Selasa, 30 November 2010

Nak bersalin pon kena Tinju?

Ni lagi satu kes aku baca kat surat khabar hari ni. Nak tau kes apa? Pegawal keselamatan tumbuk ibu nak bersalin. Terkejut beruk aku!! Apa punya jenis manusia ni? Teruk betul, patutnya dia tolong la bawak ibu tu ke wad bersalin cara elok-elok. Ni ada ke patut pegi tinju ibu bersalin tu. Nak tahu lebih lanjut kena la tengok kat sini Hmetro

Tak sangka aku, apa kejenis sikap manusia zaman sekarang ni? Apa masalah pengawal keselamatan tu. Sesuka hati ja tumbuk bini orang. Dah orang tengah sakit nak bersalin. Ish-ish. Dunia-dunia oi. Kejam sungguh pengawal tu. Kena bagi tindakan keras terhadap dia.

Isnin, 29 November 2010

Lelaki, janggut dan misai...

Salam

Malam ni aku nak cakap tentang penampilan Lelaki. Aspek yang menjadi fokus utama aku malam ni ialah bahagian MUKA yer,macam pakar ja aku ni kan. Seperti yang anda selalu nampak la ada lelaki bermisai, ada berjanggut, ada kedua-duanya dan tak ada langsung. Kalu macam aku, suka simpan janggut tapi tak suka ada misai. Agak-agak hangpa yang mana ok? Selalunya yang menjadi kegilaan wanita zaman la suka tengok artis-artis korea yang muka mereka bersih tak ada janggut dan misai pon. Agak-agak orang pompuan suka laki yang muka cam na yer? yang ada janggut,misai tebal-tebal macam Datuk K tu. Jangan main-main dengan misai tebal-tebal tau, dapat Siti Nurhaliza tu. 



Sebenarnya apa wanita kat negara kita nak yer? Aku kadang-kadang tak faham gak. Ni semua orang cakap aset lelaki. Kalu tak da misai orang cakap tak matang la, belum cukup umur la. Apa punya terjemahan diorang rujuk mana aku pon tak tau. Kalu lelaki yang nak simpan misai tu, jaga la elok-elok. Buat treatment macam rebonding pon ok gak. Ya la nak jaga kelembutan misai. Hahahaha. Main-main ja, asalkan kemas ok la. Tak da la orang tengok serabut semacam ja. Sama jugak macam janggut. Kena jaga la walaupun janggut seciput yang hidup segan mati tak mau tu. Kena jaga gak bagi kemas. Baru la orang tengok kita pandai jaga penampilan.

P/S: Penampilan sangat penting, dari situ orang dah boleh nilai kita. 

Khasiat buah-buahan

Antara fakta menarik yang aku nak kongsi kat anda-anda pembaca sekalian, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Encik Google Imej
Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak. 

Khasiat buah-buahan:

  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

  • Kiwi
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.


  •  Pisang
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

  •  
    P/S : Pas ni makan buah banyak-banyak!

    Ahad, 28 November 2010

    Aku iras-iras Shahir AF8?

    Salam

    Selamat malam semua. Malam ni aku nak cerita sikit tentang kabor-kabor angin yang telah dilontarkan oleh kawan kg aku. Errr, mereka cakap muka aku iras-iras Shahir AF8 tu. Hohoho. Hangpa rasa betul ke tak? Meh aku nak try padankan gambar Aku dan Shahir yer.




    Errr.. sama tak? hahaha. Hangpa la bagi jawapan. Pelik benor. Aku rasa tak sama kot. Tak nampak seiras pon. Hahahahah. Lawak betul la. Adoih, aku merepek jer memalam ni. :-)



    Sabtu, 27 November 2010

    Perkhidmatan Pos Malaysia Di JAMIN SAMPAI ESOK! Hakikatnya...

    Selamat tengah hari. Dah makan belum? Sapa yang tak makan lagi angkat tangan? Aku nak belanja hari ni? Nak? Kalu nak hangpa semua kena tunggu aku pos la yer. Hahahaha. Agak-agak sampai bila yer? Ke tak sampai?

    Hari ni aku dah hilang sabaq. Pasai pos-pos surat ni. Sapa tak penah pos surat? Bukan pa, takut tak faham kenapa aku membebel-bebel sampai urat tekak aku nak terkeluaq dah ni. Haish, penah tengok Pos Ekspress tak? Penah tak? Penah dengar tak? Kalu tak tau benda ni memang aku pelik la dengan orang-orang ni.

