Selasa, 12 April 2011

Lagu mana nak pilih???

Assalamualaikum

Dimulakan dengan minum ayaq milo panaih kat bilik aku time tengahari macam ni. Sebab tak ada ayaq len dah buat masa sekarang. Nak buat ayaq teh o gula pulak habis. So milo panaih la tengah-tengah hari buta ni. 

Hari ini aku nak cakap pasal macam mana kita nak buat pilihan untuk pilih course atau bidang yang kita minat. Ada beribu-ribu bidang dalam dunia ni tapi semua yang kita pilih adalah mengikut minat masing-masing. Selalunya bidang kita pilih dah kira boleh mula masa jejak kaki form 4. Leh pilih nak ke sekolah sains, teknikal atau kemanusiaan. 

Tapi bila sampai dekat pilihan bidang di Universiti jadi masalah. Sebab, kadang-kadang apa yang kita minta lain yang dapat. Bila tak kena dengan jiwa maka benda tu menjadi bebanan. Aku pernah jumpa orang yang sanggup berhenti belajar semata-mata benda tu tak kena dengan minat dia. 

Paling penting minat. Minat tu yang membawa kita ingin mengejar cita-cita. Bila dapat subjek yang tak kena dengan minat kita jadi terasing, tak tahu apa benda dan cepat mengalah. Aku bersyukur dapat masuk ke UM sebab di dalam fakulti aku tu boleh pilih bidang yang kita minat. Tiketnya hanya dapat masuk fakulti dan kita sendiri akan tentukan bidang yang kita minat tu.

Tapi bagi cos lain yang termaktub dan mereka dah tak boleh nak tukar tu mendatangkan masalah jugak la. Bayangkan la kau minat jadi cikgu tiba-tiba dapat sains fizik. Pastu dalam kepala otak memang dah tersedia meluat dengan fizik. Bila pergi belajar, tahap akademik jatuh sebab tak minat bidang tu. Jadi macam sia-sia jer la kita masuk U.

Jadi tips aku untuk pilih kos yang betul senang jer:

1-Semua pilihan amik benda yang sama ja untuk setiap U.
2-Rujuk dulu syarat-syarat minimum setiap cos tu
3-Pilih dengan yakin.
4-Tawakal jer la.
5-Cuba sedaya upaya walaupun dapat bidang tak minat. Cuba pupukkan minat tu.

Itu jer kot. Malas nak tulih panjang-panjang. Nak cakap banyak pon aku bukan tergolong dalam orang cerdik pandai. Di herdik dan dihina ada la. 

P/S: Minat adalah penting dan ikutlah kata hati anda. Jangan paksa diri kalu tak mampu kelak benda tu hanya menjadi beban sahaja. Ingat, Insan yang cemerlang datang dari tidoo yang cukup!!!Sekian. renung-renungkan!!!

1 ulasan:

eton berkata...

waa.. btl2.. tp isi borang tu redha je la.. tp berbaloi sbb skg dah masuk 2 U.. USM dgn UBM... hehehe