Selasa, 31 Mei 2011

Rutin Harian Aku

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. lama benar aku tak hupdate belog. Mari menjamu selera dengan milo panaih kesukaan aku. Memberi tenaga tambahan untuk melakukan aktiviti seharian. Humm. Bila ada di kampung, boleh jumpa kawan-kawan sekolah tapi sekarang depa semua dah kerja. 

Aku pulak kerja diwaktu malam. kawan-kawan di waktu siang. Celah mana nak jumpa. Hahahahaha. Memang bosan la aktiviti siang aku ni. Tak tahu nak buat apa. Sebenarnya aku tengah mencari idea dan maklumat untuk kajian aku. Masih dalam peringkat menilai. Slow-slow buat. Cuti panjang lagi. 4 bulan. 

Aku juga sedang giat berlatih adobe photoshop. Hahahaha. Tapi masih tak reti-reti jugak. Adoihhh, bab software ni aku paling lembab nak faham. Tapi bila dah tahu, confom terer. 10 tahun lagi terer la kot.. hahahahahahaha.

Buat kawan aku yang baru dapat kerja tu. Tahniah weh, hang dah jadi OKB di antara geng kita. Terbaiklah, tak sia-sia hang cari. Dapat jugak no. Lepas ni leh kawin kot hang. Hahahahahahaha. Gaji pon sodap, duk umah sendiri. Bayaq utang boleh dah. 

Cukup sekadar menulis disini. Cerita tentang Ruzana masih belum tamat. Sapa ada idea mai bagi kat aku, nak menambah dalam dialog dan jalan cerita ni. Hahahhahahaa. Tak ketahuan main-main merepek tulis. Hahahahahaha. 

P/S: kejayaan akan hadir dengan berjuang dan tidak mudah putus asa. Insan yang cemerlang perlu melengkapkan diri dengan apa? TIDO.. semestinya..hahahahahahahahaha. bubye..

Rabu, 25 Mei 2011

Antara Dia, Kau dan Aku

Cuaca ketika ini menunjukkan tanda-tanda akan datangnya hujan dipetang hari. Kelihatan dua orang kanak-kanak sedang asyik bermain. Terdengar satu suara memekik, "Along, Angah, balik hujan nak turun" Ruzana memanggil anaknya yang sedang asyik bermain dari tadi lagi. 

"Cuba kamu berdua belajar sama. Ni tak, asyik nak main saja" Ruzana membebel dengan anaknya. Along pula berkata, "Angah yang ajak Along main. Along pon ikutlah, kesian tengok Angah main sorang-sorang". Ruzana hanya tersenyum melihat Along mencari alasan. Mereka berdua terus berlari masuk ke dalam rumah. Kelihatan seorang nenek tua menegur mereka, "Amboi, laju sungguh cucu atok berlari, tak boleh berjalan elok-elok ke? Nanti jatuh sapa sakit, kamu berdua jugak. Atok tumpang gelak jer".

Jam sudah menunjukkan waktu 7.00 petang. Along sudah siap mandi manakala Angah masih berehat sambil menonton televisyen. Ruzana pula sedang menyiapkan makanan malam untuk mereka sekeluarga. Hari ini merupakan cuti mingguan dan Ruzana menggunakan masa ini untuk bersama-sama anaknya. Kecekalan Ruzana sebagai ibu tunggal di usia yang muda tidak menunjukkan sedikit pon satu bebanan tanggungjawab kepadanya. 

Rutin harian Ruzana sentiasa sibuk demi mencari pendapatan untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga. Beliau merupakan seorang peniaga tudung yang berjaya. Perniagaan kini sudah berkembang dengan pesat dan mendapat permintaan yang tinggi daripada ramai pengguna. 

Bersambung................. 

Selasa, 24 Mei 2011

Berhabuk sudah

Assalamualaikum

Selamat malam semua. Dah lama benar aku tak menjenguk Belog aku ni. Berhabuk dan bersawang dah kat dalam ni. Lupa bayar gaji tukang cuci. Dia marah sebab tak bayar tu tak buat kerja. Hummm. Teruk-teruk.

Hangpa rindu dak kat ayaq milo panaih aku? Hahahahaha. Sejak bekerja ni, jarang aku nak update belog. Idea tak da. HUmm.. Sibuk pikir tentang benda lain sama. Macam-macam dugaan. Tapi aku pasti, bukan semua orang nak rindu pon kat tulisan aku ni.

Aku tak sefemes orang lain dan aku tak mengejar populariti. Apa aku harap ada orang hargai penulisan aku. Tapi pikir-pikir balik, apa sebenarnya aku tulis? Merepek dan merapu ada la. Itu jer la kerja aku bila dalam belog ni. Hahahahahhaa.

