Sabtu, 30 April 2011

Pagi yang sejuk

Assalamualaikum..

Good morning!!! Today english class. hohohoho.. Macam haprak lagi. Tak da maknanya aku nak tulis dalam english. kang rosak bahasa depa. Mai-mai minum pagi. Aku tersarapan ayaq milo panaih hari ni. Nak buat teh o panas malas.

Pagi-pagi sejuk la pulak. Kesan hujan semalam yang seharian. Perghhhh. Rasa macam nak tido lagi ja ni. Tapi apakan daya. Mata aku tak nak pejam-pejam jugak. Kalu ada bini leh la dia belai-belai aku. Confom tido balik pastu. Hahahaha..

Dulu kalau pagi-pagi aku selalu joging kat UM. Tapi sejak berpindah randah ke penang ni. Aktiviti tu dah jarang aku buat. Malas yang amat. Errrr. hangpa semua jangan malas-malas tau. Jangan tiru perangai aku ni. Berat aku pon semakin bertambah tak ketahuan hala sekarang. 

Tu jer la. Baca surat kabar semua pasal Kahwin si William dengan Kate!!!! Pastu pasal sumpah laknat. Macam-macam duniawi sekarang ni. Anak-anak yatim yang tak terbela tu tak da pulak orang sibuk nak tahu!! Apa yang nyata, dunia sudah hampir ke akhir zaman.

Apa-apa pon kita sebagai umat islam perlu berpegang teguh pada suruhan Allah S.W.T, ikutlah segala suruhannya dan jauhi larangannya. Sesungguhnya rujukan terbaik adalah Al-Quran. Dunia hanya sementara, Akhirat adalah selamanya.......

3 ulasan:

Fatihah Mustapa berkata...

yuyu zulaikha follow awak?aargh..jeles2..x(
haha..

syukrihasshan berkata...

hahaha..suratan kebetulan...

Tanpa Nama berkata...

hey jgn malas la !
p joging~