Rabu, 29 Jun 2011

wordless wednesday 3#

Assalamualaikum

 
Hidup Mau Ceria!!!

Kalau la Aku

Assalamualaikum

Selamat Pagi rakyat jelata. Hahahahhaha. Tadi aku dah pekena milo tabur atas ais. Boleh tahan sedapnya. Hohohohoh, Hangpa nak rasa dak? Nanti aku tolong buatkan. Tapi masuk dalam perut aku jugak la. Sebab ni kan alam maya ja. hahahahahha..

Pernah dengar perkataan Kalau? Pernah tulis kan dalam karangan. Sering kali kita gunakan perkataan ini pelengkap untuk angan-angan kita. Percaya tak?? meh aku tolong tunjukkan bukti.

Kalau lah aku kaya! Aku nak beli tanah 30juta hektar.
Kalau lah aku kaya! Aku nak kawin 4 sebab aku mampu!
Kalau lah aku kaya! Aku nak beli Jet-Jet pejuang untuk kegunaan peribadi aku.
Kalau lah aku kaya! Aku nak beli berjuta tan metrik serbuk Milo untuk aku ja!

Itu baru angan-angan Kaya. Belum guna ayat macam ni!

Kalau lah aku Otromen. Aku nak tangkap semua penjahat
Kalau lah aku Otromen. Tak payah aku nak nek kapal terbang nak pergi mana-mana.
Kalau lah aku Otromen. Aku lah hero terPOYO seangkatan dunianya!

Opsss.. Terlebih sudah aku merepek. Ini hanya contoh aja. Tapi itulah realitinya. Setiap orang ada angan-angan dan ayat Kalau ni adalah pelengkap sejati untuk berangan. Aku pon kadang-kadang berangan jugak tapi bukan yang jenis kuning-kuning ni. Itu tak ketahuan namanya.

Tapi, jika boleh elakkan lah guna kalau ni. Berangan tu tak salah tapi kalau tiada usaha setiap apa yang kita impikan takkan tercapai tanpa usaha dan kerja keras. Diam itu lebih baik dari bercakap banyak tanpa memberi manfaat kepada kita. 

Apa yang pasti, lumrah hidup ada yang susah dan senangnya. Tak semua apa yang kita impikan akan tercapai dalam sekelip mata. Ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada setiap orang. Apa-apa pon usaha adalah tangga kejayaan.. Tangga takkan datang kalau tak ada orang bina dan buatkan ianya menjadi tangga. kan kan kan...

Biarlah ilmu kita sekecil penutup air pon namun ianya memberi manfaat yang tinggi kepada kita kelak dimasa akan datang. Renung-renungkan. Selami Jiwa, Selami Akal, Selami Laut yang terbentang Luas. Errr.. Bye lagi banyak aku tulis lagi merepek ja ayat-ayat nanti. hahahahha...

Selasa, 28 Jun 2011

Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum..

Hari ni aku bangun pagi-pagi dengan semangat tinggi dan berkobar-kobar untuk melaksanakan misi terpenting pada pagi tadi. Hohohohoho. Semangat tak hengat donia ja aku ni sampai terlupa minuman paveret aku! Sory kerana terlalu cepat ingin keluar sehingga lupa padamu sayang. Hhhahahaha

Dengan penuh bangganya aku nak bagitahu kat hangpa semua bahawa aku pergi buat kad pengenalan baru. Hahahahah. Woit woit, ini pon mau kecoh ka! Adoiiii.. Suka hati aku la. Tak da idea nak update ni,. So aku update la bab-bab macam ni. Mau tengok kad pengenalan aku??


TADAAAA.. bagi tujuan keselamatan aku daripada hackers yang cuba membuat naya jadi aku telah melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang paling dahsyat didunia. Hahhahahaa. Bahaya oooo.. Info-info pentting didedahkan di dalam alam maya bukan leh kira. 

Ni kad pengenalan baru aku sebagai seorang pekerja yang mementingkan kesihatan.Wajib ohh kepada sesiapa yang bekerja di dalam bidang Makanan ni. Kena CUCUK. Jarum sepanjang 3 inci. Hahhaha. Ok, aku tipu ja bab jarum tu. Gila panjang jarum macam mau tembus aku punya tulang. hahahahhaha. 

Kad dia besaq gedabak. Tak celuih dalam beg duit lak. Kena 25 hinggit kot.. Tahan untuk 3 tahun. Dah macam amik lesen keta ja. Tapi kita tak leh nak upgrade macam lesen la. Sebab memang tahan 3 tahun tak macam lesen memandu ni boleh 3,4,5 tahun ikut suka la. Tapi yang ni memang hanya 3 tahun. lepas tu kena upgrade lagi. Untuk 3 tahun lagi sampai la hang tak buat kerja lagi. Itu ja..hahahaha

Sekian. entry untuk hari ni. Tatatatatatt...titititititititit,,tutuututututututut... Milo KAWWWW satu tarik buh ais tepi dan atas ok!!!

Kehidupan..

Assalamualaikum

Selamat malam semua. Baru lepas balik dari keluar minum dengan kawan sekampung aku. Pekena ayaq Nescafe Ais. Milo Ais telah dilupakan oleh aku buat sementara waktu. Hahaha. Esok pagi baru kita ketemu semula wahai Milo yer.. Hahahaha. Jemu lah hari-hari asyik nak tengok hang ja. Nak jugak tekak aku merasa perasa lain.

Sambil lepak dekat pantai minum air memang syahdu lah malam-malam macam ni. Hohohoh. Kena pulak kawan aku baru bawak keta keluar dari kedai ja. Perghhhh. Vios baru tu..Haish kemain hebat dia la ni. Aku ntah tahun bila baru leh pegang stereng keta sendiri ni. Lambat lagi la jawabnya. 

Bila lepak dengan kawan-kawan mesti penuh dengan cerita-cerita terkini. Tentang si Tut dengan Tut, si Malaun dan Malaun sekaliannya. Hahahahah. Ngumpat la ceritanya. Adoii. Jadi perhatian kepada semua orang, janganlah kamu mengikut amalan kami ni. Tak baik tau.. 

Bukan apa, perbincangan kami ni agak panas jugak la. Kadang aku naik jemu jugak la kalau keluar dengan kawan-kawan yang suka membuatkan kita terburu-buru. Gara-gara AWEK yang terlalu disayangi kan. Sebab tu lah aku malas keluar dengan orang macam ni. Bikin panas ja. Ajak kita keluar, tak sempat nak panas punggung nak kena balik dah. Awek marah. Perangai macam Ciput Baby la minah ni. 

Susah benar ada awek yang cemburu tak bertempat. Heran heran. Pikir logik la sikit!! Itu lah sahabat yang paling "TERBAIK".. Ikut ja telunjuk pompuan tu. Alamatnya hang jadi pak turut la kawin nanti. Hahahahahaha.

Moral of Story. Carilah wanita yang lebih memahami yer. Jangan jadi macam kawan aku ni. Dah mengalahkan orang kawin ja. Kalau kawin ok la. Ni lum sah ni. Kena tangkap khalwat mau tak ketahuan hangpa.. hahaha

Ahad, 26 Jun 2011

Jom Kembali Ke Sekolah.

Assalamualaikum


Di Petang hari tanpa membuat apa-apa jenis kerja dan membuta selalu saja aku sekarang ni. Baik aku imbas kembali peristiwa aku masa kecik-kecik sampai la besar gedabak macam sekarang ni. Dulu aku kecik-kecik boleh dikategorikan seorang kanak-kanak terbuas selangkawi sekalian alamnya.

Tak padan dengan kecik merata kampung aku redah. Jalan kaki ja time-time dulu. Maghrib baru ingat nak balik rumah. Masa tu siap la makan tali pinggang dengan ayah aku. Hahahhahaha. Tapi peristiwa paling aku ingat time aku kena HEMPAP dengan tiang elektrik. Ala tiang yang besaq tu. Nak tau kena masuk SINI. Padan muka aku, sebulan tak pergi sekolah sebab tak boleh nak jalan. Nasib baik aku tak cacat lagi. Masa tu aku baru darjah satu. Hahahahaha. Tapi hangpa semua tak perasan cara aku berjalan macam mana. Kesan dari benda ni lah. 


Ni gambar aku masa darjah 4. Hahahahaa. Kalau hangpa hebat carilah aku yang mana satu. Hihihihih. Kalau teka betoi aku belanja ayaq Milo Ais!!! Amacam. kalau hebat lah..hahahahah. 

Waktu Sedih
Masa aku darjah 6, Ayah aku pergi buat selamanya. Sejak dari tu, aku mula berperangai tidak elok. Dengan kena ejek anak yatim. Sedih jugak la time tu, kawan-kawan cakap macam tu. Hummm. Banyak kali terlibat dengan bergaduh. Hahahahha. Sepak terajang semua naik habis. Cakap banyak tak mau dah. 


Ni Masa darjah 6. Hahahhaha. Rambut aku tak leh blah time ni. Sikat tepi kot. macam budak skema ja aku tengok time-time macam ni. Hadoiiii. kenangan lalu dehhh... Aku aktif main bola ja time ni. Tapi ke buang dari team bola sekolah. Sebab aku ponteng latihan. Hahahahhaa. Selalu ayah aku hantar pergi latihan. Lepas dia tak ada, Tak da sapa nak hantar aku. Jadi nama aku kena buang la. 

Aku pernah masuk Sekolah Agama. Percaya tak?? ahhahahaha. Dekat kodiang sekolah tu. Tapi orang panggil dengan nama Famousnya Sekolah Agama Melele. Hahahaha. Padahal nama punya sedap orang panggil Melele ja. Adoihhh. Tapi aku tak lama kat sana. Sampai Tingkatan 1 ja.

Tingkatan 2 mak aku bawak aku masuk sekolah menengah biasa balik. Dekat dengan umah aku ja. Jalan kaki 1 minit ja. Sebab tu aku manusia paling lambat bersiap nak pergi sekolah. Sekolah dekat sangat-sangat dah. hahahahha. Takkan lewat punya. Confom. Sebab aku tak pernah kena tangkap dengan pengawas pon datang lewat ke sekolah. Rekod tu. Hahahhahahahaha. Bangga nya pakcik!!!hahahahaha..


Ni masa Form 5 kot. Hahahahhaa. Muka aku dah lain benor. Rambut botak lak time-time ni. Senang dan meringankan kepala aku. Kelas aku paling sikit sekali. 15 orang ja ada. Laki 4 tapi sorang lagi tak da sebab kaki ponteng saja. Hadoihh. Tak padan dengan sikit. Ponteng memang kantoi lah.


Tadaa. Aku masa Form 6. Banyak cerita sedih berlaku kat aku sepanjang aku bergelar pelajar Form 6 ni. Aku ada tulis dalam kontest Rangers Muslimah. Kalau siapa baca. Tu lah kisah aku. Tragis sungguh. Tapi tak apa. Sekarang aku sudah berbeza. Umur pon semakin bertambah. 

So inilah serba serbi kisah aku. Banyak lagi sebenarnya. Tapi cerita sikit-sikit jer la. Nak panjang takut berhari-hari tulis baru nak siap cerita zaman kanak-kanak sampai besaq macam sekarang ni. hahahahha.

Okey, Disini saja cerita dari Mr.Straw. Mai-mai pakat pekena Milo. Kejap lagi aku nak bersukan pulak. Main badminton ja sekarang ni. Operasi memecah lemak dibadan bermula. Hijhoohohohoh..

Sabtu, 25 Jun 2011

Jangan Retisss sangat...

Assalamualaikum..

Baru je lepas melahap Keow Teow Sup tadi..hummm.. Boleh tahan, yang masak tu abg dan kak ipar aku. Hahahahah. Aku tukang makan ja dan tukang merasa sedap ke tak. Sodah konyang perut ku ini.. Hek hek hek. 

Cakap pasal RETISSS ni. Makin famous mereka-mereka ni. Bukan apa, siap nak ketengah kumpulan K-Pop baru lak tu. hadoiiii mak aiiii. Habeh rosak lagu macam ni. Pakat duk bawak slang tak ketahuan hala. Hahahhahaa.. mau tengok RETIS dalam pembikinan?? Zoom di bawah cepat!!



Amacam depa ni? Sakan la RETISS zaman sekarang. Kononnya dah fofular lah ni. Bakal menyajikan lagu-lagu yang bertajuk. Kekanda Selalu Curang, Adinda Suka Pisau Cukur, Cinta Tak Ketahuan, Retiiss Di Dalam Kelambu, dan pelbagai lagi.

