Bagi aku, jasa yang mereka taburkan tiada tandingan. Aku tak mampu nak membalas jasa mereka, cuma aku mampu mengucapkan terima kasih CIKGU kerana membimbing aku hingga aku ditahap ini. Peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut sememangnya mengejutkan aku.
Aku telah menyimpan keratan akhbar, simpan video dari tv3 yang melaporkan kemalangan tersebut. Moga Cikgu Ghazali dan Isterinya Cikgu Haridhah ditempatkan di kalangan orang-orang solehah dan beriman. Lambaian terakhirmu Cikgu Haridhah seminggu sebelum Cikgu pergi menusuk jantung aku. Tak aku sangka tika itu, saat itu, masa itu, itulah kali terakhir aku melihat Cikgu melambai-lambai tangan bermain di fikiran aku sehingga hari ini. Al-Fatihah kepada mereka berdua..
6 ulasan:
Al-fatihah
kita yang masih hidup kuatkan semangat.. sentiasa doakan mereka agar berada di kalangan orang2 yang beriman... amin...
Sayu dan sedih dgn berita ini.
Orang yang kita kenal, pernah berjasa kepada kita tiba2 pergi eninggalkan kita.
pastinya terasa...
Sedekahkan doa dan al-Fatihah buat mereka.
AL-FATIHAH!!
al-fatihah utk mereka... semoga mereka d tempatkan dlm kalangan org yang beriman...
Al-Fatihah untuk mereka..
al fatihah..
salam takziah buat cikgu sekeluarga..
Catat Ulasan