    Ni kat sini aku nak tunjuk sampel Pos Ekspress bagi sapa-sapa tak pernah tengok, guna, pakai, beli, terbeli, ternampak ke apa-apa jer la. Aku nak tunjuk jugak gambar dia. Tengok di bawah yer:



    Dah tengok? Apa yang hangpa nampak? Dia tulis pa kat situ? Dia tulis DIJAMIN SAMPAI ESOK. Wah, Motto terbaik, cemerlang, gemilang,terbilang kau memang the BOOM lah. Tapi hampeh ja. Tak leh pakai langsung ayat tu. Kenapa aku cakap cam tu? Sebab aku sedang menunggu DIJAMIN SAMPAI ESOK yang dihantar oleh abg aku sejak hari selasa hari tu lagi, tapi tak sampai-sampai ke hari ni. Wah, Macam ni ka servis diorang? Memang aku tabik spring la. Tak leh pakai punya POS EKSPRESS!! 

    Patut POS EKSPRESS ni tukar Motto lah. Aku ada cadangan baik punya. Tengok gambar bawah yer. hahaha. 



    Amacam aku punya Motto? DIJAMIN SAMPAI SEBULAN! OK tak? Sesuai tak agak-agak hangpa semua? Dah la kena cas mahal untuk hantaq. Orang bayar mahal nak bagi sampai awal ni lebih kurang macam pos surat biasa ja. Baik aku pakai setem yang harga 60 sen tu. Untuk pengetahuan hangpa semua, la ni minimum nak hantaq surat tak kira kecik ka besaq ka 60 sen tau harga dia. Pas tu sebelum nak hantaq hangpa timbang dulu takut berat melebihi had yang ditetapkan untuk setem. Baru hangpa semua tau harga betoi setem yang kena tempek kat surat tu. Kalu tak sampai mati tak sampai surat tu. 

    P/S: Tukar la Motto tu. Tak leh pakai punya janji. Nak jadi terbaik cam na, hantar surat pon tak tepat masa. Haish.

    Jumaat, 26 November 2010

    SAYA SUKA BLOG AWAK LA !

    Selamat pagi semua. 

    Semalam ada terbaca tentang entry En. Ben. Namun disebabkan mata aku ni yang merajuk-rajuk nak tido, aku tak sempat nak join. Tapi pagi ni dengan semangatnya aku bangun awal nak join event ni. Akhirnya aku berjaya gak join. Segmen ni aku kena listkn 5 blog yang aku suka sangat menjejak kaki kat tanah mereka tanpa meninggalkan sebarang kesan. Kali ni kena tinggalkan kesan ek En. Ben. Dengan ini diumumkan pemenang-pemenang bertuah yang telah dipilih secara profesional oleh juri yang bertauliah (aku la 2).

    Ada beberapa sebab kenapa aku suka pegi blog dia ni. Satu sebab dia anak murid aku. Jangan ingat aku cikgu dia kat skolah lak. Aku cikgu belog dia. Caya tak? Mesti tak caya kan? Aku dah agak tapi itulah yang betulnya. Tak caya tanya tuan belog tau. Tapi aku bangga sebab anak murid lagi hebat dari Cikgu dah ni. Aku dah kalah dah dengan dia. Aiseh malu-malu. hahahah. Start dari situ aku dah ikut belog dia. Apa yang dia tulis adalah dari hati dia sendiri. Good job anak murid. hehehe..

    Ni sape tak kenal Hanis tak tahu la. Fames gak blog dia. Aku suka baca belog dia. Unik dengan cara dia menulis. Aku suka baca tips-tips dia walaupun banyak yang lebih kepada pompuan. Lantak la. Aku suka. Hohhoho.. 

    Tuan belog ni senior aku masa tengah belajar kat UM dulu. Belog dia memang best sangat. Dia suka bergosip itu yang penting. Aku suka gosip-gosip ni. Hahahaha. Kadang-kadang dia serius tapi aku rasa nak tergelak cara dia tulis untuk luahkan perasaan dia tu. hahahah..

    Yang ni aku baru jer follow dia. Aku suka belog ni sebab dia tulis ikut suka hati dia ja. Yer la dah belog diakan so suka hati dia la nak tulis pe. Lagipon aku baru jer kenal dia. Dia ni panglima perang tak bertauliah sebenarnya. HAhahahahha..