Bakal mengadakan konsert 1 billlion peminat yang akan diadakan tidak lama lagi. nantikan Roadshow mereka akan datang. Inilah peluang anda untuk mendekati RETIIS-RETISS yang bajet hot dan penuh dengan ketaksuban dalam nyanyian mereka. Hahahahhahaha.

Ini hanya rekaan cerita semata-mata. Tidak berkaitan di antara satu sama lain. Kecuali pihak di dalam gambar sahaja yang telah dikidnap oleh aku! hakhakhak. 

Sekian entry merapu dari Mr.Straw. Sila follow RETISS-RETISS ni. Nak buh link depa banyak sangat. Hahahahhaa. Ni entry express ja..hahahahah.. Milo milo milo satu tarik mau kawwww okehh....

Jumaat, 24 Jun 2011

Aku dan aku lagi..

Assalamualaikum....

Selamat petang. Cuaca hari ni sangat panas di Langkawi. Sekejap hujan dan sekejap panas. Sekarang aku lak kena selsema. Hohohohohoh. Adoih...tak pa. Paling penting rehat kena cukup. 

Hari ni aku nak cakap pasal siapa aku. Setiap orang pertama kali tengok aku mesti kata aku serius. Sebenarnya faktor wajah aku yang nampak garang dan serius itu dari dulu lagi. Walaupun aku senyum orang tetap kata serius. 

Bukan senang kita nak puaskan hati semua orang. Walaupun senyum tetap nampak serius. Aku tak kisah pon kalu ada orang cakap aku serius ke, sombong ke cuma aku bersyukur dengan kejadian Allah S.W.T. Ini adalah aku dan aku menerimanya.

Walaupun muka aku serius tapi hati ni tetap baik. Hahahahahah. Angkut bakul sendiri!!! Jangan risau kepada sesiapa yang pernah jumpa aku ka dan kenal aku mesti tahu sikap dan perangai aku ni macam mana. Rupa kita ni sentiasa berbeza. Ada nampak manis, putih, ayu, tenang, serius, garang dan sebagainya. Senyumlah semanis mana pon kadang-kadang riak wajah kita tak berubah. Apa boleh buat. Ini kejadian Allah. dan setiap orang ada perbezaannya.

Ni bukan entry emosional ka apa ka. Aku cuba lakukan agar orang yang rapat dengan aku sentiasa selesa dengan sikap, perangai dan kelakuan aku yang tak ketahuan ini. Aku cuma nak jelaskan setiap orang ada perwatakannya dan secara zahirnya aku tergolong dalam orang yang bermuka serius. 

Aku ada sorang Cikgu. Muka dia memang nampak garang dan dengan suara yang keras dan besar membuatkan pelajar pon takut. Walaupun muka dia garang tapi dia seorang pendidik yang amat baik dan baik dengan pelajarnya. Tidak lekok memberi ilmu. Tapi dengan raut wajahnya yang garang semua orang jadi takut padahal dia bukan garang pon. Tapi faktor wajah tu. 

Secara keseluruhannya, manusia mana ada yang sempurna dan masing-masing ada kekurangan yang tersendiri. entry ni tiada kaitan dengan siapa-siapa pon cuma aku terdetik untuk berbicara tentang benda ni aja. Hahahahha.


Kalau terasa aku minta maaf banyak-banyak. Bukan niat aku nak mengata kepada sesiapa cuma ini adalah pandangan aku ja. Aku hanya manusia biasa yang serba kekurangan. Itu jer lah. Setakat ni saja entry merapu meraban aku untuk hari ini. Paling penting, bersyukur dengan kurniaan Allah S.W.T dan setiap kejadiannya adalah dari Allah S.W.T. 

Adiooosss tooo.. Milo milo milo milo milo aisss satuuu... dahaga tekak ehhh...

Selasa, 21 Jun 2011

Ohh..terharu sebentar..

Assalamualaikum. 

Selamat tengahari. Pe kabor rakyat jelata negara cakerawala sekalian alam. Hari ni beta ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong karier pak cik sebagai penggigit straw sepenuh masa. Hahahahhaahah. Terlebih sudah aku merapu di tengahari ni. 

Baru-baru ini aku terharu dengan tindakan seorang blogger. Tima kasih ler hang selongkaq habis belog aku. Part tak tahan aku baca bab iras-iras ni. Gaya hang selongkaq sedalam-dalamnya. Hahahahhaha. Malu pakcik woh. Apa-apa pon terima kasih banyak-banyak kerana review belog aku yang selalu tak ketahuan ni...

