Patut aku dah update semalam tapi tenet pulak duk lembab. Tulis tajuk entry boleh tapi nk tulis yang lain jadi lembab nk loading. Geram aku. Tunggu berjam gak la tak muncul-muncul jugak. Akhirnya aku pon tutup terus sebab malas dan meluat nak tunggu dah!!!
Hari ni berjaya jugak. Aktiviti terbaru aku ialah pergi melancong ke Tioman. Last entry aku ada cakap dah pasal trip ni. So ari ni aku nak tunjuk la hasilnya aktiviti tersebut. Pergi 3 hari 2 malam. Agak letih sebab perjalanan yang agak jauh dari Pulau ke Pulau. Faham? Tak Faham kan? Maksudnya dari Pulau Pinang Ke Pulau Tioman. Naik bas ja. 10 jam jugak la perjalanan. Kat bawah ni leh la tengok gambaq yang aku leh snap.
Hah. Ni baru sikit, ada lagi nak letak ni. Mau tengok ka? Sat g kata bosan lak. Huhuhuh. Tapi aku tetap nak buh jugak gambar-gambar yang ada.
Bagi aku kalu hangpa nak datang Tioman ni elok la sedia duit banyak-banyak. Sini kos nak snorkling, mancing dan sewa peralatan agak mahal la. Bagi aku Tioman masih ok, aman damai dan boleh dijadikan sebagai tempat berehat dan enjoy untuk lupakan seketika keserabutan kerja dan lain-lain.
Paling best aktiviti snorkling la. Hangpa leh tengok keindahan batu karang atau coral. Kalu kena time cerah memang puas hati tengok. Nak rasa keindahan tempat ni kena la datang sendiri. Aku tak puas lagi. Sebab 1st day ujan lebat mungkin sebab time tu tsunami baru je berlaku kat jepun. Mungkin kesan-kesan tu dah sampai kat tioman dan ramai gak orang muntah dalam feri. Aku tak sebab aku pon orang pulau. Dah biasa dengan ombak ni.
Setakat tu saja. Cukup la dengan gambar-gambar tu. Sikit-sikit dah la. banyak gambar yang menarik lagi. Tapi takkan la nak letak semua. Pilih yang lawa-lawa cikit. Huhuhuh. apa apa pon aku enjoy dan dapat la lupakan asgment-asgment yang bertimbun nu. Sekarang dah balik, kena la kerja keras siapkan asgment. hahahahaha.
Lepas ni akan pergi lagi Tioman. Best dan sangat tenang duk kat sana. Tak da gangguan dan kesibukkan seperti bandar!!
3 ulasan:
WIWIT~~~~~~~
BUDAK PULAU KE PULAU....
syiok nyaaa
wut wut..syok la jugak..
Catat Ulasan