Oklah. Dah lewat malam. Mau tido. Letih bekerja. HUhuhuhuh. Jumpa lagi insyaAllah..

Khamis, 19 Mei 2011

Blurrr...

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Mai minum ayaq milo panaih. Hehehehehee.. Lewat-lewat baru nak ajak hangpa. Padahal dah minum pagi tadi lagi. Hahahahhahaha. 

Belog aku ni dah cecah hampir 4 tahun. Tapi kalau tengok dari segi follower aku sikit ja. Aku bukan mencari populariti pon. Sedangkan traffic aku pon tak mencecah beriban macam blogger femes lain. Nak cecah 10 pon susah. Hahahahhaa.

Kalau nuffnang.. Macam hareeeemmm lagi. tak ternaik-naik pon duitnya. Hahahaha. Ntah la. Serius aku tak reti bab-bab ni.. tapi tak kisah pon. Asalkan ada orang sudi singgah dan baca belog aku pon dah cukup. Aku bukan jenis kejar-kejar traffic, duit dan segalanya. 

Paling penting aku kenal Family KBU. Itu dah cukup bagi aku. Mencari kawan-kawan baru untuk pengalaman dan cabaran yang baru. Buat apa banyak follower tapi kawan hanya sedikit. Hahahaha. Setakat kenal kat alam maya tak cukup bagi aku.

So, sapa-sapa hat rasa diri dia femes tu jangan la teqasa. Sat lagi ada pulak komen tak ketahuan hala kat aku ni. Hahahahah. lantak lah. Belog aku kan. Suka hati aku lah nak tulis apa pon. Ada sentuh duit hangpa ka? tak da kan. So diam sudah. hahahahhahahaha...

Rabu, 18 Mei 2011

Tak Ketahuan....

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Pagi la kot, sebab baru pukul 11 kan. So kira pagi jer lah no. HHahahahahaha. Errrr.. tak idea nak tulis pa sebenarnya. Ayaq milo panaih aku tak buat hari ni. Terlupa minuman paveret aku tu. Minum ayaq sejuk ja. Sedih kan.....

Semalam aku tengok rancangan Fuhhh kat Tv3. Pengacara si Awal dan bukan akhir... Yang paling best time Fizz Fairuz dengan Shafie (tak silap aku lah nama budak tu). Awal tanya kenapa Fizz Fairuz tak pernah warnakan rambutnya, Jawapan paling simple dan ringkas, Saya Sembahyang. Mana boleh pakai benda-benda pewarna rambut ni.

So, kepada lelaki kat luar tu, fikir dulu sebelum nak warnakan rambut tu. Kalau yang tak pernah sembahyang tu tak tau nak kata palah. Bagi aku, kejadiaan Allah S.W.T cukup sempurna. Buat apa nak ubah-ubah. Pernah terjadi kawan aku pernah warnakan rambut dia. Nak tahu dia kena apa?? Seorang budak berumur 11 tahun telah tegur dia.

Dialog yang aku ingat lagi setelah bertahun:
Budak umur 11 tahun: Abg, abg, abg warna rambut ni abg tak sembahyang ke?? Abg tau tak kalu warna  rambut tak boleh sembahyang. Sembahyang tak sah abg.

Aku: tergelak terbahak-bahak kat belakang!!!hahahahahahahahha.. (dalam hati, padan muka hang. budak kecik pon tau benda-benda ni.)

Kawan aku yang warna rambut: Dengan muka merah padam, masuk bilik, hempas pintu teruihhhh...hahahah. 

Moral of stories: Fikir dulu sebelum buat benda-benda yang tak penting tu. Solat kena jaga.

Isnin, 16 Mei 2011

Tangan gatal nak tulis jugakk

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Rindu aku tak? macam tak da yang rindu ja. Hahahhaha. tapi hang pa mesti rindu ayaq milo panaih aku kan kan kan.. Biasala, milo kaw punya terbaik dari ladang nak habaq mai kat hang pa. 

Tangan aku gatai nak tulis jugak entry. Walaupun tak da idea nak tulis apa. Tapi jiwa belog aku tak penah pudar dek zaman. belog yang aku dah tak berapa nak sayang ni tetap menjadi pujaan hati ku. Lama benar tak jenguk padahal baru 2 hari ja. Hahahhahahaha...

Sekarang aku agak sibuk dengan bekerja. So entry aku kebanyakkan tak beinfo sangat pon. Hahahahah. Nak tulis apa lagi ya? Sesibuk mana pon, bertemu Allah S.W.T adalah kemestian. Itu je la kot.

Sebagai hamba Allah di muka dunia ni, kita mesti taat kepada segala perintahNYA. Sentiasa melakukan amal yang baik dan solat lima waktu itu adalah wajib. Kerana solat itu adalah tiang agama. Jagalah solat kita.