    Yang ni telah la. Semua orang kenal En. Ben. Tulisan simple je tapi penuh bermakna. Lagi satu cepat sungguh En Ben post entry. Time kerja pon dia sempat post. Hebat tak hebat En. Ben ni. Aku pon tak termampu nak buat semua tu.  

    Dari mana aku tau tentang segmen ni. Semestinya Ben Ashaari.

    Ok. Dah siap pon tentang segmen ni. Banyak sebenarnya belog yang aku suka tengok tapi dah nak 5 jer. Aku bagi la yang mana aku kerap baca. Hohoho.. Ok Thx En. Ben yer.

    Selasa, 23 November 2010

    "CONTEST GAMBAR PALING CHILL !!"

    Aiseh men..kena join contest la pulak disebabkan kena tag dengan Fatihah ni. So aku pon masuk la demi kawan aku yang baru ni. Support blogger yer.. orait. malas nak citer panjang. Ni contest oleh Hutan Kabut yer. Dia nak korang cari gambar yang menarik kot. Tak kisah cuma dia nak tagline untuk gambar 2 jer. So tak susah kan. Leh ja join. Hahahaha..

      Ni link contest ni ok (Hutan Kabut)

    Disebabkan aku pon tengah bosan tak tahu nak buat apa. Kena pulak tag untuk join contest ni. So aku pon amik la peluang ni nak menunjukkan gambar paling chill la kononnya. Kena ada tagline untuk gambaq ni. Huish. Aku dah try godek-godek dalam external nak cari gambaq lawa ckit. langkah kedua follow belog Hutan Kabut yer untuk join contest ni. Tambah kenalan dah 2.Baguskan. 

    Aku malas nak cakap banyak sebab dah tak sabar nak menang adiah ni. Confident ja macam aku nak menang.. Hahahahha. Confident kena ada ok. Err aku dah jumpa gambar yer. Tengok bawah tau. Janga tengok atas lak. Atas banner tuan punya contest ok.

    kami memang cute miut. Anda?

    Aku suka warna biru aja. Sebab kawan-kawan banyak tanya awat hang suka pakai baju biru? Aku suka aku pakai la. Hahahaha..

    Aku tag mereka-mereka ini yer. Minta maap yer memang kena tag. Nasib la


    hehe..So anda rasa anda semua sangat Chill? Dipersilakan mempertaruhkan nyawa anda yer..ehh ehh tak la ke situ yer. Mempertaruhkan nasib anda untuk menang adiah k. Syarat-syarat leh rujuk kat link aku tulis di atas.
    Okeh..dah siap..sapa-sapa kena tag tu sila join no. Best ni. Nak eratkan hubungan kita-kita yang baru kenal..hehe..

    Tak mau cakap banyak. tengah berangan nak menang adiah utama ni. haha.

    P/S: Selamat berjuang..hohoho..


    Nak beli anak patung ni boleh?

    Sapa tak suka anak patung angkat tangan? Aku pon suka anak patung sebenarnya. Ehhh, tak suka pon la. Selalunya kaum wanita amat menyukai anak patung ni. Tapi kalu anak patung ni, confom orang laki yang suka sangat. Sangat murah anak patung ni dijual dengan harga RM10.00 jer. Nak tau anak patung apa? Baca berita tak hari ni? Ni aku nak habaq mai kat hangpa semua yang tak baca surat khabar hari ni pasai satu anak patung baik punya dari ladang. Anak patung ni hanya di minati kaum lelaki sahaja sebabnya: tengok gambar di bawah yer.

    Dah tengok? Amacam patung ni? Seksi betol kan. Inilah sebab hanya golongan laki ja yang minat nak beli. Aku tak beli la. Just nak bagi tau ja kat hangpa semua tentang benda ni. Kalu tak percaya leh tengok la kosmo hari ini. Kat sini aku buh sikit tentang petikan dia. Sila baca la no takkan aku lak nak tolong bacakan kat hangpa semua. Hohohoh...


    PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.
    Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.
    Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
    "Pelanggan yang berkunjung suka melihat patung ini apabila buah dadanya bergerak-gerak selepas colinya ditanggalkan.
    "Dalam sehari lebih lima buah akan terjual. Patung ini sesuai diletakkan di dalam kereta dan kebanyakan pembeli adalah orang muda," katanya

    Dah habis baca kan. Ehh senangkan laki nak bagi hilangkan mengantuk masa drive. Beli ja anak patung ni. Confom mata cergas sepanjang masa. Aku nak beli tak ada keta, moto kapcai ada la. Takkan la aku nak letak kat moto aku. Gila buat malu ja. Haish. Macam mana la anak patung ni boleh dijual yer. Sonang-sonang ja dapat, murah pulak tu. Ehhh duniawi masa kini. Hangpa nak ke anak patung ni? Tak yah la. Beli benda lain la yang boleh bagi lagi manfaat dari benda yang merosakkan jiwa ni. Adoihh.. Aku nak..hahhaha...lawak jer..

    Akhirnya..dapat juga update

    Agak bengang dengan wireless USM ni. Susah betol nak update. Lembab semacam ja. Hadoih. Letih menunggu masa nak update ja. Dah la tengah borin yang amat sangat. Bila idea datang mencurah-curah untuk dimerapukan di belog tapi wireless pulak buat hal. Tak bagi aku nak update. Tension betol la dari semalam lagi. Baru sekarang boleh update menjadikan mood aku dah hilang nak tulis apa-apa. Meluat kot dengan benda-benda yang menganggu aku yang bermotivasi tinggi dalam dunia berbelog ni. Jadi, hari ni aku tak tau nak citer apa-apa la sebab banyak idea dah hilang gara-gara kebengongan wireless ni. Spoilkan mood aku aja sejak 2,3 hari ni.

    Ahad, 21 November 2010

    Remaja masa kini...

    Hai remaja. Di mana maruah anda?? Pendedahan yang agak mengejutkan di dalam Harian Metro pada hari ini.


    KES 1 - ADILAH, 13:

    “SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

    Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

    Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

    Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

    Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
    Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

    Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

    Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

    Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

    Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

    Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

    Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

    Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

    Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

    Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

    Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

    Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

    Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

    Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


    Di mana harga diri anda?Di mana peranan ibu bapa?Di mana adap dan tatasusila anda? Kenapa perkara ini berlaku? Siapa yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini? Semoga perkara ini dijauhkan daripada kita semua. 

    Jalan-jalan sekitar penang!

    Hari ni aku nak bercerita tentang pembaziran masa. Nak start dari mana ya, emm haaa ok. Mula-mula tentang plan aku dengan seorang kawan la *baru ja kenai dia*. Lepas habis tengok Harry Potter semalam kami bercadang nak tour 1 penang. Plan cukup baik lah. Pukul 8.00 pagi kononnya nak sarapan dulu, pastu jungle tracking la kononnya yang nak dibuat. Nak tau jadi apa? Langsung masing-masing bangun time matahari duk terpacak atas kepala. Maka rancangan pun berubah. Makan tengahari pastu tour sekitar penang jer la. hahahaahah.. Kat bawah ni ada sikit-sikit punya gambar yang aku sempat nak snap pakai handset aku yang murah tetapi canggih!!.










    Boleh tahan la penatnya pusing penang ni. Menempuh laluan berliku-liku dengan menguji kemampuan drifter kawan aku ni sampai aku pon pening-pening naik keta dengan dia. Punya la sempit jalan kat balik pulau tu. Dah la atas bukit buat aku risau ja. Kami akhiri trip ni dengan pekena laksa penang kat tepi pantai dekat Batu Feringgi. Akhirnya berjaya jugak aku pusing penang setelah 4 bulan tak sempat nak ke mana-mana. Langsung tak ada apa yang menarik. Cuma cuci mata sikit-sikit dekat pantai. Lumrah alam la laki kalu tengok women or perempuan or awek-awek yang bergelimpangan dekat pantai-pantai ni. Cerah la biji mata tu kan. Bersinar-sinar dengan kegalakkan yang mencecah paras dagu. hahahahha...

    P/S : Ni satu cara atau teknik nak membazir masa dengan bijak. Jelajah satu kawasan terus dengan penggunaan masa yang betul. Hargai masa anda. OK! Chow

    Jumaat, 19 November 2010

    After 4 month

    Today i would like to try my english lesson *is this right*. What i know is my english are very very bad. Orait, firstly i just finished the examination for 1st sem. It's very horrible. I don't know what was i'm answering that stupid ugly question. Feel ashamed with my self honestly. 


