Khamis, 31 Mac 2011

Meluat dengan KBU...

Assalamualaikum...

Post entry kontroversi pagi ni. Hakhak.. Oh aku sangat meluat kalau tak kenal depa semua awal-awal lagi. Demmm.. Baru jer kenal tapi semua dah macam seKEPALA. Bukan kongsi KEPALA!!! tapi cepat mesra serta boleh ramas-ramas mesra gitu lagi..errrrrrrrrrrrrrr.....

Aku pon tak sangka! Ibarat dah berkawan sejak sekolah lagi! Padahal baru ja kenal dan jumpa. Tapi istilah tu tak da langsung bagi anggota KBU. kena lah dengan Motto depa ni "WE ARE FAMILY".  Walaupun tak semua aku kenal tapi aku bersyukur berjumpa dengan kawan-kawan baru yang happening.

Macih la kepada geng KBU. Sapa-sapa yang kenal aku tapi aku tak kenal hangpa aku minta maaf la no!! Hahahaha. kadang-kadang pelupa nama. Al-maklumlah baru kenal, nak hafal muka dengan masukkan nama mengikut muka tu lambat sikit!!!!hahahahhahaha.

(Di CKT sg. 2)

Itu jer lah kot. Ramai yang aku kenal sekarang. Kak Shida, Si GKSB, Enchik Angah, KSP (Kaki Plastik), Nadh, (Erika Cinta Nadzli), Adam, Daus (skandal GK), Hadi (team Straw), Pak Cu, Tatia, Amalina, Papa Khai, Onie, Mikro Kokus, Eman, Kak Zai, RM (tak penah jumpa) wehhhh .... Banyak ngat ehh aku nak ingat. sapa tak tersebut tu aku minta maaf!! lupa dah.. hahahhaa.. tapi warga KBU memang mantop lah!!

P/S: Bila nak gathering seterusnya ni???hahahhaa.. nak beramas-mesra lagi. Hakhakhak. 

Selasa, 29 Mac 2011

manisnya kawin....

Saat indah awal perkahwinan.

Teruna: Akhirnya ini lah saat yang aku tunggu sekian lama.
Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?
Teruna: Tentu tidak!! jangan sesekali kau berfikiran begitu!!
Dara: Apakah kau mencintaiku?
Teruna: Tentu!! selamanya akan begitu!!
Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?
Teruna: Tidak!! aku tidak akan melakukan perkara seburuk itu!!
Dara: Mahukah kau mencium aku?
Teruna: Ya!!
Dara: Sayangku....

Sesudah 5 tahun perkahwinan...
Korang baca dari bawah ke atas pula....


Copy paste sekali cilok dr belog ni -------------> Mat KU (kawan aku)

Di serang HENDAP!!!!!

Assalamualaikum..

Selamat petang. Ma-mai pekena ayaq milo panaih dengan aku. Offer hanya limited kepada beberapa orang sahaja. Kalu nak! Sila hadirkan diri anda pada malam ini. Di dalam mimpi aku!!!!! hahahahahhahaha,...

Ohhhh..hari ni aku banyak buat kerja sebenarnya. Pastu aku masuklah FB KBU!! Nak tahu aku kena apa? Kena serang dengan 2 orang blogger ni. Kak Shida dan Cik GKSB. Toek toi depa 2. 

Kaki ngendap depa berdua ni. Suka perhatikan kelakuan orang. hahahahah. nak tahu aku kena apa?? boleh la masuk belog depa. Aku dah linkkan nama depa. Sila la pergi sana. Aku tak nak post dalam belog aku ni. haduihh.. 

P/S: masing-masing ada tabiat!! standard..hahahhahahaha

Khamis, 24 Mac 2011

Kebuntuan...

As salam. 

Selamat pagi aku ucapkan kepada semua rakyat-rakyat sekalian. Aku sedang di dalam keadaan kelaparaan yang teramat sangat disebabkan baru sahaja melalui proses pelaburan amanah saham. So tabung aku sudah kosong!! Tapi dalam bilik aku yang berserabut ni, tak ada makanan pulak. 

Aku jugak nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Tahniah kepada calon SPM yang berjaya tahun ni. Kepada yang tidak bernasib baik tu, anggaplah ini sebagai dugaan dan cabaran kepada anda untuk kembali bangkit. Gagal sekarang tidak bererti gagal selamanya. Buktinya aku adalah tergolong dalam orang yang gagal SPM!! 

