Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet...Bajet Gempak!

Assalamualaikum..


Terasa nak menulis pulak hari ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia alam maya. Maka dengan ini guwa nak menyebut kisah Bajet.

Bercakap mengenai Bajet ni semalam dengan senyum lebar dibentangkan Bajet 2014 oleh PM kita sapa lagi kalau bukan Datuk Najib.

Intipati secara keseluruhan memang menyentuk setiap aspek dalam memperkasakan ekonomi dan memakmurkan rakyat. 

Tetapi, itu hanya pengumuman. Apa yang rakyat Malaysia ingin lihat ialah perincian setiap perbelanjaan itu dijelaskan dengan lebih baik. Pihak pentadbiran Malaysia perlu mengeluarkan satu laporan untuk menunjukkan kemana hala tuju wang rakyat itu disalurkan.

Setiap perincian ini untuk mengelakkan berlakunya ketirisan wang kepada pihak yang tidak sepatutnya, dimakan oleh kroni-kroni dan sebagainya.

Suara rakyat hanya inginkan ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran. Walaupun berita beberapa kenaikan cukai seperti GST dan serta subsidi gula dikurangkan sememangnya sudah dijangka.

Namun, adakah rakyat malaysia bersedia menghadapi perubahan ini? sama-sama kita nantikan laporan dengan lebih terperinci pelaksanaan cukai GST ini terhadap barang-barang keperluan. Jadi, adakah PTPTN juga akan dimansuhkan cukai perkhidmatan???

jeng jeng jengg..

2 ulasan:

tomatokering berkata...

jeng jeng jeng!! aku peminjam PTPTN tegar. aku yg dulu bukan lah yg sekarang. bhahaha *tetibe

MISSNICK berkata...

harapnya dimansuhkan la cukai PTPTN tu ye hehe...