Rabu, 2 Mac 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??


Tajuk ni memang gengster la. Berani mati mengaku gila trafik. Buat jugak. Tak heran janji aku join segmen ni.Hahahaha. Mau join? klik sini ----> Ben Ashaari

Terdapat beberapa kisah kematian yang aku nak kongsi. Pertama ialah kehilangan ayah tercinta aku pada 12 tahun lepas. Ketika tu aku baru sahaja berumur 12 tahun, dua hari sebelum orang islam meraikan kedatangan hari raya aidiladha, aku kehilangan seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Ayah aku seorang yang bekerja keras dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Setiap benda yang dia buat akan dilakukan bersungguh-sungguh dan tidak jemu demi mencari pendapatan serta kesenangan kepada kami sekeluarga.

Aku terpaksa lalui dugaan dan pada tahun tu jugak aku perlu menghadapi UPSR tanpa bimbingan seorang ayah. Aku sangat rindukan dia. Pada usia yang masih muda sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Bagi yang masih ada ayah. hargailah mereka dan sayangi mereka. Tanpa mereka tiada kita di dunia ni..

Kedua ialah kehilangan seorang sepasang suami isteri iaitu cikgu aku. Kedua-dua mereka merupakan cikgu tingkatan 6. Cikgu lelaki tersebut pula ialah mentor aku. Beliau banyak memberi galakan dan bimbingan yang telah membantu aku mengharungi proses belajar. Cikgu perempuan pula sangat berdedikasi dan sentiasa menjadi pendorong agar aku berusaha untuk berjaya. Kalu nk tahu lebih lanjut leh refer SINI.... 

seterusnya seorang lagi cikgu aku. Cikgu Haizatun Azura. Sangat baik dan rapat dengan aku. Kali terakhir aku dengar percakapan beliau ketika beliau sedang dirawat di hospital pakar. 

Pada waktu tu, nada beliau sangat gembira dan cakap kat aku bahawa dia sudah sembuh. Namun, kira-kira 2 minggu kemudian, keadaan beliau agak kritikal dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga kelak. Al-fatihah.

Cukup sampai sini saja. Setel sudah segmen abang BEN.. 
P/S : Hargailah orang tersayang kita!!!

2 ulasan:

❤Mrs. Myra❤ berkata...

sedih kan bila kehilangan orang-orang yang kita sayang.......:(

terjah dari blog B.A..:)

follow kamoo...^^

Mr. Straw berkata...

hidup perlu diteruskan..ambil sebagai iktibar dan pengajaran..