Sekali lagi aku ulang yer! Aku tergolong di dalam orang yang Gagal SPM! Aku gagal 2 subjek dan hanya 4 kredit (Cara nilai SPM dulu-dulu). Berbanding kawan-kawan aku yang lain, result aku paling tercorot antara mereka semua. Nak mohon masuk U pon tak layak cuma STPM ja aku layak masuk. Itu pon atas-atas urat orang cakap. Cukup lepas syarat untuk masuk. Dari STPM tu baru aku sedar, aku perlu kuat dan berusaha untuk buktikan aku jugak mampu berjaya! Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa ada sekarang.

So jangan bersedih, kerana perjalanan hidup ni panjang lagi. Kita tak tahu masa depan macam mana. Perkara paling utama ialah jangan mengalah dan teruskan melangkah dengan semangat ingin berjaya! Anggap kegagalan sekarang pencetus kebangkitan!! 

Sini aku just nak kongsi beberapa info. Artikel ini sangat menarik. harap kamu semua ambil pedoman!! just klik --------> SINI... Harap kita semua ambil iktibar.

P/S: Gagal sekarang tidak bererti Gagal untuk selamanya. Fikir positif dan maju kehadapan untuk kembali Bangkit mencapai kejayaan. InsyaAllah..

Isnin, 21 Mac 2011

US serang LIBYA. Adakah kejadian IRAQ kembali berulang..

Haih. Tak habih-habih dunia ni. Bergolak sana sini. Baru ja kejadian tsunami berlaku, sekarang pula peperangan dan rusuhan di asia barat makin memuncak. Paling terkini US serang LIBYA?? Motif? Adakah dengan cara itu, LIBYA akan kembali aman?

Mana perginya negara-negara ISLAM?? Masa inilah Orang Islam perlu bangkit melawan! Bangkit dan Teguh bersama-sama namun, situasi sekarang menunjukkan hubungan sesama Islam tidak seperti dahulu.. Kalu dilihat kejadian yang berlaku ni, sama-sama lah kita berfikir secara rasional. Dunia di akhir zaman.

Buktinya, telah berlaku gempa bumi dengan banyak sekali. Peperangan, masalah sosial dan lain-lain. Sama-samalah kita kembali ke paksi yang lebih baik. Marilah kita beramal sebanyak mungkin. Dunia ni hanya sementara..

Lagi menteri dikaitkan video seks....

Erk, betul ke ni? tak tahu la. Dunia politik ni macam-macam pancaroba. Sekali kamu semua terjerumus dalam kancah politik, tiada yang mustahil melainkan tak mustahil boleh terjadi. Aku tak suka politik. Jiwa aku bukan seorang yang berpolitik.

Kepada ahli-ahli politik kat luar sana tu, tolonglah jaga maruah diri sendiri. Demi kuasa, sanggup jual harga diri ke? tak perlu kot. Fikirlah secara rasional. Anda semua berilmu tapi mungkin anda sudah dikaburi dengan benda-benda lain.

Boleh la buat amal sama. Buat kebajikan, hidup bukan lama. Cakap pandai tapi hasilnya kosong. Erk, tu jer la. sekadar hairan dengan situasi politik malaysia. Sapa la aku ni, kamu yang ada kuasa tu gunalah elok-elok. Kang aku pulak nanti ke ISA. mampuih.....hahahhaa..

Sabtu, 19 Mac 2011

Pilihan anda..

As Salam. Selamat pagi. Rajin pulak aku update pagi-pagi ni. Sementara ada idea. baik aku tulis nanti dah lupa. Tak dapat nak berkongsi dengan anda semua. Pilihan!! semua orang menghadapi dilema dengan pilihan. Macam-macam pilihan boleh jadi. Pilihan awek mana satu, erkk. hahakhak, contoh jer. 

Susah sebenarnya bila berhadapan dengan situasi macam ni. Nak buat pilihan mana satu! Semua orang hadapi perkara sebegini. Tapi untuk pilihan hari ni, aku nak cerita pasal pilihan memilih pasangan!! ahahah, tak da la, main-main aja. 

