Rabu, 29 Jun 2011

Kalau la Aku

Assalamualaikum

Selamat Pagi rakyat jelata. Hahahahhaha. Tadi aku dah pekena milo tabur atas ais. Boleh tahan sedapnya. Hohohohoh, Hangpa nak rasa dak? Nanti aku tolong buatkan. Tapi masuk dalam perut aku jugak la. Sebab ni kan alam maya ja. hahahahahha..

Pernah dengar perkataan Kalau? Pernah tulis kan dalam karangan. Sering kali kita gunakan perkataan ini pelengkap untuk angan-angan kita. Percaya tak?? meh aku tolong tunjukkan bukti.

Kalau lah aku kaya! Aku nak beli tanah 30juta hektar.
Kalau lah aku kaya! Aku nak kawin 4 sebab aku mampu!
Kalau lah aku kaya! Aku nak beli Jet-Jet pejuang untuk kegunaan peribadi aku.
Kalau lah aku kaya! Aku nak beli berjuta tan metrik serbuk Milo untuk aku ja!

Itu baru angan-angan Kaya. Belum guna ayat macam ni!

Kalau lah aku Otromen. Aku nak tangkap semua penjahat
Kalau lah aku Otromen. Tak payah aku nak nek kapal terbang nak pergi mana-mana.
Kalau lah aku Otromen. Aku lah hero terPOYO seangkatan dunianya!

Opsss.. Terlebih sudah aku merepek. Ini hanya contoh aja. Tapi itulah realitinya. Setiap orang ada angan-angan dan ayat Kalau ni adalah pelengkap sejati untuk berangan. Aku pon kadang-kadang berangan jugak tapi bukan yang jenis kuning-kuning ni. Itu tak ketahuan namanya.

Tapi, jika boleh elakkan lah guna kalau ni. Berangan tu tak salah tapi kalau tiada usaha setiap apa yang kita impikan takkan tercapai tanpa usaha dan kerja keras. Diam itu lebih baik dari bercakap banyak tanpa memberi manfaat kepada kita. 

Apa yang pasti, lumrah hidup ada yang susah dan senangnya. Tak semua apa yang kita impikan akan tercapai dalam sekelip mata. Ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada setiap orang. Apa-apa pon usaha adalah tangga kejayaan.. Tangga takkan datang kalau tak ada orang bina dan buatkan ianya menjadi tangga. kan kan kan...

Biarlah ilmu kita sekecil penutup air pon namun ianya memberi manfaat yang tinggi kepada kita kelak dimasa akan datang. Renung-renungkan. Selami Jiwa, Selami Akal, Selami Laut yang terbentang Luas. Errr.. Bye lagi banyak aku tulis lagi merepek ja ayat-ayat nanti. hahahahha...

3 ulasan:

meaw berkata...

kalau lah ang ada kat sebelah aku,dah lama aku hawen ang,wakakakakaka.... kalau lah aku ada sejuta lemon,aku nak beli gegula hacks 34 balang sedekah kat student2,haha

Lulu Caldina berkata...

hoho menyu tak best :P

::contengan hati::)) berkata...

kalau lah aku kurus macam tiang bendera ;)