"SELAMAT HARI GURU"

Sekian dari aku. Jumpa lagi.

Sabtu, 14 Mei 2011

Berhenti berbelog!!

Assalamualaikum.

Selamat Pagi semua. Jam menunjukkan pukul 1.20 minit malam. Baru saja sampai rumah aku sebentar tadi. Humm, mula mengerahkan kudrat kaki tangan aku menolong mak aku di gerai. Dah lama tinggal, jadi pelupa sikit. Hahahahhahaa.

Jadi, aku akan berhenti berbelog buat sementara waktu. Kalau sempat aku update, kalau tak sempat, memang berhabuk la belog ni nanti selama 4 bulan. Sory lah kepada sapa yang follow aku tu. hahahahah. Macam la beribu follow aku. Padahal ciput ja. Tapi aku hargai mereka-mereka yang follow belog aku ni. Terima kasih sudi meluangkan masa hangpa mengintai-intai belog aku ni yang tak seberapa. 

Itu jer lah kot. Setakat ini sahaja untuk malam ni. Jumpa lagi. 

Rabu, 11 Mei 2011

Suka dengan ayat ni

Assalamualaikum...



‎''Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu  sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan''




kata-kata dari Saudara aku!!


Fikir-fikirkan lah



Gambar Hiasan


tak perlu vote utk DIGI..hahahaha

Selasa, 10 Mei 2011

Peristiwa semalam

Assalamualaikum

Sudah tengahari. Cepat betoi masa berlalu. Tak tau nak buat apa sebenarnya. Sekarang sedang menolong kawan aku mencipta belog!! hahahaha. Nampaknya akan bertambah la blogger langkawi. Menambah bilangan blogger. Seperti yang ditulis oleh entry aku semalam mengenai kepulangan aku ke Langkawi.

Berlaku beberapa perkara diluar jangkaan aku. Pertama aku singgah digurun sempat berjumpa dengan ATIN. Hahahahaha. Lepas tu pergi melepak pulak kat Pendang. Jumpa Kak Shida dan Anith Shasha Chan. Makan tengahari dengan depa.



Setel semua. Dah kenyang perut di belanja oleh BOS BESAQ!!!!hahahahhaa.. jeng jeng jeng. Bos bos. Len kali belanja len no. hahahahhaha. Pergi lepak-lepak dulu sementara nak tunggu GKSB. Minta tolong hantar motor aku ke umah kak ipaq aku daa... Jauh benor yob oiiii.. 

Setelah setel semua. Bermulalah perjalanan aku untuk pulang ke kampung. Singgah merata dengan GKSB. Amik adik dia kat Sime Tyres pastu Ke JUBLI EMAS pulak. Tunggu abg aku kat sana. Di JUBLI ada Hadi, Naqiah termasuk lah aku. Pastu tukar pelan pulak. terus ke Kota Marina.

Nak tahu sapa yang datang hantar aku ke Jeti Kola Kedah. Ada dibawah. Datang dari jauh pon ada jugak. Kak Shida dengan Wany. Depa merempit kot. Terketaq lutut kak shida lepas tu. Jalan tak betoi dah. hahahaha. Ada Syakirah, Mastura, GKSB, Hadi, Jusiza, Naqiah, Wany dan kak Shida.



Depa ni membuatkan aku terharu betul la semalam. Bukan apa. Ada dari pendang sanggup datang merempit sampai kola kedah. Tak kira yang naik bas dari kola kedah pastu patah balik sebab tukaq pelan. Sorang tertinggal. Sory, diluar jangkaan dan keadaan. 

Aku ucapkan terima kasih kepada anda semua yang sudi datang jumpa aku ni. Hahahahah. Jauh-jauh hantaq. rasa seperti menyusahkan semua orang ja. Aku tetap hargai dan ini merupakan satu kenangan kat aku la. hahahaha. Sedih pulak.. hummmm..

Apa-apa pon, Family KBU is the best bagi aku. Buktinya seperti di Atas. hangpa penah ka jumpa orang yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa dan hantaq pulang. Walaupun baru ja kenal 2 bulan lebih tapi semua tu bukan halangan. Aku sayang hangpa lebih la. 

Boleh tengok Versi Syakirah. Ada point penting tu.hahah

P/S: takut jugak kena tinggal ngn feri semalam. Hahahaha. tapi tak pa la jugak. Ada family KBU rasa seperti mempunyai keluarga yang sangat besar. Thanks semua...

Isnin, 9 Mei 2011

Sarapan dulu sebelum pulang

Assalamualaikum

Selamat pagi. Dah makan? Dah mandi? Aku dah setel semua tu. baru tadi. Sempat lagi update ni. Hahahaha. Tadi pekena nasi lemak kat Zubaidah dengan NAMI. Hahahahaha.



