Ahad, 8 Mei 2011

Esok Pulang Ke Kampung.

Assalamualaikum..

Halo semua rakyat jelata sekalian cakerawala. Hamba nak kabor! Kawe nak balik kampung dah esok. Kepala hotak. Orang lain dah berkurun balik. Aku baru terhegeh-hegeh nak balik. Hahahahahaha. Bukan apa. Penuh dengan aktiviti bersama kawan-kawan terutamanya Family KBU lah. 

Kerap jugak aku berjalan sejak-sejak ni. Aku nak try upload video nak tunjuk kat hangpa. Tapi sistem tak leh nak read plak. Malas dah nak try asyik error ja. So tak dapat la nak tunjuk kat hangpa aku buat baru-baru ni. Tapi semuanya memang best la.

Esok aku akan pulang ke Kampung halaman. Humm,bermula la cuti aku selama 4 bulan yang tak ketahuan hala. Di sana menunggu bermacam-macam benda. Aku pulak nak kena kerahkan keringat sikit. Cari tajuk dan buat proposal Tesis. Perghhh.. Tajuk apa la nanti. Hummm.. Misi pencarian akan dimulakan lepas ni. Berharap dapat menyelesaikannya dengan baik. Takut jugak sebenarnya.

Ok. Setakat tu jer la aku punya entry. Lagi satu, kemungkinan lepas ni agak sukar aku untuk buat entry. Kalau sempat dan ada idea aku cuba masukkan. Tapi sapa la sangat nak baca kat belog picisan aku ni kan. Hahaha. Update ke tak update ke, mana ada orang kisah pon. Hakhakhak.

P/S: Doakan aku selamat sampai di rumah esok. Perjalanan dengan merempit membawa beg gedabak. Ingat, insan yang cemerlang perlu tido yang cukup. Pesanan dari Mr. Straw (Bajet Comel+Cute).

Tiada ulasan: