Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Selasa, 30 November 2010

Nak bersalin pon kena Tinju?

Ni lagi satu kes aku baca kat surat khabar hari ni. Nak tau kes apa? Pegawal keselamatan tumbuk ibu nak bersalin. Terkejut beruk aku!! Apa punya jenis manusia ni? Teruk betul, patutnya dia tolong la bawak ibu tu ke wad bersalin cara elok-elok. Ni ada ke patut pegi tinju ibu bersalin tu. Nak tahu lebih lanjut kena la tengok kat sini Hmetro

Tak sangka aku, apa kejenis sikap manusia zaman sekarang ni? Apa masalah pengawal keselamatan tu. Sesuka hati ja tumbuk bini orang. Dah orang tengah sakit nak bersalin. Ish-ish. Dunia-dunia oi. Kejam sungguh pengawal tu. Kena bagi tindakan keras terhadap dia.

Sabtu, 27 November 2010

Perkhidmatan Pos Malaysia Di JAMIN SAMPAI ESOK! Hakikatnya...

Selamat tengah hari. Dah makan belum? Sapa yang tak makan lagi angkat tangan? Aku nak belanja hari ni? Nak? Kalu nak hangpa semua kena tunggu aku pos la yer. Hahahaha. Agak-agak sampai bila yer? Ke tak sampai?

Hari ni aku dah hilang sabaq. Pasai pos-pos surat ni. Sapa tak penah pos surat? Bukan pa, takut tak faham kenapa aku membebel-bebel sampai urat tekak aku nak terkeluaq dah ni. Haish, penah tengok Pos Ekspress tak? Penah tak? Penah dengar tak? Kalu tak tau benda ni memang aku pelik la dengan orang-orang ni.

Ni kat sini aku nak tunjuk sampel Pos Ekspress bagi sapa-sapa tak pernah tengok, guna, pakai, beli, terbeli, ternampak ke apa-apa jer la. Aku nak tunjuk jugak gambar dia. Tengok di bawah yer:



Dah tengok? Apa yang hangpa nampak? Dia tulis pa kat situ? Dia tulis DIJAMIN SAMPAI ESOK. Wah, Motto terbaik, cemerlang, gemilang,terbilang kau memang the BOOM lah. Tapi hampeh ja. Tak leh pakai langsung ayat tu. Kenapa aku cakap cam tu? Sebab aku sedang menunggu DIJAMIN SAMPAI ESOK yang dihantar oleh abg aku sejak hari selasa hari tu lagi, tapi tak sampai-sampai ke hari ni. Wah, Macam ni ka servis diorang? Memang aku tabik spring la. Tak leh pakai punya POS EKSPRESS!! 

Patut POS EKSPRESS ni tukar Motto lah. Aku ada cadangan baik punya. Tengok gambar bawah yer. hahaha. 



Amacam aku punya Motto? DIJAMIN SAMPAI SEBULAN! OK tak? Sesuai tak agak-agak hangpa semua? Dah la kena cas mahal untuk hantaq. Orang bayar mahal nak bagi sampai awal ni lebih kurang macam pos surat biasa ja. Baik aku pakai setem yang harga 60 sen tu. Untuk pengetahuan hangpa semua, la ni minimum nak hantaq surat tak kira kecik ka besaq ka 60 sen tau harga dia. Pas tu sebelum nak hantaq hangpa timbang dulu takut berat melebihi had yang ditetapkan untuk setem. Baru hangpa semua tau harga betoi setem yang kena tempek kat surat tu. Kalu tak sampai mati tak sampai surat tu. 

P/S: Tukar la Motto tu. Tak leh pakai punya janji. Nak jadi terbaik cam na, hantar surat pon tak tepat masa. Haish.

Selasa, 23 November 2010

Nak beli anak patung ni boleh?

Sapa tak suka anak patung angkat tangan? Aku pon suka anak patung sebenarnya. Ehhh, tak suka pon la. Selalunya kaum wanita amat menyukai anak patung ni. Tapi kalu anak patung ni, confom orang laki yang suka sangat. Sangat murah anak patung ni dijual dengan harga RM10.00 jer. Nak tau anak patung apa? Baca berita tak hari ni? Ni aku nak habaq mai kat hangpa semua yang tak baca surat khabar hari ni pasai satu anak patung baik punya dari ladang. Anak patung ni hanya di minati kaum lelaki sahaja sebabnya: tengok gambar di bawah yer.

Dah tengok? Amacam patung ni? Seksi betol kan. Inilah sebab hanya golongan laki ja yang minat nak beli. Aku tak beli la. Just nak bagi tau ja kat hangpa semua tentang benda ni. Kalu tak percaya leh tengok la kosmo hari ini. Kat sini aku buh sikit tentang petikan dia. Sila baca la no takkan aku lak nak tolong bacakan kat hangpa semua. Hohohoh...


PADANG BESAR - Mungkin hanya untuk tarikan, namun seorang peniaga tidak mempedulikan sensitiviti apabila dia dikesan menjual patung wanita separuh bogel secara terbuka di Pasar Sehari Wang Kelian di sini kelmarin.
Patung yang menampakkan buah dada wanita itu akan bergerak-gerak selepas dihidupkan dengan hanya menggunakan tenaga solar apabila coli patung itu ditanggalkan.
Menurut peniaga tersebut yang enggan dikenali, patung itu dijual pada harga RM10 sahaja dan permainan tersebut sesuai diletakkan di papan pemuka kenderaan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
"Pelanggan yang berkunjung suka melihat patung ini apabila buah dadanya bergerak-gerak selepas colinya ditanggalkan.
"Dalam sehari lebih lima buah akan terjual. Patung ini sesuai diletakkan di dalam kereta dan kebanyakan pembeli adalah orang muda," katanya

Dah habis baca kan. Ehh senangkan laki nak bagi hilangkan mengantuk masa drive. Beli ja anak patung ni. Confom mata cergas sepanjang masa. Aku nak beli tak ada keta, moto kapcai ada la. Takkan la aku nak letak kat moto aku. Gila buat malu ja. Haish. Macam mana la anak patung ni boleh dijual yer. Sonang-sonang ja dapat, murah pulak tu. Ehhh duniawi masa kini. Hangpa nak ke anak patung ni? Tak yah la. Beli benda lain la yang boleh bagi lagi manfaat dari benda yang merosakkan jiwa ni. Adoihh.. Aku nak..hahhaha...lawak jer..

Ahad, 21 November 2010

Remaja masa kini...

Hai remaja. Di mana maruah anda?? Pendedahan yang agak mengejutkan di dalam Harian Metro pada hari ini.


KES 1 - ADILAH, 13:

“SAYA mula disentuh teman lelaki awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip mata.

Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.

Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.

Sebaik masuk ke bilik, tanpa melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.

Helmi sudah beberapa kali datang ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.

Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.

Pun begitu, dalam masa sama saya takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu guru sekolah menengah.

Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.

Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.

Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya, seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur sejauh itu.

Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.

Akhirnya, ketika pemeriksaan dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan terpaksa menerima hakikat itu.

Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku. Namun, semuanya sudah terlambat.

Saya lukakan hati ayah dan emak. Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.

Tiada apa yang dapat saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.


Di mana harga diri anda?Di mana peranan ibu bapa?Di mana adap dan tatasusila anda? Kenapa perkara ini berlaku? Siapa yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini? Semoga perkara ini dijauhkan daripada kita semua. 

Rabu, 5 Mei 2010

Aku bukan Penjenayah!!!

Assalamualaikum.

Sakan aku skrg. Penuh dengan kerajinan skrg ni. Update blog aje.
Bukan pa. Xda keja len dah. Study xperlu. Terlalu byk masa.
Sampai aku pon xtau nk wat apa. So menulis dan menaip la.
Biaq aku merepek-merepek dan merapu-merapu dlm belog ni.