Kena penuhkan perut dahulu.. Sebelum bergerak pulang. Akan berjumpa dengan Family KBU di Aloq Staq lepas ni. Tak tau jadi ke tak depa tu. Tak jadi aku terus ke Langkawi jer. Hehhehehe.

P/S: Doakan keselamatan aku pulang kejap lagi. Jumpa lagi lepas ni. Bye bye. (hari ni tak da milo panaih no)

Ahad, 8 Mei 2011

Contest Belog Paling Cool

Assalamualaikum. 

Baru-baru ni si Nadh telah mengeTag aku dalam contest di atas tu. Contest Belog Paling Cool. Hummm. Aku pon tak pasti belog aku ni Cool ke tak. Hahahahah. Hentam Saja la. Demi menyokong niat murni kawan-kawan kan. Jom leeerrr JOIN..

"Contest Belog Paling Cool"


So aku kena tag sebanyak 5 orang. 
Sapa ya.


Cukup.setel dah apa yg diminat oleh peminta contest.
Nak JOIN? Klik bawah
I
I
I
I
V

Esok Pulang Ke Kampung.

Assalamualaikum..

Halo semua rakyat jelata sekalian cakerawala. Hamba nak kabor! Kawe nak balik kampung dah esok. Kepala hotak. Orang lain dah berkurun balik. Aku baru terhegeh-hegeh nak balik. Hahahahahaha. Bukan apa. Penuh dengan aktiviti bersama kawan-kawan terutamanya Family KBU lah. 

Kerap jugak aku berjalan sejak-sejak ni. Aku nak try upload video nak tunjuk kat hangpa. Tapi sistem tak leh nak read plak. Malas dah nak try asyik error ja. So tak dapat la nak tunjuk kat hangpa aku buat baru-baru ni. Tapi semuanya memang best la.

Esok aku akan pulang ke Kampung halaman. Humm,bermula la cuti aku selama 4 bulan yang tak ketahuan hala. Di sana menunggu bermacam-macam benda. Aku pulak nak kena kerahkan keringat sikit. Cari tajuk dan buat proposal Tesis. Perghhh.. Tajuk apa la nanti. Hummm.. Misi pencarian akan dimulakan lepas ni. Berharap dapat menyelesaikannya dengan baik. Takut jugak sebenarnya.

Ok. Setakat tu jer la aku punya entry. Lagi satu, kemungkinan lepas ni agak sukar aku untuk buat entry. Kalau sempat dan ada idea aku cuba masukkan. Tapi sapa la sangat nak baca kat belog picisan aku ni kan. Hahaha. Update ke tak update ke, mana ada orang kisah pon. Hakhakhak.

P/S: Doakan aku selamat sampai di rumah esok. Perjalanan dengan merempit membawa beg gedabak. Ingat, insan yang cemerlang perlu tido yang cukup. Pesanan dari Mr. Straw (Bajet Comel+Cute).

Ciri-ciri orang yang lahir bulan Julai

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua! Lama bonar aku tak hupdate belog. Al-maklumlah, sibuk sikit sekarang dengan aktiviti berjalan-jalan, bersuka-ria dan bermacam-macam lagi lah. Mai minum ayaq milo panaih. Aku buat banyak hari ni. Sebab nak balik kampung nanti.

Hari ni aku saja nak berkongsi mengenai orang yang lahir bulan 7. Saja godek-godek post lama dalam facebook jumpa benda post status lama tu. 

Mai kita tengok apa dia ciri-ciri Orang bulan JULAI ni:

Sangat seronok didamping. 
Banyak Berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali diransang. 
Ada harga dan maruah diri. 
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.  
Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
Sangat menjaga hati orang lain. 
Sangat peramah. 
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
Berjiwa sentimental. 
Jarang berdendam. 
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
Tidak suka benda remeh-temeh. 
Membimbing cara fizikal dan mental. 
Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang. 
Layanan yang serupa dengan orang lain.
 Tinggi daya simpati. 
Pemerhatian yang tajam. 
Suka menilai orang lain dengan pemerhatian. 
Mudah dan rajin belajar. 
Suka muhasabah diri. 
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
Suka mendiamkan diri. 
Suka duduk di rumah. 
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
Tak agresif kecuali terpaksa. 
Lemah dari segi kesihatan perut. 
Mudah gemuk kawal tak kawal diet. 
Minta disayangi. Mudah terluka tapi lambat pulih. 
Terlalu mengambil berat dalam membuat kerja.

Hummm. Macam ada betui ja ni. Hahaha. Tak semua yang betul. Tapi ada jugak la yang aku rasa kena dengan aku tu. Hahahahhaa. Biarlah rahsia aku sorang ja tau. Dah tulis kat situ suka berahsia. Hahahahhaha

Cukup untuk sesi pagi ni. Nanti nak kena buat pulak request dari Nadh. Dia main aci tag plak. Hahahahhahahaha..

