Rabu, 4 Mei 2011

Mari berjiwang dengan aku...

Assalamualaikum

Selamat tengahari kepada rakyat cakerawala sekalian. Macam mana pusingan dunia anda semua hari ni? Cepat ke tak? Patah balik ke? hahahahhaa. Sapa-sapa yang duk kat planet Matahari aku tabik spring. Mampu tahan panas!! Hohohoho.. Aku duk kat bulan ja. Sebab selalu berangan tak ketahuan hala. Hahahahaha..

Hari ni mod berjiwang aku mai pulak. Hakhak. Sila muntah banyak-banyak ok. Ini episod ceritera cinta antara aku dengan errrr. sapa yer.. banyak sangat.. lupa dah mana satu. Hahahahah. Nampak sangat huduh perangai aku ni. Tak da la. Main-main ja.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak semua yang kita harapkan akan menjadi seperti yang kita rancangankan. Betul tak? Aku pasti setiap orang sudah diletakkan jodoh masing-masing. Cuma hanya masa sahaja akan menentukan siapakah jodoh kita.

Boleh jadi jodoh kita dengan bekas cikgu kita sendiri! Boleh jadi jodoh anda dengan Rozita Che Wan! Boleh jadi jodoh kita dengan awek sebelah rumah ja. Duk pergi main-main mata! Last-last melekat. Boleh jadi jodoh aku dengan Heliza!! hahahahhaha. Mau yang comel ja. Kikikiki.. Main-main ja. 

Maksud aku, setiap orang sudah ditetapkan jodohnya sejak azali lagi. Tiada siapa yang tahu muka si jodoh kita. Bercinta sepuluh tahun pon tapi akhirnya putus juga di tengah jalan. Macam-macam yang terjadi ni. Bagi aku, semua ini adalah ketentuan Allah. Mungkin dia bagi aku merasai nikmat untuk dikasihi, dicintai, disayangi dan merasa peritnya penderitaan kekecewaan ni. 

Kalau dah bukan jodoh kita. Usah dipaksa agar benda itu akan terjadi. Usaha tangga kejayaan pon tak semestinya kejayaan itu akan hadir dengan sekelip mata. Jadi, apa aku nak cakap ya sebenarnya. Dah merepek tak ketahuan hala. Ntah mana pangkal mana hujung aku pon dah tak tau ni. hahahahhaha..

Jadi, jika benar kita tak sayang seseorang tu, lepaskan lah dia agar dia akan bahagia di masa akan datang. Setelah pelbagai rintangan yang terjadi, setiap keputusan itu adalah untuk kebaikan diri masing-masing. 

Aku merepek tak ketahuan hala dah ni. Weh-weh, aku ni bukan ramai pon follower di belog ni. Belog picisan. Sapa la nak sangat baca kan. Kan kan kan.. Hhahahahahaha. Lantak la .. Saja nak menulis sebab nak cakap aku dah habis EXAM pon. Itu ja sebenarnya!! The End...

5 ulasan:

Yuyu Zulaikha berkata...

oitt! berjiwang di tengah hari rabu pulakkk!

syukrihasshan berkata...

well...sejak mengembirakan hati yang riang sebab hbs exam dah..boleh balik langkawi..cuti 4 bulan..

Sweetmango berkata...

hurmm..... hoho jiwang2 nie ada apa2 ka.. lallalalla

syukrihasshan berkata...

nora: tak da pa2 ehhh..hahaha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

kalo sayang lepaskan??

mana leh lepas kan.. kena la syg dan jaga dia elok2..... hehehe