Situasi macam ni, contohnya lah. Antara kerja dan belajar mana anda perlu buat pilihan? susah kan nak buat pilihan, boleh pecah otak nak pilih mana satu yang terbaik. Sebab benda ni melibatkan masa depan kita. Sekali buat pilihan kita takkan mampu undur masa lagi.

Jadi berhati-hati bila nak buat pilihan. Setiap perkara akan melibatkan pilihan. Rumah, kereta, komputer, laptop, awek, calon isteri, calon suami, dan segalanya melibatkan pilihan. Baik dan Buruk pon kita leh pilih nak buat masa satu!! kan kan. Nasihat aku, berhati-hati memilih kawan!! itu jer.. 


Apa yang perlu kita buat untuk dapatkan keputusan untuk memilih mana satu pilihan yang akan kita akan ambil:

1) Minta pandangan orang berilmu..
2) Minta pandangan ibu bapa
3) Minta pandangan kawan
4) Buat solat istikarah
5) Berdoa dan sentiasa bertawakal (setiap yg berlaku ada hikmahnya)

Itu jer. Sekadar pandangan aku. Benda ni aku dah banyak kali lalui. Aku bersyukur dengan apa yang aku pilih!!

Aku sombong? ye ke?

Halo-halo. Morning you allllzzzz. Dengan riaknya aku nak bagitau aku kat kg tapi duk umah sorang-sorang jugak. Sebab abg aku balik kg kak ipar aku da. Penat aku balik tapi duk sorang jugak kat umah. Dermmm. hahhhh tu tajuk atas tu? faham tak maksudnya? Orang kata aku sombong? errrr. Betul ka?

Tak tak tak tak, aku tak sombong cuma aku pendiam!! Mungkin orang yang bercakap macam tu sebab dia tak kenal aku. Mungkin dulu-dulu punya cerita aku jarang senyum kat orang. Itu lah sebabnya leh timbul persoalan bahawa aku sombong dan berlagak. Don't judge book with just see the cover page!! Baca dan fahami. barulah tahu apa isinya. betul tak?

Siapa yang kenal aku tahu aku ni macam mana. Aku akui aku tak peramah! Tapi tak semestinya aku sombong. Bila dah kenal aku baru tahu perangai aku yang sebenarnya. Mai aku jelaskan sebab aku pendiam pada satu ketika sahaja.
 
Pertama bila aku berada di tempat baru dengan tak kenal sesiapa. Kedua aku jenis tak tegur orang yang aku tak kenal! yer la dah tak kenal takkan nak pergi tegur. Ketiga faktor muka aku, orang kata muka aku ni bengis, takut depa nak tegur!! pernah jadi baru-baru ni dengan antara aku dan blogger GKSB. Parking moto sebelah menyebelah jah. Tapi tak kenal, tak tegur la. padahal nak jumpa!! Bila jumpa, terus kata lorr parking sebelah ja..hahahahahah. GKSB kata muka aku ketat!!tu dia tak tegur!! erk. time tu aku baru je kena hentam dengan berjuta peluru!! Presentation hancur. So tak berapa ceria la. Tapi bila cakap baru tau aku cakap banyak!!!hahah

Sekali lagi aku kata!! aku tak sombong lah.. cuma pemalu dan pendiam. Jangan salah sangka ok. Itu jer la ceritanya. Cukup-cukup dengan tanggapan tersebut! jangan percaya kabar-kabar angin sebab dalam angin bercampur kentut anda!! busuk weh!!!! selamat bersarapan!!! 

P/S: lepas ni aku nak senyum ja. Lantak la orang nak kata aku gila ke haper!!

Jumaat, 18 Mac 2011

belum tido lagi..

Hoh..aku tengah buat rekod sekarang. Tak tido selama 2 hari. Gila ke hape!! Hoishh.. Mana tahan weh. Dalam minggu ni ja dah 2 kali aku tak tido ni. Sebab siapkan asgment dan report serta slide untuk presentation kejap lagi. Pukul 9.00 pagi.