Khamis, 5 Mei 2011

Dah jadi trend ke apa ni???

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua rakyat jelata di planet pluto,zuhal,marikh, dan planet-planet seterusnya, planet holloywood (lupa dah bab sains ni) Haahahahhahaa. Mai pakat minum ayaq milo panaih yang dibancuh oleh Chef Straw yer. Tengah duk sejuk macam duk kat cameron highland ja ni. Sebab tengah hujan dan angin dia yang masuk dalam bilik ni memang sejuk la.

Sejak-sejak kebelakangan ni, aku duk terlihat dan terbaca pelbagai peristiwa yang berlaku kat Malaysia ni. Pertama, biasalah politik. Dah carca marba aku tengok politik kat Malaysia ni. Macam-macam kes duk terkeluar. Ehhh ehhh, demi kuasa. Apa saja sanggup dilakukan. Hummm. tak tau nak kata apa dah dengan situasi politik ni. Sekadar baca tapi tak amik port pon.

Kedua, trend bunuh kekasih. Ini bahaya. Dalam minggu ni saja dah berapa banyak awek, tunang, bini, bakal bini, bakal suami duk pakat kena bunuh saja. Ini jadi Trend ke apa ha?? Cemburu sikit, tak cakap banyak dah. Bunuh teruih. Setel... Haduihhhh, jalan singkat dipilih oleh mereka-mereka ni. Tak caya tengok la Hmetro hari ni dan semalam.

Jadi, nasihat aku kat wanita-wanita diluar sana. Berhati-hatilah dengan tingkah laku anda. Jangan sampai boyprend, suami, kekasih, tunang, pakwe, jantan dan sebagainya menjadi cemburu dengan kuat-kuat. Sebab dah macam trend bunuh-bunuh ni. Bahaya betoi zaman sekarang ni. Tak takut undang-undang ka? 

P/S: Berhati-hatilah. Zaman sekarang akal manusia sudah menjadi cetek. Kepada wanita, sekiranya menerima lamaran kahwin, pikir masak-masak sebelum buat keputusan. Hohohohoho.. Jika keluar, elakkan keluar secara berseorangan. Bagi aku bahaya sekarang. Macam-macam kes terjadi, samun, rogol, culik dan bunuh. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah S.W.T.....

Rabu, 4 Mei 2011

Mula la bosan macam ni...

Assalamualaikum.

Mai mai minum ayaq milo panaih. Khas dari Mr.Setegho.. Kaw-kaw punya bancuh ni. Sedap baq hang.. Hahahhahaa. Layan jer perasan aku ni yang tak ketahuan hala dah.

Tadi pergi bilik NAMI. Kononnya nak layan movie yang the best lah. Sekali tengok movie. Jalan cerita macam haprak lagi. Mendayu-dayu ja cerita dia. Tak da feel langsung aku nak tengok. Hilang terus selera mau tengok. Entah apa-apa cerita daaaaa....

Dalam duk tengok tu sempat lagi duk ngutuk-ngutuk orang. Hahahahaha. jangan tiru perangai kami yang suka bergosip ok! Hahahaha. Gosip panas lagi. Adoiihhh. Macam-macam, bilik NAMI pulak dah macam zoo. Sebab dia bela burung sekor. Tak termasuk burung diaorg lagi la...HHahahahhahahaha. TETtttttttttttttttttttttttt..

Dah-dah, merapu tak ketahuan dah aku ni. Ada program esok tapi tak tau jadi ke dak. Tggu dan lihat jer la. Apa-apa pon kami akan muncul dengan cerita-cerita terbaru. Kali ni cerita apa. Aku pon tak tau lah!hahahaha. Tunggu jer la.

4 Bulan cuti

Assalamualaikum.

Hari ni aku update belog ja. rajin bebenor la pulak. hahahahhaa. Bukan apa. Mulai saat ini aku akan otomatiknya bercuti selama 4 bulan. 4 bulan yer. 4 bulan.. Gila nak buat apa ni. Cuti 4 bulan. Menternak lemak satu kemestian dah.

Apa kes la pergi buat cuti 4 bulan tak tau. Melambatkan proses aku menamatkan pangajian. Adoi. Jadi dengan ini aku akan cuba senaraikan aktiviti aku semasa cuti 4 bulan ni

1) Balik Kampung (semestinya lah)
2) Pusing Penang dulu..
3) Ternak Lemak
4) Berangan (Jadi usahawan berjaya)
5) Tidoorr
6) Melepak sampai bosan.
7) Buat proposal tesis (Dalam mimpi kot baru idea nak datang)
8) Nak buat apa lagi ni???
9) Main game sampai pecah rumah
10) Makan sampai kembong perut
11) Tak tau nak tulis apa dah ni
12) Kerja (tido,makan,ternak,duit)

Itu jer la aku mampu senaraikan buat masa ni. Hangpa ada ka cadangan untuk aku agar cuti 4 bulan ni digunakan semaksimum yang boleh. Uihhhhhh, jenuh nak buat jadual perancangan ni.hahahahahha

Mari berjiwang dengan aku...

