Rabu, 25 Mei 2011

Antara Dia, Kau dan Aku

Cuaca ketika ini menunjukkan tanda-tanda akan datangnya hujan dipetang hari. Kelihatan dua orang kanak-kanak sedang asyik bermain. Terdengar satu suara memekik, "Along, Angah, balik hujan nak turun" Ruzana memanggil anaknya yang sedang asyik bermain dari tadi lagi. 

"Cuba kamu berdua belajar sama. Ni tak, asyik nak main saja" Ruzana membebel dengan anaknya. Along pula berkata, "Angah yang ajak Along main. Along pon ikutlah, kesian tengok Angah main sorang-sorang". Ruzana hanya tersenyum melihat Along mencari alasan. Mereka berdua terus berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang nenek tua menegur mereka, "Amboi, laju sungguh cucu atok berlari, tak boleh berjalan elok-elok ke? Nanti jatuh sapa sakit, kamu berdua jugak. Atok tumpang gelak jer".

Jam sudah menunjukkan waktu 7.00 petang. Along sudah siap mandi manakala Angah masih berehat sambil menonton televisyen. Ruzana pula sedang menyiapkan makanan malam untuk mereka sekeluarga. Hari ini merupakan cuti mingguan dan Ruzana menggunakan masa ini untuk bersama-sama anaknya. Kecekalan Ruzana sebagai ibu tunggal di usia yang muda tidak menunjukkan sedikit pon satu bebanan tanggungjawab kepadanya. 

Rutin harian Ruzana sentiasa sibuk demi mencari pendapatan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Beliau merupakan seorang peniaga tudung yang berjaya. Perniagaan kini sudah berkembang dengan pesat dan mendapat permintaan yang tinggi daripada ramai pengguna. 

Bersambung................. 

3 ulasan:

Erin Azizan berkata...

erk..nak saenn!!

Mr. Straw berkata...

wott..nak saen pasaipa?

saya bukan tomato berkata...

hamboihh .. buat novel pulak kewww.... :P