Sempat lagi hupdate. Aku cuba mencontohi abg ben la. 5minit gunakan masa yang untuk update entry. Tak kisah ko nak merepek,merapu,mencarut,melucah,meng apa apa jer la. janji update entry. So aku dah berjaya luangkan masa aku selama 5 minit untuk update entry.

sebenarnya tengah tension mengadap benda-bemda asgment ni. So datang lihat belog untuk tenangkan pikiran yang bercelaru ni. Letih doh. kalu macam ni leh mereng kepala hotak aku nanti.huihsss...

Ok chow. nk siapkan slide. tak banyak dah!!!

Khamis, 17 Mac 2011

status aku!!

Errr.. this is personal. To somebody that hate this entry can leave my blog!! Hahahahah. Pedas punya ayat!! Main-main ja. Nanti ada pulak terasa. Mencanang pulak kat semua orang kata aku ni DIVA. Bajet bagus dan perasan comel dan lain-lain lagi.

Tak kisah dan tak amik tahu. Ramai orang bertanya status aku! Berpunya?tak berpunya?dah ada? Bila cakap tak da. Muka hang tak da awek.. Sampai mampuih tak caya. Tu ayat-ayat teman rapat dan baik aku!! Kalu dulu betul la! sejak putus cinta ni kadang-kadang jadi serik nak bercinta!

Itu dulu, sekarang aku nak umumkan. Sonang cerita. Dalam proses kenal-kenal with someone. Aku tak nak mentioned siapakah gadis yang malang itu!! hekhelhek. Ni kalu cik kak tengok entry ni mau naya aku! Kena penumbok dia. Ganaih orang yang aku tengah kenal-kenal ni!!


( google lagi)

Itu jer aku nak cakap. Biarlah aku bergerak secara slow. Malaih nak terburu-buru. Kesian kat orang. Dah banyak yang kecewa dengan aku. Mungkin aku ni jahat!! Mereka yang pernah ada hubungan dengan aku dulu tu, aku minta maaf banyak sebab dah banyak lukakan hati anda. Moga anda jumpa lelaki yang baik dan sesuai untuk anda. 

Peace peace!! jangan gaduh-gaduh!! low profile lebih baik.....

haih..awt la tenet ni tak bagi update..

Huh Huh Huh Huh!!!!! Maqah maqah maqah... Dari pagi tadi nak hupdate belog tak boleh boleh!!! Demmmm la tenet ni. Tapi aku pelik awat Cik Senyum Maneh (GKSB) leh update?? Satu line tenet kot!! Toek toi. Menyampah kadang-kadang nak tunggu loading untuk tulis. 


 (sumber google)

Kepanasan hari ni. walaupun marah muka aku tetap comel dan cute macam gambar diatas!!!Patut hari ni pergi melawat tapak @ site Gathering KBU!! sory kepada cik GKSB sebab tak dapat nak join sekali. Tak kena time lak. Ada kelas time tu. Aku pergi time kejadian jer la nanti..hahahahahha.. 

Dah bye.. tu jer la. Ada entry lain sebenarnya pagi tadi. Oleh kerana kemerengan line tenet ni aku dah malas nak update. Tapi masih update jugak untuk petang ni..hakhakhak!!!

Selasa, 15 Mac 2011

A moment at Tioman

Selamat tengahari semua.. Dah makan? Lapaq? Jom aku belanja KFC dan McD melalui perkhidmatan ekspress MIMPI sejahtera. Hahahaha. Hari ni aku just nak update entry pasal aktiviti aku baru-baru ni. Sebab tu belog ni terabai dalam tempoh terdekat ni.

Patut aku dah update semalam tapi tenet pulak duk lembab. Tulis tajuk entry boleh tapi nk tulis yang lain jadi lembab nk loading. Geram aku. Tunggu berjam gak la tak muncul-muncul jugak. Akhirnya aku pon tutup terus sebab malas dan meluat nak tunggu dah!!!

Hari ni berjaya jugak. Aktiviti terbaru aku ialah pergi melancong ke Tioman. Last entry aku ada cakap dah pasal trip ni. So ari ni aku nak tunjuk la hasilnya aktiviti tersebut. Pergi 3 hari 2 malam. Agak letih sebab perjalanan yang agak jauh dari Pulau ke Pulau. Faham? Tak Faham kan? Maksudnya dari Pulau Pinang Ke Pulau Tioman. Naik bas ja. 10 jam jugak la perjalanan. Kat bawah ni leh la tengok gambaq yang aku leh snap.