Assalamualaikum

Selamat tengahari kepada rakyat cakerawala sekalian. Macam mana pusingan dunia anda semua hari ni? Cepat ke tak? Patah balik ke? hahahahhaa. Sapa-sapa yang duk kat planet Matahari aku tabik spring. Mampu tahan panas!! Hohohoho.. Aku duk kat bulan ja. Sebab selalu berangan tak ketahuan hala. Hahahahaha..

Hari ni mod berjiwang aku mai pulak. Hakhak. Sila muntah banyak-banyak ok. Ini episod ceritera cinta antara aku dengan errrr. sapa yer.. banyak sangat.. lupa dah mana satu. Hahahahah. Nampak sangat huduh perangai aku ni. Tak da la. Main-main ja.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tak semua yang kita harapkan akan menjadi seperti yang kita rancangankan. Betul tak? Aku pasti setiap orang sudah diletakkan jodoh masing-masing. Cuma hanya masa sahaja akan menentukan siapakah jodoh kita.

Boleh jadi jodoh kita dengan bekas cikgu kita sendiri! Boleh jadi jodoh anda dengan Rozita Che Wan! Boleh jadi jodoh kita dengan awek sebelah rumah ja. Duk pergi main-main mata! Last-last melekat. Boleh jadi jodoh aku dengan Heliza!! hahahahhaha. Mau yang comel ja. Kikikiki.. Main-main ja. 

Maksud aku, setiap orang sudah ditetapkan jodohnya sejak azali lagi. Tiada siapa yang tahu muka si jodoh kita. Bercinta sepuluh tahun pon tapi akhirnya putus juga di tengah jalan. Macam-macam yang terjadi ni. Bagi aku, semua ini adalah ketentuan Allah. Mungkin dia bagi aku merasai nikmat untuk dikasihi, dicintai, disayangi dan merasa peritnya penderitaan kekecewaan ni. 

Kalau dah bukan jodoh kita. Usah dipaksa agar benda itu akan terjadi. Usaha tangga kejayaan pon tak semestinya kejayaan itu akan hadir dengan sekelip mata. Jadi, apa aku nak cakap ya sebenarnya. Dah merepek tak ketahuan hala. Ntah mana pangkal mana hujung aku pon dah tak tau ni. hahahahhaha..

Jadi, jika benar kita tak sayang seseorang tu, lepaskan lah dia agar dia akan bahagia di masa akan datang. Setelah pelbagai rintangan yang terjadi, setiap keputusan itu adalah untuk kebaikan diri masing-masing. 

Aku merepek tak ketahuan hala dah ni. Weh-weh, aku ni bukan ramai pon follower di belog ni. Belog picisan. Sapa la nak sangat baca kan. Kan kan kan.. Hhahahahahaha. Lantak la .. Saja nak menulis sebab nak cakap aku dah habis EXAM pon. Itu ja sebenarnya!! The End...

Selasa, 3 Mei 2011

Amalan hutang di sisi agama..

Assalamualaikum


Selamat petang. Apa khabar semua. Moga anda semua sihat sejahtera. Disebelah laptop aku ada ayaq milo panaih. Minum petang sambil merehatkan minda. Di sini aku nak share sesuatu dengan anda semua. Sedar tak sedar kita semua hidup dalam keadaan berhutang. Semua perkara dilakukan dengan bergantung dengan hutang. Nak belajar pon berhutang. Inikan pula nak membeli kereta, rumah dan sebagainya. terfikirkah kita? Macam aku. Sebagai contoh, aku belajar namun telah meminjam kepada PTPTN! Ini merupakan satu konteks hutang di dalam pendidikan.KEADAAN umat Islam semakin memilukan apabila aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini. 


Hujah mereka mudah, iaitu jika membayar secara tunai mereka akan rugi. Ini satu fenomena kurang sihat, tapi dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat mengenai bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan. 


