ini tipu itu. sudahlah. ada aku kisah. bukan aku lahir kat england pon. hekhek.

ok, berbalik kepada kisah yang aku nak cerita sebenarnya. waktu kejadian itu pada jam 9.00 pagi. mesti hairankan kepada perlu pukul 9.00 pagi, ada 12 nombor dalam jam tapi kenapa aku pilih jam 9.00 pagi. segalanya akan terungkai. 

ketika jam 9.00 aku baru tengah bersiap-siap dengan amat smart + hensem + macho. sambil menghadap cermin di dalam bilik membelek muka aku. aku amik minyak rambut jenama "x" yang mempunyai cover warna merah menyala. aku calitkan sikit kat rambut demi membuat gaya rambut remoih ke depan. apa jadah aku cerita tentang aktiviti pagi-pagi bersiap ni.

selalunya orang yang bekerjaya akan bersemangat masuk ofis jam 9.00 pagi. ada yang terlebih rajin jam 8.30 pagi dah terpacak depan pintu kononnya mempunyai semangat berkobar-kobar untuk bekerja. tapi aku masih steady bersiap dengan penuh berdisiplin. puiii. macam haprak woiii.. masuk ofis pukul 9.00 pagi la banggang.. ingat tu ofis bapak hang ka.. demmm...

macam biasa aku masuk ofis tanpa rasa bersalah kerana lewat sehingga 30 minit. so faham-faham sajalah aku masuk ofis pukul berapa.dasar tak ada disiplin punya orang. jadi rutin aku seharian adalah memberi khidmat urutan badan profesional kepada pelanggan yang inginkan khidmat aku. demmm aku menipu. hahahhahah.. woit aku bukan kerja urut-urut lah. mau patah tulang orang kena urut dengan aku nanti.

aku kerja sebagai kuli kepada bos aku yang terlibat dalam beberapa projek. jadi dengan alasan kerja yang semakin bertimbun menyebabkan tangan aku tak termampu untuk mengepost bebanyak entry untuk dikongsi kepada fans-fans fanatik aku..puii boleh blah woi..perasan tahap gaban pa. femes pon dak. entah-entah orang pon tak tau pon belog aku ni..hahahhahahaa....

jadi inilah punca segalanya aku tak terupdate benda pa pon kat belog nih.hahhahaha..

pentingkan kerja dulu lah..baru bergiat untuk menjadi pekerja efisien katanya..hahahhaha

demmm. 

kena ubah perangai tak senonoh masuk ofis lambat. disiplin disiplin woiii...