Seperti biasa, jemput minum ayaq milo panaih yang dibancuh oleh aku dan diminum oleh aku sendiri. Takkan la pulak aku nak pos masuk dalam belog! Nanti hangpa terliuq pulak. Hahahaha. Petang dah menjelma. Sekejap ja kan masa berlalu. Aku pulak sedang bertungkus lumus siapkan report.
Hari ni sesi luahan pendapat aku. Sepanjang aku hidup pelbagai kerenah dah aku jumpa. Berjenis-jenis perangai orang ada. Semua itu adalah personaliti mereka. Ada yang pelik, unik, janggal, serabut dan segala mak nenek lah!
Kawan-kawan aku semua ada keunikkan masing-masing. Unik ke? bagi aku semua tu menunjukkan personaliti mereka. Tapi kalau jumpa orang yang banyak songeh ni la aku tak berapa berkenan. Kerja membebel saja tapi satu habuk tak leh pakai.
Kerja mengarah orang ja, pandai berdolak dalih. Ini tak kena, itu tak kena. Membebel 24 jam. Sakit jiwa bila berdepan dengan orang macam ni. Haish. Apa la nasib. Kot ya pon nak berlagak pandai agak-agak la. Bila kena kat batang hidung sendiri. Padan muka, terkebil-kebil menjawab. Puihhh..
P/S: Ada 1 tahun lagi untuk bertahan. Boleh ka berdepan situasi ni lagi untuk 1 tahun. Merana hidup aku macam ni. Tak tenang. Ingat, insan yang baik dan cemerlang hanya mereka yang selalu tidoo secukupnya. Merepek tak ketahuan hala.....
5 ulasan:
hang pang sedas orang tu diam la dia..
pang lelaju ja..heheh~~
lelaki ka yg cerewet tu?
hhahahah.dah kena pang ngn aku pon. pastu duk keras hati jugak. lantak la. kena sedas ngn lect. terkebil-kebil dia jawab..hahaha..lwk2..
haha ! standard r tuh . ehh ang pon cmtu kan ? wakaka ;p
lalalala
toek..aku bukan jenis tu..
Catat Ulasan