Hah. Ni baru sikit, ada lagi nak letak ni. Mau tengok ka? Sat g kata bosan lak. Huhuhuh. Tapi aku tetap nak buh jugak gambar-gambar yang ada.




Bagi aku kalu hangpa nak datang Tioman ni elok la sedia duit banyak-banyak. Sini kos nak snorkling, mancing dan sewa peralatan agak mahal la. Bagi aku Tioman masih ok, aman damai dan boleh dijadikan sebagai tempat berehat dan enjoy untuk lupakan seketika keserabutan kerja dan lain-lain.



Paling best aktiviti snorkling la. Hangpa leh tengok keindahan batu karang atau coral. Kalu kena time cerah memang puas hati tengok. Nak rasa keindahan tempat ni kena la datang sendiri. Aku tak puas lagi. Sebab 1st day ujan lebat mungkin sebab time tu tsunami baru je berlaku kat jepun. Mungkin kesan-kesan tu dah sampai kat tioman dan ramai gak orang muntah dalam feri. Aku tak sebab aku pon orang pulau. Dah biasa dengan ombak  ni.





Setakat tu saja. Cukup la dengan gambar-gambar tu. Sikit-sikit dah la. banyak gambar yang menarik lagi. Tapi takkan la nak letak semua. Pilih yang lawa-lawa cikit. Huhuhuh. apa apa pon aku enjoy dan dapat la lupakan asgment-asgment yang bertimbun nu. Sekarang dah balik, kena la kerja keras siapkan asgment. hahahahaha. 

Lepas ni akan pergi lagi Tioman. Best dan sangat tenang duk kat sana. Tak da gangguan dan kesibukkan seperti bandar!!

Khamis, 10 Mac 2011

1 lagi trip...

Malam ni satu lagi trip aku kena pergi. Kali ni sebuah destinasi pelancongan. Bak kata lect aku, your level now need to see the surrounding!! gain exprience dia cakap. Hah, elok la memang la dapat pengalaman tapi yang duk melabur keluar tu tak kira ka. Kalu free aku memang sangat sokong tapi bila kena pakai DUIT.. Oh tidak, terpaksa pergi jugak sebab compulsory.. Wajib dia kata tapi aku tak kisah asalkan benda tu dapat berikan aku sedikit ilmu dan pengalaman.

Mai aku tunjuk sedikit gambaran awal destinasi aku. Agak korang kat mana ya destinasi ni? Lagipon harga yang aku dapat untuk 3 hari 2 malam hanya RM 195.00 sahaja. Agak berbaloi sebab memang tempat tu aku tak penah jejak lagi.


(sumber google)

Agak kat mana ni? Teka-teka keh. Sapa betoi aku bagi adiah!!! Ni kira destinasi terkemuka kat malaysia. Semua orang tahu tempat ni. Ni 1st time aku pergi. Nak tahu kat mana!! tengok bawah!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
PULAU TIOMAN

itu jer nak cakap. Hahahahahha.. Aku harap perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. Korang doa jugak kat aku dan group2 clas aku ok. Boleh meragam la dengan kamera DSLR kawan aku nanti. Heri jangan marah tau aku guna kamera hg sat ja. Tak lama ehh... thanks tau bagi kebenaran aku guna kamera hg!!hahahaha..

Itu saja buat hari ni. Sekadar berkongsi. Macih kerana membaca.

Rabu, 9 Mac 2011

1st entry untuk KBU.....

Assalamualaikum.. Pa habaq semua?? Moga-moga semua sihat no. Hari ni aku nak tulih pasai satu group yang baru ja aku terjoin. Aku tak tau pun benda ni. Ingatkan tak wujud tapi rupa-rupanya sudah lama wujud. Aku ja ketinggalan zaman. 

KBU??adakah menatang? tak tak, ni group KAMI BLOGGER UTAGHA. Mengumpul segala lubang cacing, semut, lebah, ulaq, landak, arnab dan segala-galanya pasai geng blogger UTAGHA sahaja. Makna kata budak-budak asal utara, termasuk sempadan thailand sikit-sikit. hohohohohoh.

