Ahad, 13 Februari 2011

Kenapa wanita seperti ini wujud??

As Salam..

Julung-julung kalinya entry aku kali ini bernada pedas. Cerita ini berkisarkan persahabatan yang mula renggang disebabkan seorang wanita! Aku tak kisah kalau hangpa nak bercinta pun sebab kedua-dua kawan aku. Tapi kenapa perlu kau bersikap begitu. Bagi aku kau seorang wanita yang sangat hipokrit. Bertopengkan senyuman di hadapan tapi di belakang kau sangat teruk. 

Aku kenal kau dan kenal boyfriend kau tu. Sahabat karib kami sejak dahulu lagi. Tapi sejak kau muncul dalam hidup dia. Semakin ada jarak dan hilang keakraban kami sebagai kawan. Aku tau hangpa pasangan romantis in the world. Tapi agak-agak la sampai kami nak luangkan masa sebagai sahabat seperti ada benteng ibarat tembok china. Kenapa kau perlu cemburu??Aku pelik dan heran. Aku dan kawan-kawan aku semuanya tertanya-tanya apa salah kami sampai kau nak halang persahabatan kami?? Kami kenal boyfriend kau tu lebih dari kau lagi. 

Kami tak pernah pon menghalang kau nak bercinta ka, bermanja ka, beROMEN ka, ber apa-apa ja la. Kami tak amik kesah pon. Tapi kami semua amat terkejut apabila kau tak berpuas hati bila dia ingin lepak dengan kami. Walaupun lepak minum 5 minit pon kau cemburu. Heran dengan sikap wanita seperti ini. Sedangkan kita semua dulu satu sekolah.Tahu la tahap sayang kau tinggi melangit tapi tak perlu kot kau nak cemburu! lainlah dia keluar dengan perempuan!! Ni dengan lelaki pon nak CEMBURU!! Hoi ingat kami ni GAY ke?? Lahanat betoi perempuan ni.

Kau bertanya kepada pakwe kau kenapa kau sudah hilang dalam friend list FB aku. Sebab aku mula kenal perangai kau yang sebenarnya! Cukuplah weh. Kalu sayang tahap cipan pon tak payah la nak rosakkan hubungan seorang kawan! Aku bukan saja remove kau tapi aku block terus kau. Moga hangpa berdua bahagia la no. Bagi aku, jika hangpa kawin aku takkan jejak kaki dimajlis perkahwinan hangpa. Buat apa aku nak pergi, dari awal lagi dah terbukti kau seorang wanita yang sungguh hipokrit!!! Sory to say tapi sikap kau tu yang pentingkan diri sendiri.

Aku tak kisah la dan aku dah MELUAT dengan perangai hang. Perempuan jenis pa ni? Part paling best pulak kawan aku ni pon bahlul jugak! Sayang punya pasai duk pergi ikut kerenah perempuan jenis tu. Elok la, hang hilang kawan tapi jumpa seorang isteri yang sungguh baik budinya. Good Joob my prennn. Tahniah-tahniah. Orang lain pon ada awek jugak! Tapi tak da la seteruk seperti hang ni. Pergi cermin diri hang tu dulu betol-betol!! Cukup cantik ke? hahaahhahah. Sekali angin datang melayang hang tu. Apa-apa pon kami yang lain tetap hapy tanpa hangpa berdua. 



Tamat sudah ceritera seorang wanita hipokrit!!!

7 ulasan:

yaya(; berkata...

perempuan macam tu patut dikasi pengajaran la ...
meruntuhkan satu ikatan persahabatan antara orang2 yang dah lama berkawan hanya pasal cemburu? cemburu buta ?? haha !

nur dhiya' aida berkata...

langsung xopen minded -___-
sengal nye pompuan itu

AMOI KUSUT berkata...

woohoo..
garang nya.
sabar ye..

nikuzammas berkata...

Fuhhh...panasss~~ Zasss~~

Syukri Hasshan berkata...

yaya: mmg ptot ajar tp biar jer la.. cemburu tak tentu hala..
dhiya: mmg x open lgsg..pdahal kami semua 1 skolah..1 kelas..tmsuk pompuan tu!!
amoi: sabaq ja ni..x sabar dah lama makan penyepak pompuan tu...
matku: 1st time hg komen belog aku!!hahahah

Norazizana berkata...

zn rasa zn taw story neh... hahaha... zn setuju dgn kri... mmg x patut... zn komen ckit jew sebut nama bf die terus dia p tanya bf dia pasaipa dgn zn dok sebut2 nama bf dia... padahal zn gurau jew dgn kwn kita yg sorg lg neh... pinjam jap jew nama bf die... rupanya die dok stalker fb zn... hahahha... lantak dia la....

Syukri Hasshan berkata...

hahhaa..lagu tu pon ada ka zana..awat dia teruk sgt perangai ni..heran..