Selamat petang. Cuaca hari ni sangat panas di Langkawi. Sekejap hujan dan sekejap panas. Sekarang aku lak kena selsema. Hohohohohoh. Adoih...tak pa. Paling penting rehat kena cukup.
Hari ni aku nak cakap pasal siapa aku. Setiap orang pertama kali tengok aku mesti kata aku serius. Sebenarnya faktor wajah aku yang nampak garang dan serius itu dari dulu lagi. Walaupun aku senyum orang tetap kata serius.
Bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Walaupun senyum tetap nampak serius. Aku tak kisah pon kalu ada orang cakap aku serius ke, sombong ke cuma aku bersyukur dengan kejadian Allah S.W.T. Ini adalah aku dan aku menerimanya.
Walaupun muka aku serius tapi hati ni tetap baik. Hahahahahah. Angkut bakul sendiri!!! Jangan risau kepada sesiapa yang pernah jumpa aku ka dan kenal aku mesti tahu sikap dan perangai aku ni macam mana. Rupa kita ni sentiasa berbeza. Ada nampak manis, putih, ayu, tenang, serius, garang dan sebagainya. Senyumlah semanis mana pon kadang-kadang riak wajah kita tak berubah. Apa boleh buat. Ini kejadian Allah. dan setiap orang ada perbezaannya.
Ni bukan entry emosional ka apa ka. Aku cuba lakukan agar orang yang rapat dengan aku sentiasa selesa dengan sikap, perangai dan kelakuan aku yang tak ketahuan ini. Aku cuma nak jelaskan setiap orang ada perwatakannya dan secara zahirnya aku tergolong dalam orang yang bermuka serius.
Aku ada sorang Cikgu. Muka dia memang nampak garang dan dengan suara yang keras dan besar membuatkan pelajar pon takut. Walaupun muka dia garang tapi dia seorang pendidik yang amat baik dan baik dengan pelajarnya. Tidak lekok memberi ilmu. Tapi dengan raut wajahnya yang garang semua orang jadi takut padahal dia bukan garang pon. Tapi faktor wajah tu.
Secara keseluruhannya, manusia mana ada yang sempurna dan masing-masing ada kekurangan yang tersendiri. entry ni tiada kaitan dengan siapa-siapa pon cuma aku terdetik untuk berbicara tentang benda ni aja. Hahahahha.
Kalau terasa aku minta maaf banyak-banyak. Bukan niat aku nak mengata kepada sesiapa cuma ini adalah pandangan aku ja. Aku hanya manusia biasa yang serba kekurangan. Itu jer lah. Setakat ni saja entry merapu meraban aku untuk hari ini. Paling penting, bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T dan setiap kejadiannya adalah dari Allah S.W.T.
Kalau terasa aku minta maaf banyak-banyak. Bukan niat aku nak mengata kepada sesiapa cuma ini adalah pandangan aku ja. Aku hanya manusia biasa yang serba kekurangan. Itu jer lah. Setakat ni saja entry merapu meraban aku untuk hari ini. Paling penting, bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T dan setiap kejadiannya adalah dari Allah S.W.T.
Adiooosss tooo.. Milo milo milo milo milo aisss satuuu... dahaga tekak ehhh...
1 ulasan:
ingt lagi x first kita kenal??
lepas tu dh kenai baru tau sekepala..
gila2 juga hahaha....
Catat Ulasan