Ahad, 26 Jun 2011

Jom Kembali Ke Sekolah.

Assalamualaikum


Di Petang hari tanpa membuat apa-apa jenis kerja dan membuta selalu saja aku sekarang ni. Baik aku imbas kembali peristiwa aku masa kecik-kecik sampai la besar gedabak macam sekarang ni. Dulu aku kecik-kecik boleh dikategorikan seorang kanak-kanak terbuas selangkawi sekalian alamnya.

Tak padan dengan kecik merata kampung aku redah. Jalan kaki ja time-time dulu. Maghrib baru ingat nak balik rumah. Masa tu siap la makan tali pinggang dengan ayah aku. Hahahhahaha. Tapi peristiwa paling aku ingat time aku kena HEMPAP dengan tiang elektrik. Ala tiang yang besaq tu. Nak tau kena masuk SINI. Padan muka aku, sebulan tak pergi sekolah sebab tak boleh nak jalan. Nasib baik aku tak cacat lagi. Masa tu aku baru darjah satu. Hahahahaha. Tapi hangpa semua tak perasan cara aku berjalan macam mana. Kesan dari benda ni lah. 


Ni gambar aku masa darjah 4. Hahahahaa. Kalau hangpa hebat carilah aku yang mana satu. Hihihihih. Kalau teka betoi aku belanja ayaq Milo Ais!!! Amacam. kalau hebat lah..hahahahah. 

Waktu Sedih
Masa aku darjah 6, Ayah aku pergi buat selamanya. Sejak dari tu, aku mula berperangai tidak elok. Dengan kena ejek anak yatim. Sedih jugak la time tu, kawan-kawan cakap macam tu. Hummm. Banyak kali terlibat dengan bergaduh. Hahahahha. Sepak terajang semua naik habis. Cakap banyak tak mau dah. 


Ni Masa darjah 6. Hahahhaha. Rambut aku tak leh blah time ni. Sikat tepi kot. macam budak skema ja aku tengok time-time macam ni. Hadoiiii. kenangan lalu dehhh... Aku aktif main bola ja time ni. Tapi ke buang dari team bola sekolah. Sebab aku ponteng latihan. Hahahahhaa. Selalu ayah aku hantar pergi latihan. Lepas dia tak ada, Tak da sapa nak hantar aku. Jadi nama aku kena buang la. 

Aku pernah masuk Sekolah Agama. Percaya tak?? ahhahahaha. Dekat kodiang sekolah tu. Tapi orang panggil dengan nama Famousnya Sekolah Agama Melele. Hahahaha. Padahal nama punya sedap orang panggil Melele ja. Adoihhh. Tapi aku tak lama kat sana. Sampai Tingkatan 1 ja.

Tingkatan 2 mak aku bawak aku masuk sekolah menengah biasa balik. Dekat dengan umah aku ja. Jalan kaki 1 minit ja. Sebab tu aku manusia paling lambat bersiap nak pergi sekolah. Sekolah dekat sangat-sangat dah. hahahahha. Takkan lewat punya. Confom. Sebab aku tak pernah kena tangkap dengan pengawas pon datang lewat ke sekolah. Rekod tu. Hahahhahahahaha. Bangga nya pakcik!!!hahahahaha..


Ni masa Form 5 kot. Hahahahhaa. Muka aku dah lain benor. Rambut botak lak time-time ni. Senang dan meringankan kepala aku. Kelas aku paling sikit sekali. 15 orang ja ada. Laki 4 tapi sorang lagi tak da sebab kaki ponteng saja. Hadoihh. Tak padan dengan sikit. Ponteng memang kantoi lah.


Tadaa. Aku masa Form 6. Banyak cerita sedih berlaku kat aku sepanjang aku bergelar pelajar Form 6 ni. Aku ada tulis dalam kontest Rangers Muslimah. Kalau siapa baca. Tu lah kisah aku. Tragis sungguh. Tapi tak apa. Sekarang aku sudah berbeza. Umur pon semakin bertambah. 

So inilah serba serbi kisah aku. Banyak lagi sebenarnya. Tapi cerita sikit-sikit jer la. Nak panjang takut berhari-hari tulis baru nak siap cerita zaman kanak-kanak sampai besaq macam sekarang ni. hahahahha.

Okey, Disini saja cerita dari Mr.Straw. Mai-mai pakat pekena Milo. Kejap lagi aku nak bersukan pulak. Main badminton ja sekarang ni. Operasi memecah lemak dibadan bermula. Hijhoohohohoh..

8 ulasan:

Pakcu Sofi berkata...

haha ni mesti mengidap penyakit Tiangeletrikphobia ;p

haniesaad berkata...

sikat rambut belah tepi tu. kahkahkah!

nora amila ghazali berkata...

ooooo.. budak jahat dulu.. alallala...:P

Bintang Biru. berkata...

rambut skema tak boleh blah sunnguh. HAHAHA

saya bukan tomato berkata...

hahahahahahahaha ,, lawak la ang nih . aku tak wat lg .. tguu naa

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

keh3....

best gak baca ceta hang.....

nadzli azlan berkata...

best gilakkkk !

::contengan hati::)) berkata...

fuyooo mat skem ea dulu ;)

rindu zaman sekolah kan