Khamis, 24 Mac 2011

Kebuntuan...

As salam. 

Selamat pagi aku ucapkan kepada semua rakyat-rakyat sekalian. Aku sedang di dalam keadaan kelaparaan yang teramat sangat disebabkan baru sahaja melalui proses pelaburan amanah saham. So tabung aku sudah kosong!! Tapi dalam bilik aku yang berserabut ni, tak ada makanan pulak. 

Aku jugak nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Tahniah kepada calon SPM yang berjaya tahun ni. Kepada yang tidak bernasib baik tu, anggaplah ini sebagai dugaan dan cabaran kepada anda untuk kembali bangkit. Gagal sekarang tidak bererti gagal selamanya. Buktinya aku adalah tergolong dalam orang yang gagal SPM!! 

Sekali lagi aku ulang yer! Aku tergolong di dalam orang yang Gagal SPM! Aku gagal 2 subjek dan hanya 4 kredit (Cara nilai SPM dulu-dulu). Berbanding kawan-kawan aku yang lain, result aku paling tercorot antara mereka semua. Nak mohon masuk U pon tak layak cuma STPM ja aku layak masuk. Itu pon atas-atas urat orang cakap. Cukup lepas syarat untuk masuk. Dari STPM tu baru aku sedar, aku perlu kuat dan berusaha untuk buktikan aku jugak mampu berjaya! Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa ada sekarang.

So jangan bersedih, kerana perjalanan hidup ni panjang lagi. Kita tak tahu masa depan macam mana. Perkara paling utama ialah jangan mengalah dan teruskan melangkah dengan semangat ingin berjaya! Anggap kegagalan sekarang pencetus kebangkitan!! 

Sini aku just nak kongsi beberapa info. Artikel ini sangat menarik. harap kamu semua ambil pedoman!! just klik --------> SINI... Harap kita semua ambil iktibar.

P/S: Gagal sekarang tidak bererti Gagal untuk selamanya. Fikir positif dan maju kehadapan untuk kembali Bangkit mencapai kejayaan. InsyaAllah..

1 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

betoi tu beb..

sekali gagal bukan bererti gagal selamanya...

yg penting jangan putus asa...

sama jer Entry ni dengan ENTRY BAWAH NI

SILA KLIK SINI