Isnin, 21 Mac 2011

US serang LIBYA. Adakah kejadian IRAQ kembali berulang..

Haih. Tak habih-habih dunia ni. Bergolak sana sini. Baru ja kejadian tsunami berlaku, sekarang pula peperangan dan rusuhan di asia barat makin memuncak. Paling terkini US serang LIBYA?? Motif? Adakah dengan cara itu, LIBYA akan kembali aman?

Mana perginya negara-negara ISLAM?? Masa inilah Orang Islam perlu bangkit melawan! Bangkit dan Teguh bersama-sama namun, situasi sekarang menunjukkan hubungan sesama Islam tidak seperti dahulu.. Kalu dilihat kejadian yang berlaku ni, sama-sama lah kita berfikir secara rasional. Dunia di akhir zaman.

Buktinya, telah berlaku gempa bumi dengan banyak sekali. Peperangan, masalah sosial dan lain-lain. Sama-samalah kita kembali ke paksi yang lebih baik. Marilah kita beramal sebanyak mungkin. Dunia ni hanya sementara..

Tiada ulasan: