Ahad, 8 Mei 2011

Ciri-ciri orang yang lahir bulan Julai

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua! Lama bonar aku tak hupdate belog. Al-maklumlah, sibuk sikit sekarang dengan aktiviti berjalan-jalan, bersuka-ria dan bermacam-macam lagi lah. Mai minum ayaq milo panaih. Aku buat banyak hari ni. Sebab nak balik kampung nanti.

Hari ni aku saja nak berkongsi mengenai orang yang lahir bulan 7. Saja godek-godek post lama dalam facebook jumpa benda post status lama tu. 

Mai kita tengok apa dia ciri-ciri Orang bulan JULAI ni:

Sangat seronok didamping. 
Banyak Berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali diransang. 
Ada harga dan maruah diri. 
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.  
Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
Sangat menjaga hati orang lain. 
Sangat peramah. 
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
Berjiwa sentimental. 
Jarang berdendam. 
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
Tidak suka benda remeh-temeh. 
Membimbing cara fizikal dan mental. 
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang. 
Layanan yang serupa dengan orang lain.
 Tinggi daya simpati. 
Pemerhatian yang tajam. 
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian. 
Mudah dan rajin belajar. 
Suka muhasabah diri. 
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
Suka mendiamkan diri. 
Suka duduk di rumah. 
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
Tak agresif kecuali terpaksa. 
Lemah dari segi kesihatan perut. 
Mudah gemuk kawal tak kawal diet. 
Minta disayangi. Mudah terluka tapi lambat pulih. 
Terlalu mengambil berat dalam membuat kerja.

Hummm. Macam ada betui ja ni. Hahaha. Tak semua yang betul. Tapi ada jugak la yang aku rasa kena dengan aku tu. Hahahahhaa. Biarlah rahsia aku sorang ja tau. Dah tulis kat situ suka berahsia. Hahahahhaha

Cukup untuk sesi pagi ni. Nanti nak kena buat pulak request dari Nadh. Dia main aci tag plak. Hahahahhahahaha..

1 ulasan:

efa berkata...

oyeye org lahir bln julai ni mmg peramah+byk rahsia ekeke betul ka semua tu err..huhu