    Amacam aku punya english? Ok tak? Mesti hang pa semua rasa teruk kan. Aku dah agak mesti hang pa semua akan kutuk kaw-kaw punya lah. By the way, i'm still in the island that full with the happinest thing?not sure!! I'm get bored stay in this creapy island. Hahahaha. Well, banyak tempat yang belum aku jelajah sebenarnya kat penang ni. Terutama bukit bendera, coz it's still closed till today. Why? Sebab mereka sedang tukar dia punya train tu. Jadi masih tutup la jawabnya. Also their a lot of things that happen when i in this bored island.


    Pertama ialah laptop rosak. Rosak tiba-tiba tanpa memberi amaran langsung. So terpaksa la aku membuat pelaburan baru. Buy new laptop!!! Oyeahh. Aku beli laptop baru. Geramnya. Habis duit aku. Baru cadang nk beli DSLR. Terpaksa la lupakan niat tu untuk berkurun jugak la!! Jadi kat atas 2 lah laptop baru aku. Beli yang murah ja.

    Ada banyak lagi benda yang berlaku kat aku sebenarnya. Tapi malas nak tulis banyak. Semua berlaku dengan pantas. Jadi sebagai pengajaran aku perlu bersedia dengan lebih awal lepas ni. Apa yang berlaku baru-baru ni menyebabkan aku tak termampu nak mengawal semuanya. It very hard things! 

    P/S: Kena buat persediaan awal. Hard Working!! Oh yeah... Akhir kata hidup mesti mau hapy jgn duka-duka..chill out bebeh....gambar aku kat atas tu sebenarnya tak da kaitan pon.Saja suka-suka nak buh..



    Khamis, 18 November 2010

    berKorban di Perantauan...

    Assalamualaikum..


    Baru saja boleh menulis belog sebab tak tahu kenapa tak boleh nak tulis baru-baru ni. Tenet lembab semacam ja. Sekadar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha. Tahun ni memang berkorban la jawabnya. Beraya di perantauan. Selalu dapat la jagak merasa lauk-lauk raya haji ni. Tahun ni tak berkesempatan pulak.

    Jumaat, 5 November 2010

    Dulu dan Kini

    Assalamualaikum..

    Sekarang mood berada di kampung halaman. Akhirnya berjaya jugak sampai ke rumah walaupun tersadai di Jeti Kuala Kedah selama 4 jam gara-gara orang terlalu ramai nak ke kampung aku. Al-maklumlah kampung famous dengan tahap kebersihan di atas paras merah (maksudnya teruklah). 

    Sambil buat kerja teringat pulak kenangan lama-lama dulu. Bersama kawan-kawan kampung, kawan  dari pelbagai negeri dan kawan dari tempat yang baru. Apa kepelik ayat aku malam ni. So aku pon tengokla gambar-gambar lama dan terjumpa beberapa gambar menarik gak la. Bagi aku menarik kot. hahaha. 

    Ni gambar dalam kereta faizal. Sekali masuk 7 orang terus. Besaq kan kereta dia ni. Nama pon Pajero memang celuih la dengan kami 7 orang. Berhimpit-himpit dalam kereta orang. Bukan selalu kan. So ni lah kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Masing-masing dah ada hala tuju. Aku ja belum.

    Ni pula gambar masa aku n geng gila-gila kena buat hari keusahawan. Tapi ni pic hari last. Dah habis barang-barang menjual. Boleh tahan la penat nak buat menatang ni. Sakit jiwa dan badan ja. Tambah-tambah kepada bob. Terkena jaga kami punya khemah dan barang-barang. Meradang dia dengan scoot hijau dia(vespa). Nama syarikat kami paling famous iaitu MASIH SOLO ENTERPRISE SDN BHD. So sapa-sapa yang solo boleh la join syarikat kami yer

    Ni pula pic aku dengan geng2 batch RPPP. Inilah kenangan yang aku lalui sepanjang bergelar pelajar. Dapat la jugak beberapa pengalaman baru hasil trip ni. All the best la kepada geng2 aku ni.

    Ni lah serba sedikit cerita dulu kala yang memberi aku banyak kenangan. Sehingga kini aku masih ingat bahawa aku mempunyai ramai kawan-kawan tak kira tempat.

    P/S: Sentiasa hargai kawan-kawan kerana mereka mengajar kita erti persahatan yang sebenar.