Selasa, 31 Mei 2011

Rutin Harian Aku

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. lama benar aku tak hupdate belog. Mari menjamu selera dengan milo panaih kesukaan aku. Memberi tenaga tambahan untuk melakukan aktiviti seharian. Humm. Bila ada di kampung, boleh jumpa kawan-kawan sekolah tapi sekarang depa semua dah kerja. 

Aku pulak kerja diwaktu malam. kawan-kawan di waktu siang. Celah mana nak jumpa. Hahahahaha. Memang bosan la aktiviti siang aku ni. Tak tahu nak buat apa. Sebenarnya aku tengah mencari idea dan maklumat untuk kajian aku. Masih dalam peringkat menilai. Slow-slow buat. Cuti panjang lagi. 4 bulan. 

Aku juga sedang giat berlatih adobe photoshop. Hahahaha. Tapi masih tak reti-reti jugak. Adoihhh, bab software ni aku paling lembab nak faham. Tapi bila dah tahu, confom terer. 10 tahun lagi terer la kot.. hahahahahahaha.

Buat kawan aku yang baru dapat kerja tu. Tahniah weh, hang dah jadi OKB di antara geng kita. Terbaiklah, tak sia-sia hang cari. Dapat jugak no. Lepas ni leh kawin kot hang. Hahahahahahaha. Gaji pon sodap, duk umah sendiri. Bayaq utang boleh dah. 

Cukup sekadar menulis disini. Cerita tentang Ruzana masih belum tamat. Sapa ada idea mai bagi kat aku, nak menambah dalam dialog dan jalan cerita ni. Hahahhahahaa. Tak ketahuan main-main merepek tulis. Hahahahahaha. 

P/S: kejayaan akan hadir dengan berjuang dan tidak mudah putus asa. Insan yang cemerlang perlu melengkapkan diri dengan apa? TIDO.. semestinya..hahahahahahahahaha. bubye..

2 ulasan:

tomato berkata...

hahaha rajin plak ang kan .. ;p

Kira Sakura berkata...

bina badan la ape lagi.. hahaha