Mari sama-sama kita pelajari pandangan Islam dalam hal hutang. 
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia).” (Riwayat Muslim, 6/38)

 Sebagaimana sabda Rasulullah:
 “Barang siapa meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah akan merugikannya.” (Riwayat Al-Bukhari, 2/83) 


Baginda kerap mengajar umat Islam supaya berdoa dilepaskan daripada hutang: 
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada dosa dan hutang.” Lalu baginda ditanya: “Mengapa engkau sering meminta perlindungan daripada hutang, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, apabila berbicara dia dusta, apabila berjanji dia mengingkari.” (Riwayat Al-Bukhar, 1/214) 


sebuah hadis lain, ertinya: 
“Ya Allah, aku berlindung daripada kekufuran dan hutang.” Mendengar itu, seseorang bertanya, “Apakah engkau menyamakan kekufuran dengan hutang, wahai Rasulullah?” “Benar,” jawab Rasulullah. (Riwayat An-Nasaie, 2/316; Ahmad 3/38; Al-Hakim berkata sahih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani: Dhoif) 

Ini jelas aktiviti berhutang kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh.

Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan. Ia seperti berikut:

1. Kad kredit: Jauhkan diri daripada menggunakan kad kredit. Selain isu riba yang hampir dengan kad kredit, ia menggalakkan hutang secara berlebihan. Malah, jika seseorang ingin menggunakannya, dinasihatkan supaya digunakan untuk memudahkan urusan pada saat yang benar-benar terdesak. Adalah lebih baik menggunakan ‘charge card’ atau ‘debit card’ saja. Jauhkan diri daripada ketagihan penggunaan kad kredit.

2. Pinjaman peribadi: Ini satu lagi produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu disedari, seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional diharamkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma hari ini, ada beberapa bank Islam dan perbankan Islam menawarkan pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam.

Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep ‘bai inah’ (jual dan beli semula antara dua pihak sama). Konsep ini sangat kontroversi dan ditolak kebanyakan ulama Timur Tengah, namun ia diterima ulama Malaysia dan Brunei.

Apapun, kebiasaannya kadar dikenakan tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang sangat mendesak perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

3. Perumahan dan kereta: Dua item ini mungkin keperluan asas bagi kebanyakan individu. Bagi saya, seelok-eloknya hutang peribadi kita dihadkan kepada dua jenis ini saja. Itupun mesti menilai kemampuan kewangan dengan sebaik-baiknya supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional disepakati haram oleh seluruh ulama dunia.

4. Umrah dan haji sunat (kali kedua): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanya sekali. Justeru, umat Islam perlu memahami keutamaan atau ‘awlawiyyat’ di dalam pengendalian wang peribadi.

Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukkan untuk ke umrah dan haji kali kedua lebih baik dan besar pahalanya jika disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi.Malangnya, ketidakfahaman umat Islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.



Situasi diatas sememang sudah menjadi kemestian oleh pihak kita. Kalau difikir secara logik, memanglah kita semua tidak mampu untuk membeli kenderaan seperti kereta dengan membayar secara tunai. Tanpa hutang pada waktu kini, amat sukar untuk kita semua mendapatkan sesuatu.


Apa yang aku tulis ini ada berdasarkan pembacaan aku di HMETRO. Terfikir untuk aku berkongsi dengan anda semua agar kita semua perlu berfikir dengan sewajarnya sebelum melakukan sesuatu perkara

Tinggal setahun lagi.lll

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Jangan terkejut kenapa update awal.Aku tengah study sekarang.Hahahahah. Ada exam kejap lagi. Pukul 9.00 pagi. Doakan aku berjaya jawab no. Sempat lagi update time-time ni.Hahahah. Saja rehat, amik masa update kejap. Jadi la..

Dah hampir setahun aku kat penang ni rupanya. Cepat pulak masa berlalu. Macam tak percaya ja kan. Hahahahahha. Tapi itulah, apa yang aku pilih sekarang perlu diselesaikan dalam masa 1 tahun lagi. InsyaAllah lepas ni baru mengorak langkah ke alam yang lagi mencabar.

Dalam masa setahun ni, macam-macam aku lalui. Kenal ramai orang. Terbaru adalah family KBU lah. Memang enjoy kenal mereka ni. Hahahahaha. Cukup lah. Setakat tu ja entry untuk kali ni. Hahahha. Tak tau nak tulis apa dah. Kang merepek panjang jadi tak ketahuan hala..

P/S: Study study!!!

Isnin, 2 Mei 2011

Pesanan untuk Wanita Masa Depan....

Assalamualaikum...

Selamat tengahari dunia cakerawala sekalian. Semua dah makan ke belum? Kalau belum boleh pergi kenduri Ujang hari ni. Hahahahaha. Dia kawin, jadi leh makan freeee!!!!!! Errrrr, ujang pon tak kenal aku! hahahaha. Sesuka hati ja suh anda semua pergi kenduri dia. Hakhakhak..

Errr, bila tengok orang duk pakat kawin sekarang. terpikir la pulak, bila la agaknya sampai masa tu kat aku! Hummmm, lambat lagi gaya ni. Hahahaha. Belum habis belajar lagi, duit tak da, hutang bertimbun. Itu jer la kesimpulan aku secara panjangnya. Panjang ke? Hahahaha.

