Kita kadang-kadang tak sedar begitu cepat masa berlalu, rasa baru semalam ja 1 Februari tapi hari ni dah sampai hujungnya. Terpikir la jugak apa aku buat sepanjang bulan februari ni? Adakah aku berpuas hati? Aktiviti paling best? banyak kot rasanya.
Ada orang pernah tanya aku. Apa yang aku dapat sepanjang aku hidup hingga hari ni? Erk, tak terfikir pon tapi memang banyak aku dapat sepanjang hidup aku hingga ke hari ni. Nak cerita satu-satu panjang berjela entry nanti. Sapa la nak baca sangat entry panjang. Cepat bosan der.
Apa pon aku gembira dengan hidup aku sekarang. Terlalu banyak pengalaman dan dugaan yang aku lalui sepanjang hidup ni. Pengalaman ni banyak membantu aku memahami dengan mendalam bagaimana kehidupan ni berlangsung. Kita hidup di dunia hanya sementara, gunalah sebaiknya untuk mencari bekalan secukupnya di akhirat kelak.
P/S: Manusia kadang-kadang alpa dan takbur dengan mengejar kekayaan tapi tidak pernah fikirkan apa tanggungjawabnya di dunia ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan