Assalamualaikum..
Sekarang mood berada di kampung halaman. Akhirnya berjaya jugak sampai ke rumah walaupun tersadai di Jeti Kuala Kedah selama 4 jam gara-gara orang terlalu ramai nak ke kampung aku. Al-maklumlah kampung famous dengan tahap kebersihan di atas paras merah (maksudnya teruklah).
Sambil buat kerja teringat pulak kenangan lama-lama dulu. Bersama kawan-kawan kampung, kawan dari pelbagai negeri dan kawan dari tempat yang baru. Apa kepelik ayat aku malam ni. So aku pon tengokla gambar-gambar lama dan terjumpa beberapa gambar menarik gak la. Bagi aku menarik kot. hahaha.
Ni gambar dalam kereta faizal. Sekali masuk 7 orang terus. Besaq kan kereta dia ni. Nama pon Pajero memang celuih la dengan kami 7 orang. Berhimpit-himpit dalam kereta orang. Bukan selalu kan. So ni lah kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Masing-masing dah ada hala tuju. Aku ja belum.
Ni pula gambar masa aku n geng gila-gila kena buat hari keusahawan. Tapi ni pic hari last. Dah habis barang-barang menjual. Boleh tahan la penat nak buat menatang ni. Sakit jiwa dan badan ja. Tambah-tambah kepada bob. Terkena jaga kami punya khemah dan barang-barang. Meradang dia dengan scoot hijau dia(vespa). Nama syarikat kami paling famous iaitu MASIH SOLO ENTERPRISE SDN BHD. So sapa-sapa yang solo boleh la join syarikat kami yer
Ni pula pic aku dengan geng2 batch RPPP. Inilah kenangan yang aku lalui sepanjang bergelar pelajar. Dapat la jugak beberapa pengalaman baru hasil trip ni. All the best la kepada geng2 aku ni.
Ni lah serba sedikit cerita dulu kala yang memberi aku banyak kenangan. Sehingga kini aku masih ingat bahawa aku mempunyai ramai kawan-kawan tak kira tempat.
P/S: Sentiasa hargai kawan-kawan kerana mereka mengajar kita erti persahatan yang sebenar.
3 ulasan:
kate dulu dan kini...gambar yg kini mne??weee~~
hahah..saja tulis cam 2
yeke..xle caye ke..haha
Catat Ulasan