(Logo Geng Blogger Utagha)

Aku baru saja menapak untuk PERTAMA kalinya semalam, bagi aku group paling sporting habis lah. Semua perangai loglaq dan sedikit gila (jangan duk terasa no, melawak ja). Yang terbaru, depa nak buat gathering pada 26/3/2011 ni. Tak lama dah. Lokasi di Penang sekitar SEAGATE. Pakat-pakat mai semua no. Leh beramah mesra..hakhak. jangan duk pikiaq yang loglaq na. Kenai-kenai la maksudnya. 

Ok. Takat ni ja entry aku. Saja nk bagi kenai-kenai group ni. Promosi free of cas... Boleh pakat-pakat mai langkawi tengok laut... hai hai bye bye..

Isnin, 7 Mac 2011

Letih kepala hotak....

Keserabutan melanda diri aku buat masa sekarang. Biasalah, banyak benda kena buat dan kena fokus dalam satu-satu masa. Sampaikan terabai belog ni buat sekian lamanya. Sian belog ni!! Dilupakan aku, tapi nak buat macam mana. Aku cuba curi masa tapi tak jugak sempat-sempat. Tak leh lawan Ben Ashaari lagi ni. 

Hari ni baru rasa free sikit, tu pon ada banyak kerja yang bertimbun yang sedang tunggu giliran. Ehhh, kalu malas nanti kerja jadi kelam kabut, gelabah tak tentu pasal. Last-last apa tak dapat. Tapi aku akan tetap berusaha untuk menghupdate entry sebanyak mungkin!! (dalam mimpi ja syukri weh) Matlamat bukan main tinggi kalah gunung everest tapi tak jugak ada hasilnya. cooiihhhh....

Tapi hati aku tetap pada Lisa Surihani!!!! damn lari tajuk dah... Tak da kena mengena dengan entry. Erk, tapi aku berpeluang tengok Lisa dekat-dekat, rapat-rapat, ketat-ketat... Merepek dah aku petang-petang ni. Serius aku tak tipu. Lisa datang Langkawi, dia singgah umah Mak Ngah aku!! Tapi aku tak sempat nk bergambar. kalu tak boleh kasi jeles si Iqbal hakimi..

(hasil shoot aku dgn guna Google) 
Imej google jer.

Nah.. Tapi tak pa. Dia memang putih melepak.. Hoish.. berangan lisa jadi awek aku untuk 10 saat!! jadilah.. Hahahaha... Dah dah dah, aku dah mula merapu. Bye-bye.. Mai-mai pakat nek feri!!!!

Jumaat, 4 Mac 2011

Tak sempat....

Halo halo halo.. Sapa-sapa yang datang mengview page aku baru-baru ni. Aku minta maaf banyak-banyak ok!! aku tak dapat nak balas komen korang lagi. Aku terlalu buzy nak siapkan projek aku!! Lepas ni aku akan pergi view korang lain yer. Sory banyak-banyak k. 

Ok kena chow dah. sekitar lokasi site study sekarang. Sempat lagi on9 kejap! Just nak update satu entry ja. Thanks kepada yang datang menyinggah page aku dengan entry disebalik tabir tu. Wahh.. banyak gak yang datang. Rasa dihargai.. nanti aku view korang lak.. sory sangat-sangat!! aku terlalu sibuk. Tapi masih sempat update untuk 5 minit ja! damn masa memang cemburu!!!!

Khamis, 3 Mac 2011

DI SEBALIK TABIR BLOG


Aku kembali lagi..Join lagi segmen. Nak join leh klik sini ----> Ben Ashaari. Kali ni disebalik tabir belog plak kena explain. Nahhh.. Bro Ben suh masukkan gambar paling cun mengecun, menawan, bombastik dan senang cerita yang paling lawa la. Malu la pulak nak buh gambar. Tak hencem pon cuma CUTE MIUT ja. Hakhakhakhak...


Latar belakang sipoot!!!

Aku seorang yang sangat2 simple dan open minded. Kalu 1st jumpa nampak mcm macam sombong tapi tak sebenarnya. Bila hangpa dah kenai aku, baru tahu siapa aku sebenarnya. Suka cakap banyak salah satu sifat aku (bila dah kenal orang, tak kenal pendiam sikit) Sekarang masih belajar di US* (bajet U luar negara tapi tak pon) dan bidangnya Master in Planning. Opss, jangan terkejut na, tahu la muka aku ni macam tak layak ja kan. tapi aku CUTE MIUT ok!!!(ayat angkut bakul sendiri) Aku sangat low profile.. itu jer..