Skrg aku nk crita bnda yg tertgguh. Dah lama kejadian ni.
Cuma aku x smpt nk update bnda ni. Skrg bila Fulltime no Study!
Ni la masa nya. Utk aku imbas kembali.
Nasib baik kejadian ni x serupa Aminulrashid!! 
Tp kejadian ni berlaku sebelum kes Aminulrashid 2.

Meh aku nk tjk skit gmbq bukti. Mmg rasa mcm penjenayah
ja aku time ni. Org lalu lalang tgk semacam jer.
Igt aku ni perompak, pembunuh, pengedar, bapak ayam.
Mcm tanggapan org tgk. Kalu hgpa tgk pon mesti duk anggp cam 2.




Alkisah nya begini. Sebenor-benornya, Keta xleh stat!
Itu satu hal, nk tau sebab knp keta ni xmau stat?
Sebab Keta ni Abis Minyak!! Adooiiii. Sapa punya Keta ni!!
Yg lagi bestnya keta ni mampuih lepas dr Rodblock ja.
Terang2 polis nmpk Keta ni trus bhenti lps dr diorg.

Rosak plan aku! Nk pegi minum jer. Almaklumlah. Aku ni
PENUMPANG. This is NOt MY Car Yer!! Kwn aku punya keta.
Owner Keta ni popular tau. Kalu aku buh name die ni.
Knfom hgpa semua kenai dia. Dia kaki Gosip,Kutuk,Maki, N Hamun.
ahahaha. Cerita2 panas bagi je kat Dia ni. Knfom semalaya tahu!
Sory yer my Friend. Sje nk bagi panas ckit!!hahaha.
Jgn Marah no.

2 la. Len kali hg nk kuaq buh la Minyak! Haduih.
Last2 apa pon xdpt. Balik gitu jer. Aku ni xdpt balik umah!
Tdo kolej jer. Seb baik dekat ngn kolej. Kalu jauh. Huish. Letih!
Terpaksa mengColl si JJR. P cari minyak.

Lepas je isi Minyak. Xmau hidup Pulak bila nk stat!. 
Punya la Keta 2 benci kat aku. Damn betoi. Pe salah daku?
Pas 2 mula si Tok Bon dtg. Siap 2 peronda kot.
2 aku ckp dah rasa mcm penjenayah time 2!

Moral Of Stories: Isi minyak penuh2 sebelum nk kuar jenjalan yer!!
Jgn Jadi Macam aku. Letih menolak keta!

Jumaat, 1 Mei 2009

masalah2 doniawi

aku x pasti pe mslhnye sekarang ni..yg ku tahu sejak akhir2 ni jadi masalah kes selsema BABI!! tkjt gak aku baca..sekarang dah berpuluh-puluh org mati kat mexico..agak bhya virus nie..
Kenapa terjadi??
sebab apa??
kini, negara kita juga sdg bhati2 dgn virus ni..dah mula ketatkn kawalan kemasukan pelancong asing bg elakkn virus ni menular d dlm mlysia..ye ke leh elakkn??sedangkn dadah yg disembunyikn boleh terlepas..ni kn pulak virus yg xnmpk..dok dlm bdn manusia ..dlm sel2 hidup, darah2, tulang2, air liuq, dn lain2 la...aku x pasti la..adakah thp kwln keselamatan mlysia ni berada pd thp terbaik..mgkin ya mgkin x..
pada pendapat korang la..
Adakah kawalan yg dilakukn oleh negara kita ckup bgus??
Apakah yg perlu dilakukn utk meningkatkn kualiti n keberkesanan sistem keselamatan ni??
pikir2 kn lah...sebab bnda ni juga melibatkn kita semua...aku x nk kn virus babi 2..nnti aku jd sawan babi..mampus..dok melalok merata2..trus KO..xnk aku..