Ahad, 20 Februari 2011

Bukan rezeki disitu..

Hai hai, bertemu lagi kita dalam rancangan MELODI. Saya host baru anda iaitu SH (syukri hasshan) langsung nama tak komesial. Tobat tak femes aku macam ni, tapi-tapi aku ni iras-iras SYAHIR AF8 (sila percaya). Harharhar, mood sengal hari ni. Duk perasan lebih lak..

Berbalik pada tajuk, setiap orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing. Mungkin rezeki aku bukan disitu. Tentang keputusan Cikgu Mara baru-baru ni aku gagal. Kepada yang berjaya aku ucapkan tahniah dan semoga anda semua berkhidmat dengan penuh semangat dan menaikkan martabat orang melayu.


Sapa tak kecewa kan, tapi mungkin ada hikmah diatas semua ni. Mungkin Allah dan rancang jalan yang lebih baik kepada aku lepas ni. Alhamdulillah aku menerima namun aku masih berada di satu tahap sebab sedang belajar lagi la. Hahaha. Agak-agak caya tak aku buat Master?? kalu tengok muka aku ni, confom semua kata tak LAYAK!!!!!


Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Ada 1 tahun lagi tuk habiskan belajar ni. Mungkin rezeki aku lebih baik pasni. Harap-harap macam tu la.. Paling penting jangan mengalah dan terus maju kehadapan dengan yakin. Pesanan penaja!!hahaahha..

P/S: 1 tahun lagi....cepat-cepat la habis. otak nak tercabut dah ni....

2 ulasan:

::DaisyDhea:: berkata...

gud Luck!!

nikuzammas berkata...

tak pe la...rezeki ang ngan aku kot..jom2 kita buka business nak?