Khamis, 5 Mei 2011

Dah jadi trend ke apa ni???

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua rakyat jelata di planet pluto,zuhal,marikh, dan planet-planet seterusnya, planet holloywood (lupa dah bab sains ni) Haahahahhahaa. Mai pakat minum ayaq milo panaih yang dibancuh oleh Chef Straw yer. Tengah duk sejuk macam duk kat cameron highland ja ni. Sebab tengah hujan dan angin dia yang masuk dalam bilik ni memang sejuk la.

Sejak-sejak kebelakangan ni, aku duk terlihat dan terbaca pelbagai peristiwa yang berlaku kat Malaysia ni. Pertama, biasalah politik. Dah carca marba aku tengok politik kat Malaysia ni. Macam-macam kes duk terkeluar. Ehhh ehhh, demi kuasa. Apa saja sanggup dilakukan. Hummm. tak tau nak kata apa dah dengan situasi politik ni. Sekadar baca tapi tak amik port pon.

Kedua, trend bunuh kekasih. Ini bahaya. Dalam minggu ni saja dah berapa banyak awek, tunang, bini, bakal bini, bakal suami duk pakat kena bunuh saja. Ini jadi Trend ke apa ha?? Cemburu sikit, tak cakap banyak dah. Bunuh teruih. Setel... Haduihhhh, jalan singkat dipilih oleh mereka-mereka ni. Tak caya tengok la Hmetro hari ni dan semalam.

Jadi, nasihat aku kat wanita-wanita diluar sana. Berhati-hatilah dengan tingkah laku anda. Jangan sampai boyprend, suami, kekasih, tunang, pakwe, jantan dan sebagainya menjadi cemburu dengan kuat-kuat. Sebab dah macam trend bunuh-bunuh ni. Bahaya betoi zaman sekarang ni. Tak takut undang-undang ka? 

P/S: Berhati-hatilah. Zaman sekarang akal manusia sudah menjadi cetek. Kepada wanita, sekiranya menerima lamaran kahwin, pikir masak-masak sebelum buat keputusan. Hohohohoho.. Jika keluar, elakkan keluar secara berseorangan. Bagi aku bahaya sekarang. Macam-macam kes terjadi, samun, rogol, culik dan bunuh. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T.....

5 ulasan:

anith chan berkata...

Y mati kena bunuh tuh.senior anith kat smkp dlu..hurm,cm xcya jea suma cta2 kat mediaa..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

salah seorg ex aku dulu kuat cemburu n panas baran..

kalo gaduh ja mau maki beradap ja dia bg...

mula tu dk sabaq, bila hilang sabaq, dia dok tengking aku, sebakul plak aku balas balik haha...

lebih baik hindarkan org macam ni dari awal2...silap2 naik tangan

Tanpa Nama berkata...

bunuh?mak aii..bahaya gila

Smile Is Cure berkata...

Pesanan juga harus ditujukan kepada lelaki... Bukankah sepatutnya lelaki lebiha bersikap profesional, sabar dan protektif terhadap wanita...

Muslimah Optimis berkata...

kwan kami pun dah arwah kena tikam 7 kali tahun 2009 masuk paper gak...takut weh..huhu