Jumlah follower sekarang : 140 jer. 

Bro ada tanya beberapa soalan!! kena jawab lah...

1. Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?

Kalu tak da belog, aku maybe banyak guna Facebook dan baca manga online (peminat ketat-ketat naruto,bleach,onepiece). Aku jugak join fantasy premier league. dak laki tau kot game2 ni. Juga hantu mendownload secara haram cerita2 movie dan anime!!!

2. Ceritakan kepentingan blog kepada anda.

Bagi aku, belog merupakan satu medium personal life aku. Sinilah tempat aku luahkan segala-galanya dan berkongsi apa jua pengalaman aku spnjg hidup aku ni. Dalam facebook mungkin tak kenal aku secara mendalam tapi melalui belog ni orang boleh kenal siapa sebenarnya aku ni.

3. Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?

Belog faveret mestilah Bro Ben. kalu tak macam mn la aku leh join segmen ni kalu tak tengok hari-hari. Hahahahaha. Banyak lagi belog yang aku singgah. Aku singgah sebab ada belog yang banyak beri info, pengalaman, cerita merepek yang boleh gelak sorang-sorang, dan macam-macam lah. Nak senarai banyak sangat. kebanyakkannya semua belog yang aku dah follow, aku sentiasa terjah ke situ.

Rabu, 2 Mac 2011

Dulu

Dulu aku hanya si kecil

Dulu aku hanya budak baru belajar

Dulu aku hanya budak yang bermasalah

Dulu aku hanya remaja yang baru kenal dunia

Dulu aku hanya remaja yang ingin memberontak

Dulu aku hanya remaja yang ingin berseronok

Dulu aku hanya remaja yang sesat ditengah jalan

Dulu aku hanya remaja yang lalai

P/S : Apabila hidup hanya tahu keseronokkan, jalan shortcut dipilih untuk kesenangan sementara..Hanya kini baru aku sedar betapa lalainya aku dahulu.

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??


Tajuk ni memang gengster la. Berani mati mengaku gila trafik. Buat jugak. Tak heran janji aku join segmen ni.Hahahaha. Mau join? klik sini ----> Ben Ashaari

Terdapat beberapa kisah kematian yang aku nak kongsi. Pertama ialah kehilangan ayah tercinta aku pada 12 tahun lepas. Ketika tu aku baru sahaja berumur 12 tahun, dua hari sebelum orang islam meraikan kedatangan hari raya aidiladha, aku kehilangan seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Ayah aku seorang yang bekerja keras dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Setiap benda yang dia buat akan dilakukan bersungguh-sungguh dan tidak jemu demi mencari pendapatan serta kesenangan kepada kami sekeluarga.

Aku terpaksa lalui dugaan dan pada tahun tu jugak aku perlu menghadapi UPSR tanpa bimbingan seorang ayah. Aku sangat rindukan dia. Pada usia yang masih muda sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Bagi yang masih ada ayah. hargailah mereka dan sayangi mereka. Tanpa mereka tiada kita di dunia ni..

Kedua ialah kehilangan seorang sepasang suami isteri iaitu cikgu aku. Kedua-dua mereka merupakan cikgu tingkatan 6. Cikgu lelaki tersebut pula ialah mentor aku. Beliau banyak memberi galakan dan bimbingan yang telah membantu aku mengharungi proses belajar. Cikgu perempuan pula sangat berdedikasi dan sentiasa menjadi pendorong agar aku berusaha untuk berjaya. Kalu nk tahu lebih lanjut leh refer SINI.... 

seterusnya seorang lagi cikgu aku. Cikgu Haizatun Azura. Sangat baik dan rapat dengan aku. Kali terakhir aku dengar percakapan beliau ketika beliau sedang dirawat di hospital pakar. 

Pada waktu tu, nada beliau sangat gembira dan cakap kat aku bahawa dia sudah sembuh. Namun, kira-kira 2 minggu kemudian, keadaan beliau agak kritikal dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga kelak. Al-fatihah.

Cukup sampai sini saja. Setel sudah segmen abang BEN.. 
P/S : Hargailah orang tersayang kita!!!