Nak tau. Sila masuk SINI yer... Lagipon Rangers ni buat review sebab aku menjadi peserta terawal dalam kontest dia. Tapi apakan daya cerita aku tak termasuk dalam pilihan juri-juri dia,.. Damn...hahaahhahaha..

Apa-apa pon terima kasih kepada Rangers Muslimah kerana bersusah payah selongkaq belog den ni. Mencari jawapan dan entry tak ketahuan aku untuk direviewkan. Pokcik terharu sebentar. Gigit Straw sampai hancuq dah ni. Hikhik.

Apa-apa pon. Pagi tadi aku tak sempat minum Milo Panaihhhh... Damn. sebab hujan turun dengan lebat menyebabkan mata aku terlalu berat untuk membuka di pagi hari. Hahahahhaha..Sekian.

Terima kasih sudi membaca.
Mr.Straw!

Khamis, 16 Jun 2011

Engaged




Rabu, 15 Jun 2011

wordless wednesday 2

Assalamualaikum....


Hanya gambar untuk menceritakan segalanya....

wordless wednesday


Assalamualaikum..


Selasa, 14 Jun 2011

5 blog pilihan hati


Assalamualaikum

Hari ni mood aku untuk berblog agak tinggi mencanang dari jantung sanubari ku ini. Hohohoh. Maka aku pon join lah segmen Ben Asshari. meh la join..



Ni belog musuh aku. Hahahahah. Sejak kenal dia dari adik beradik KBU ni.selalu menjengah dalam belog dia. Sekarang dia ni sedang tanam tomato dengan berjayanya. Harap ladang hang makin membesar lah no. Hikhikhik. 

GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR
Cik senyum manis ni selalu buat entry tentang pendirian dia. Selalu merujuk sikap-sikap manusia dan ayat dia kadang-kadang pon pedas. tapi penuh dengan makna tersirat. dia ni pulak merangkap admin KBU. So aku dah kenal dia ni. Hahhaha. Bakal kahwin dengan TTM dia tak lama lagi ni. Hakhakhak

FRAME AND LENSES
Ni belog retis terkenal. banyak memberi pandangan mengenai cara menjadi muslim yang sejati. Pandangan dia ni banyak membantu aku memahami batas-batas pergaulan dan menyelami keindahan islam. Nak sain leh tak RETISSSSS!!! tak sabaq nak minta sain ni..hekhek

LAMAN MUSLIMAH OPTIMIS
Rangers Muslimah namanya. Unik sungguh tapi setiap penulisan dia sememangnya aku tersentuh. Info-info amat berguna kepada aku. setiap entry dia akan merujuk dengan hadis-hadis bagi mengukuhkan pandangan dia. Aku suka baca belog rangers ni.

DAPUR TANPA SEMPADAN
Aku banyak jadi silent reader dia. jarang komen sebab aku suka tengok gambaq makanan dia. Buat aku terliuq beb.. Suka berkongsi ilmu masakan dan aku kadang2 mencuba resepi dia. Hhahahaha. Tapi hancur lah sebab aku tak da bakat dalam memasak ni. 

banyak sebenar belog yang aku suka terjah dan tengok tapi banyak menjadi silent reader. Huhuhuhu. Tapi aku tetap akan komen walaupun sikit. setiap kali aku masuk belog orang lah..sejak sejak ni aja jarang..sibuk sikit kat kampung ni.


Baik punya....

Assalamualaikum..

Apa kabor rakyat jelata?? dah minum ayaq milo panaih? Belum? Mai sini Mr.Straw nak belanja. Hohohohoho. Pagi-pagi macam ni pekena roti canai best gak no. Sejak aku jarang update ni, traffic aku jatuh merudum gila-gila. Hahahahah. Lantak lah, aku tak amik langsung pon bab-bab macam ni..hek hek hek

Sejak berada dirumah ni dan tolong mak aku, sifat nak mengupdate belog memang sangat rendah. Letih, malas dan idea tak ada punca-punca kenapa belog aku selalu tersadai. Tapi tak apa. Hari ni aku nak tunjuk kaedah nak tido dengan selesa.

Nak tahu? Begini caranya. Pemilihan tempat atau bilik yang sesuai. Dilengkapi dengan pelbagai alat-alat untuk membantu anda tido dengan selesa. Mestilah berada di dalam ruangan yang sedikit gelap. Paling penting, perlu ada DVD, VCD dan sebagainya disebelah anda kiri kanan, bawah dan atas tu terpulang lah. Sekarang aku bagi contoh cara tido tu kat hangpa semua... Tengok bawah no.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Posisi terbaiik untuk tido dengan selesa serta ditemani dengan muzik serta movies yang memberi anda santapan rohani dan intelektual. Amacam. Sila cuba dengan kadar segera no. Hahahahaha. Ni lah perangai kucing kat kedai mak aku. Nama dia Tot. Sebab panggil dia macam Tot kerana ekor dia pendek. Kuat makan sungguh si Tot ni.

Ini sahaja habuan merepek dan merapu aku hari ni. Sila datang lagi dan berkunjung tanpa henti. Hahhahaha. Sapa nak amalkan petua yang aku bagi tadi pon ok jugak. Tak ada masalah punya. Hahahaahha. 

P/S; Insan yang cemerlang perlu memilih posisi tido yang terbaik untuk mencari kepuasan dalam tido. sekian dari Mr.Straw. Adiossssss ttoooo....

Ahad, 12 Jun 2011

1st try shoot orang bertunang..

Assalamualaikum

Selamat malam. Kepada kelantan cuba lagi tahun depan. Sememangnya Terengganu berhak untuk menang kerana mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi serta tidak mudah menyerah kalah. Akhirnya kemenangan di pihak mereka.

Hari ini juga bermulanya detik bersejarah untuk kawan aku. Aku sekadar TERjoin ajakan kawan aku untuk photoshot gambar kawan aku bertunang. Kepada mereka berdua aku ucapkan tahniah dan cepat-cepat la menikah. Hahahahhaha.

Ni contoh hasil shoot aku amik. Biasa-biasa ja. Bukan reti sangat guna kamera canggih-canggih ni. Sekadar mencuba dulu. Ada lagi gambar tapi masih belum edit. Hahahahhaa. Ada masa aku edit lah. Sempat edit 1 gambar ja. 


ini dulu aku tunjukkan. Nanti aku amik lagi gambar kat kawan aku. Ada lagi yang tertinggal. Tak sempat nak amik semua tadi. kalut dan letih.hahahhahaha,,

P/S: sila komen sikit-sikit no.. Aku ni tahap bawah dari amateur ja. bawah dari beginner. tak tahu apa langsung,.ahhahahahaa..

Khamis, 9 Jun 2011

Tak seperti yang dijangkakan

Assalamualaikum.

Sudah tengahari. Perut mula berbunyi, menandakan sudah masuk waktu untuk berbuka perut aku ini. Hari ni tiada menu special cuma masak ikan 3 rasa jer. Jadilah untuk aku makan sorang-sorang kat umah ni.

Semalam benda yang ditunggu sudah tahu, dan ianya tak seperti yang dijangkakan. Terima jer lah. Itu jer yang termampu dan bergerak terus menuju ke hadapan. Malas nak tengok dan kenang-kenang dah. Benda dah terjadi biarkan ianya berlalu pergi.

P/S: Doakan aku berjaya dalam apa jua bidang yang aku ceburi. Seperti belog ni lah. Hahhahahaha. Sian dia tak berupdate-update langsung.

Isnin, 6 Jun 2011

Saya nak boleh?

Assalamualaikum

Entry pendek dan ringkas.. Abg Ben Ashaari bermurah hati nak pilih 10orang ja dalam bloglist dia..
nak try jugak lah.. hahah. 


Nak join?? cepat-cepat.. tutup kul 4.30 nih.. dia nak jawapan..tp tulis masa link kat komen..orait..
klik SINI untuk sertai..

bye..harap terpilih lah...

Sedang menunggu........

Assalamualaikum

Bertemu kembali kita semua yer. Sudah agak lama aku tak update belog ni. Bukan apa, tiada idea satu hal dah. Penat pon satu hal dah. Malas pon satu hal jugak ni. Ni yang aku tak berapa suka. Hohohoho (Bajet rajin).


