Good morning. Pa habaq semua?Mana-mana yang tak gosok gigi lagi sila pergi gosok dulu! lagi elok mandi trus. Yang baru bangun dengan taik mata 1 tan tu sila buang yer! Tenyeh-tenyeh sikit mata tu kasi segar.. Mana-mana yang lapaq tu mai sini. Aku belanja minum ayaq milo panas.
Aku selalu teringat masa zaman kecik-kecik dulu. Kalau bangun pagi setiap hari Ahad sampai Khamis mesti jadi malas? sebab apa? malas nak pergi sekolah! Hahahahah. Mata tu kalau boleh nak saja pejam lagi tapi tetap kena pergi jugak kan.
Dari kecik kita ni di didik kat sekolah. Kat rumah kita di didik tak? Ya mak dan bapa kita ajaq kita menjadi seorang manusia tapi disekolah kita diajar untuk menjadi insan yang minda cergas, intelektual, dan bermacam-macam lagi. Nak sangat aku kembali ke zaman kecik-kecik dan remaja. Nak sangat ubah masa depan.
Kalau lah aku rajin dulu-dulu. Mesti aku dah naik Kapal Angkasa bukan Syed Muzaffar. Puihhhhhh. Perasan kemain. Ayat si Yuyu Zulaikha. Tiru sikit... Aku suka merapu tak ketahuan hala. Sekarang, aku suka apa yang aku buat. Kita kadang-kadang tak tahu macam mana kehidupan kita di masa akan datang.
Aku dari seorang pelajar yang lemah kini mula bergerak ke arah yang lebih baik. Dulu aku tak sedar, kini aku baru sedar. Sebenarnya, setiap ilmu yang kita nak tuntut tu, mesti kena ada sifat ingin tahu. Tapi sekarang apa yang aku lihat la, situasi zaman sekarang, kita dirasuah dengan buku. Buku memang penting sebab semua maklumat dalam tu tapi bagaimana kita nak aplikasi kan benda tu? Bukan ditiru tapi diambil ilmu tu dan aplikasi dengannya.
Buat apa banyak buku tapi ilmunya yang dapat hanya sebesaq penutup botol ayaq mineral!!! Itu bukan belajar namanya, itu mengejar benda yang tak memberi manfaat. Kita selalu lihat, student hafal jawapan. Jawapan untuk exam tu, siap hafal 100%. Dahsyat gilerrr lah. Tapi rasa-rasa dia akan ingat balik tak lepas dia jawab exam? Bagi aku tak. Sebab aku dah buat benda tu. Hahahahahha. Sebab tu aku tau.
Nothing, buang masa. Apa ilmu pon tak dapat kalau buat perangai macam tu. Setelah ditolak 5 tahun dah 19 tahun aku belajar tapi ilmu yang aku dapat rasanya hanya sebesar penutup ayaq mineral. Tapi isi dalam botol kosong. Ada guna tak? tak ada guna
P/S: Ilmu boleh dicari tapi bagaimana kita nak gunakan nya? Fikir-fikirlah dan renung-renungkan. Ingat insan yang cemerlang datang dari tidoo yang cukup. Fullstop!!
2 ulasan:
hihihihi.. memang malas bangun pagi pi sekolah tapi aku selalu dapat kehadiran penuh..hihihi... aku suka ayat hang yang ni
Buat apa banyak buku tapi ilmunya yang dapat hanya sebesaq penutup botol ayaq mineral!!!
nice entry
hahaha...stuju weh~hingaq n bising cmana mulut..cemuih n maki cmana p0n malas,tp tgn kaki ttp bjalan~d0k begagah wat gak... ^_^
Catat Ulasan