Pesanan khas untuk bakal Wanita Masa Depan aku. Aku memohon maaf andai diri ini tak sempurna untuk mu. Aku hanya insan biasa. Banyak kesilapan yang telah aku lakukan. Aku berharap, diri aku ini menjadi lebih baik dari dulu. Kesilapan lalu banyak memberi pedoman pada aku. Betapa bodohnya aku dulu terpengaruh dengan hasutan syaitan. Astarfirullah. Aku ingin berubah ke arah jalan yang lebih baik.

Buat mu, terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya. Walaupun ramai orang cakap aku ni muka SERIUS!! hahahahahaha. Tapi hati tetap COMEL+CUTE ok!!! Buat Wanita Masa Depan, sayang ku hanya pada mu. ERrrrrrrrrrrr.. Gila menjiwang di tengahari ni. Hahahahaha. Hangpa semua jangan muntah ok!!!

P/S: Diriku hanya untuk MU jua. <------- ayat macam ni boleh dak??hahahhaa...

Ahad, 1 Mei 2011

Kepuasan menikmati...

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Good Morning. Goedemorgen, Magandang Umaga, おはよう, Buenos Días. Dah bermacam versi selamat pagi aku masukkan kat sini. Hgahaahahhaa. Bangun-bangun. Matahari duk terpacak dah nuuu.. Dah tido apa lagi. Ish-ish, apa nak jadi dengan hangpa semua tak tau..

Semalam, macam-macam benda aku buat. Dengan sibuk study satu hal dah. Ada pulak pujukan dan rayuan kawan-kawan duk pergi ajak jalan-jalan. Hadoii, mentang-mentang la hangpa dah habis exam. Saja nak bagi aku panas membara yer. Tapi aku tak layan. Buat dekk jer. hahahahaha. Coihhh, last-last ikut jugak. 

Kalu nak tengok episod semalam, boleh ke SINI. Jalan tak hengat dunia, sampai aku dah lupa ada exam lagi ni. Hhahaha.. tapi still enjoy. Jangan gelabah-gelabah. Cool orang cakap. Tadi episod satu. Ni sambungannya. Hahahhaa...

Semalam aku terpaksa bersabar. Nafsu membuak-buak ni. Haruman baunya menusuk hidung aku. Satu bilik bau. Mana tahan weh. Kalau ikutkan nafsu serakah aku ni. Dah lama setel. Tapi kena la tunggu orang lain jugak. Hhahaha. Sabar jer la. Mau tengok aksi-aksi semalam. Zoom ke bawah no. Acara mengopek si raja buah ni dilaksanakan oleh NAMI. Hahahahhaa. tak sabor-sabor dia. Aku lagi tak sabor.



Siap peace lagi si NAMI. Tengok lah aku balut sampai 5 beg plastik bagi menjaga gas buah durian ni. Nak bagi kekal harum. PErghhhhh.. Dalam duk balut 5 plastik tapi bau dia memang kuat gila. Celah mana tembus tak tau la. Adoiii.. tak menahan aku.





Ce tengok isi dia. PErghhhh.... Gebu, lembut, harum dan mengiurkan aku dengan NAMI. Sekali aku gigit perghhhh, nikmat sungguh. Macam ni rasanya durian Balik Pulau. Isi dia satu-satu tak mengecewakan. Kami bedal 2 biji durian semalam. Hahahahaha. Sedap bukan kemain lagi. Tak ketahuan hala aku semalam. Kena dengan harga la. Nak sedap kena la melabur lebih sikit. Bagi aku tak kisah. Asalkan memberi kepuasan dan kenikmatan. Geram jugak tengok entry si Yuyu Zulaikha tu.. Lega jugak aku berjaya melempiaskan nafsu serakah aku yang membuak-buak ni. Hahahaha. Nafsu makan durian. Itu ja....



Ni hasilnya selepas aku mengkedarah dengan NAMI. Licin beb.. Tapi NAMI dah lentok semalam. Tak tahan panas durian. HAhahahahhaa. Tak keruan dia semalam. Duduk tak senang. Aku tengok dia gelisah semacam ja. HAhahahahaha. Hamik hang, nak sangat makan durian. 

Vlog terbaru sudah siap. Nantikan yer. Dalam proses mengedit. Sebab tahap kejelasan tidak memuaskan. Sedang mencari kaedah untuk menaikkan tahap kejelasan suara. Bagi semua orang dengar. Kena sabar sikit la no. Nantikan kemunculannya. Hahahaahhaha.. 

P/S: Doakan aku berjaya jawab exam nanti. Hahahhahaa. Ada 2 lagi paper. Pastu merdeka la untuk sem ni. Hahhahaha. Ingat, insan yang cemerlang sentiasa cukup tidonya... Tido puas-puas la yer..hohohoho..