Sapa ada baca paper semalam? Semalam cerita budak dibelasah guru gara-gara disyaki mencuri. Hari ini, mangsa yang dikenali sebagai saiful syazani sudah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sedih, usianya baru mencecah 7 tahun tetapi tidak sempat mengenal dunia dengan lebih lama.
Kematian beliau pula akibat dibelasah oleh guru. Guru yang diberi tanggungjawab untuk membimbing kanak-kanak, remaja dan kita juga pun dibimbing oleh seorang guru. Namun, wajarkah guru membelasah anak muridnya hanya disyaki mencuri? Takkan tiada alternatif lain yang lebih baik.
Adik Saiful bukan sahaja dibelasah tetapi juga diikat tangannya di tingkap. Hmmmm, kini nak putar kembali masa pon sudah tidak boleh. Adik Saiful sudah mengadap ilahi. Semoga rohnya aman disana. Semoga pihak polis menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci.
Bagi aku, setiap tindakan perlu waras dan tahu batasnya. Sekarang benda dah berlaku, nak putar masa mana boleh dah. Berfikir dahulu sebelum bertindak. Nak tahu lebih lanjut boleh lah ke HMETRO...
P/S: Kita diberikan akal fikiran. Gunalah sebaiknya dan bertindak mengikut rasional dan jangan mengikut sifat amarah. Kelak akan binasa....
4 ulasan:
hai mr straw. :)
alfatihah kpd adik saiful.
hurm..hanya kerana RM7 arwah adik saiful dibelasah sebegitu rupa..agaknya kalo RM7K...mmg da xde rupa agaknya...
semoga menjadi iktibar pd semua..nak hukum boleh..tp bukan begitu caranya..emm
Ya Allah! awat lah sampai camtu sekali. al-fatihah utk arwah.
subhanallah...
alfatihah~
Catat Ulasan