Hari ni aku dah hilang sabaq. Pasai pos-pos surat ni. Sapa tak penah pos surat? Bukan pa, takut tak faham kenapa aku membebel-bebel sampai urat tekak aku nak terkeluaq dah ni. Haish, penah tengok Pos Ekspress tak? Penah tak? Penah dengar tak? Kalu tak tau benda ni memang aku pelik la dengan orang-orang ni.
Ni kat sini aku nak tunjuk sampel Pos Ekspress bagi sapa-sapa tak pernah tengok, guna, pakai, beli, terbeli, ternampak ke apa-apa jer la. Aku nak tunjuk jugak gambar dia. Tengok di bawah yer:
Dah tengok? Apa yang hangpa nampak? Dia tulis pa kat situ? Dia tulis DIJAMIN SAMPAI ESOK. Wah, Motto terbaik, cemerlang, gemilang,terbilang kau memang the BOOM lah. Tapi hampeh ja. Tak leh pakai langsung ayat tu. Kenapa aku cakap cam tu? Sebab aku sedang menunggu DIJAMIN SAMPAI ESOK yang dihantar oleh abg aku sejak hari selasa hari tu lagi, tapi tak sampai-sampai ke hari ni. Wah, Macam ni ka servis diorang? Memang aku tabik spring la. Tak leh pakai punya POS EKSPRESS!!
Patut POS EKSPRESS ni tukar Motto lah. Aku ada cadangan baik punya. Tengok gambar bawah yer. hahaha.
Amacam aku punya Motto? DIJAMIN SAMPAI SEBULAN! OK tak? Sesuai tak agak-agak hangpa semua? Dah la kena cas mahal untuk hantaq. Orang bayar mahal nak bagi sampai awal ni lebih kurang macam pos surat biasa ja. Baik aku pakai setem yang harga 60 sen tu. Untuk pengetahuan hangpa semua, la ni minimum nak hantaq surat tak kira kecik ka besaq ka 60 sen tau harga dia. Pas tu sebelum nak hantaq hangpa timbang dulu takut berat melebihi had yang ditetapkan untuk setem. Baru hangpa semua tau harga betoi setem yang kena tempek kat surat tu. Kalu tak sampai mati tak sampai surat tu.
P/S: Tukar la Motto tu. Tak leh pakai punya janji. Nak jadi terbaik cam na, hantar surat pon tak tepat masa. Haish.
1 ulasan:
selalu juga dgr kes2 cam tu..
Catat Ulasan