Aku sedang menunggu. Bukan menunggu bulan jatuh ke riba. Bukan menunggu untuk KAWIN!! Bukan menunggu untuk TIDO.. tapi aku menunggu result aku sem ni. Haduihhhh.. Lambat la pulak dia keluar. Haishh.. Asyik tengok post orang kat FB lega dengan result. 

Result aku? Teruk ke Baik aku pon tak tau. Berdebar-debar ni. Ini melibatkan pelaburan yang besar dari aku. Setelah berusaha selama setahun berjuang. Tak tahu la sem ni dapat apa. Walaupun aku punya short ja tapi sangat padat dengan jadual dan kerja! 2 tahun yang menggerunkan. Ada 1 tahun lagi untuk aku menamatkan sisa perjuangan di dalam arena keilmuan..

huhuhuhuhuh.. Aku harap result kali ni tak mengecewakan aku. Nak kekalkan prestasi sem lepas. Bukan senang nak capai tahap tu. Aku dah habis All Out. Tak pernah aku serajin macam tu. Huhuhuhuhu. Sekarang ja sejak memegang satu tahap yang agak mencabar. Jadi Usaha jugak perlu ditingkatkan. Kena la seimbang dan seiring kan. 

P/S: Doakan aku mendapat result yang baik no. Huhuhuh. Kerisauan dah ni. Hidup tak tenang dah ni. Haduihhhh...

Khamis, 2 Jun 2011

Geng Straw tak menentu..

Assalamualaikum

Selamat tengahari. Dah makan ke belum? Silalah makan yer sebab dah dekat pukul 3 dah ni. Lewat dah ni. Aku dah makan tadi. Kenyang gak lah.

Humm.. Aku nak cakap berkenan geng Straw ni. Sekejap naik pastu turun balik. Humm, maksud aku ada orang dah unfollow aku lah sebenarnya. Huhuhuhuh. Sedih, mungkin belog aku dah menarik minat mereka-mereka tersebut.

Aku jugak akui sekarang dah jarang update belog kerana sibuk dengan mencari sesuap nasi dan memerah otak untuk membuat kajian. Terpaksa la terima orang unfollow aku. Lagipon aku pulak dah jarang blogwalking kat belog-belog orang lain. Sory sangat-sangat, bukan tak nak tapi diri ni amat sibuk dengan urusan seharian.

Itu jer lah. Lagipon tak da sapa yang berminat nak menjengah belog ni sangat pon. hahahhaa. Kepada yang datang aku ucapkan terima kasih. InsyaAllah aku akan menjenguk belog anda. Sekian dari aku, 

Mr. Straw!!

Rabu, 1 Jun 2011

Dah separuh

Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Apa kabor? Sihat ke? Hari ni aku sedang menunggu rombongan datang meminang aku. tettttttttttttttttttttt... ahahahhahhahahaa. Merapu-merapu, dan melalut tak ketahuan hala. Otak mereng sikit sejak dua menjak ni.

Pejam celik pejam celik hari ni dah 1 jun. Rasa macam cepat ja masa berlalu. Tinggal lagi setahun untuk aku menamatkan perjuangan dalam mencari ilmu. Harap lepas ni aku akan dapat membina kerjaya aku. 

Sudah setahun aku menamatkan pengajian di UM. Merindui suasana disana, bersama kawan sekelas dan kawan serumah. Acara melepak di kedai mamak tengok bola, main futsal, merempit ditengah kota Kuala Lumpur tu sememang acara utama aku dengan kawan-kawan. 

Ketika KONVO 

Sebelum KONVO

Di Sabah sempena lawatan

Dinner (Dijemput khas) hahahah

3 tahun disana memberi aku pelbagai pengalaman yang sukar untuk dicari ganti. Kini, mereka semua sedang memilih haluan masing-masing termasuklah aku. Aku pula memilih untuk mencari pengalaman baru di Pulau Pinang. Bukan bekerja tapi masih belajar.

Kalau ikutkan aku dah beratus-ratus kawan sekarang. Pelbagai negeri kawan-kawan aku dan mereka semua sememangnya sempoi gilah... Kalau aku pergi K.L masih boleh menumpang rumah sewa lama sebab kawan serumah masih tinggal disitu. Kebanyakkan semua kerja di K.L. 

P/S: Setiap perjalanan akan ada perpisahan tetapi jalinan ukhwah dan hubungan persahabatan tidak akan terputus ditengah jalan.