Isnin, 28 Februari 2011

End Of February..

Sekejap saja masa berlalu kan. Baru ja rasa tahun 2011 muncul, tapi sekarang dah bulan februari. Cepat sungguh masa berlalu. Dah nak masuk March pon. Dalam kalendar islam 26 Rabiul Awal. Juga sudah hampir ke penghujungnya.

Kita kadang-kadang tak sedar begitu cepat masa berlalu, rasa baru semalam ja 1 Februari tapi hari ni dah sampai hujungnya. Terpikir la jugak apa aku buat sepanjang bulan februari ni? Adakah aku berpuas hati? Aktiviti paling best? banyak kot rasanya.

Ada orang pernah tanya aku. Apa yang aku dapat sepanjang aku hidup hingga hari ni? Erk, tak terfikir pon tapi memang banyak aku dapat sepanjang hidup aku hingga ke hari ni. Nak cerita satu-satu panjang berjela entry nanti. Sapa la nak baca sangat entry panjang. Cepat bosan der.

Apa pon aku gembira dengan hidup aku sekarang. Terlalu banyak pengalaman dan dugaan yang aku lalui sepanjang hidup ni. Pengalaman ni banyak membantu aku memahami dengan mendalam bagaimana kehidupan ni berlangsung. Kita hidup di dunia hanya sementara, gunalah sebaiknya untuk mencari bekalan secukupnya di akhirat kelak. 

P/S: Manusia kadang-kadang alpa dan takbur dengan mengejar kekayaan tapi tidak pernah fikirkan apa tanggungjawabnya di dunia ni. 

Sabtu, 26 Februari 2011

Rindu pada belog...

Aku kembali. Yarghhhhh.... 3 hari tak dapat on9 sebab aku tak ada broadband dan malas nak bawak laptop gedabak aku ni. Buat berat beg ja. Lagipon aku pergi k.l ada banyak lawatan. Jadi leceh sikit la nak kena jaga barang berharga ni. Jadi tak bawa la laptop. Pegi lenggang kangkung ja, dengan nota kecik 1, pen 1, dan pakaian selengkapnya. 

Gambar banyak tapi aku ni tak da kamera, so tak dapat banyak gambar lagi dari rakan-rakan yang bawa kamera tu. Tunggu sikit masa aku minta la kat mereka untuk diuploadkan dalam FB dan juga belog ni. Tapi ada la sikit-sikit gambar aku dalam handset kurun ke 100 dahulu yang aku tengah pakai ni.






Antara aktiviti aku kat k.l macam ni la. bergambar lebih ilmunya pon banyak jugak. Ada pic yang tak leh masuk sebab perlu hormati pihak-pihak yang memberi taklimat. Sebab tempat tu tak boleh didedahkan. So aku just tunjuk gambar biasa-biasa jer la.. Aktiviti yang penuh dengan ilmu baru dan pengalaman melihat bagaimana orang-orang bekerja. 

Cukuplah. Nanti aku update lain. Tak da gambar menarik sangat buat masa sekarang. Ada banyak gambar aku ja. Nak kena buh gak gambar-gambar dengan skandal-skandal gelap ni. Hakhakhak.. mampuih aku nanti kena tumbok!!! Main-main ja no.. tak betoi pon. saja merapu-merapu.

Rabu, 23 Februari 2011

Bertolak ke K.L

Hari ni aku akan bertolak ke k.l pada jam 3 petang. Stay di hotel berdekatan Sunway Piramid!! Bersama geng kelas Transport Planning. Berada di sana selama 3 hari 2 malam. Aktiviti belum dikenalpasti sebab mereka tak bagi pon jadual. 

Malas betoi la, dulu 3 tahun mengadap kota k.l sampai naik jemu! Kena pergi lagi dan tempat lawatan seperti monorail memang dah satu benda wajib. Bosan bosan tengok benda tu, tapi nak wat cam na. ni kan paper transport. Kena la ikut jugak. Belajar-belajar

Kalu ada kesempatan harap boleh ketemu geng blogger k.l la. Tapi tak tau la dapat ke tak! Sebab aku tak dapat nak on9 nanti kat sana. 3 hari tak on9. Kasihan dengan belog aku. Ok. Mau berambus dulu, ada kelas jap lagi. Barang tak packing lagi. Lepas kelas lah....

Selasa, 22 Februari 2011

2 + 1 = ???

Apa habaq semua?? Hope semua sihat sejahtera. Semalam, dalam kelas studio, aku dan 2 orang lagi costmate aku dapat tugasan baru. Satu site plan yang jauhnya berkilo-kilo jugak la. Habis duit 5 rggt kot nak ulang alik ke tempat tu. Mau taknya site seberang perai nu.. Kena cross Jambatan lagi, dan semalam aku try test la brapa lama jarak perjalanan tu. 15 minit aja, tak jauh sangat tapi site tu besar yang amat. Nasib baik moto aku yang banyak berjasa menolong memudahkan kerja. 


Saja nak tunjuk kuda hijau belang aku. Dia ni la banyak tolong aku untuk tempoh 3 tahun ni. Banyak jasa dia ni. Kena seksa dengan aku 2 tahun berturut-turut konvoi kedah-k.l.. Sian kat dia. Pastu kena seksa lagi dari kedah-penang sejak setahun ni. Ni sekitar lokasi site aku, sambil rehat lepas menjelajah kawasan.


(tiru gaya awek yang suka amik gambar depan cermin)

Sempat lagi aku berjalan kat shoping complex! Sebab shoping complex ni termasuk dalam site aku. So 2+1 la jawapannya. Sambil selam minum air orang melayu dulu-dulu kata. Akhir sekali site visit aku ditamatkan dengan menyedut ABC depan gelugor. Tekak kering kontang dah time tu. Mana tahan, terus bedal la ABC.


Memang tertarik tengok ABC ni. Berjaya memberi kepuasan kepada tekak aku yang memerlukan pertolongan kecemasan. Diubati dengan ABC yang lazat berkrim. Setel sudah satu kerja. Tapi masih banyak benda kena buat. 

Esok kena pergi K.L pulak. 3 hari 2 malam stay kat sana. Trip kelas aku! Blogger-blogger kat k.l leh la hallo hallo aku. Tu pun kalu sudi nak jumpa. Macam boleh jumpa, sebab aku free malam jer. Hahaha. Celah mana nak jumpa, kena ikut jadual lak tu. 


Isnin, 21 Februari 2011

Saya Join Bloglist Falia Shazana

Hari tu entry aku banyak pasal MAKAN. Kali ni pulak entry  join BLOGLIST. Aku mendapat jemputan dari cik Falia Shazana ni. Macih la sudi menjemput hamba untuk tersenarai dalam bloglist. Tapi tapi, sebelum dapat kelayakan (macam kena lulus exam lak) kena buat entry dulu dengan syarat-syarat yang telah tuan belog nak. 

syarat-syaratnya adalah :
  1. buat entry "Saya Join Bloglist Falia Shazana"-----> setel
  2. Content entry korang tu tak kesah la pasal apa...Suka hati korang ok?---> setel sudah.
  3. Letak gambar yang korang nak guna (bersaiz tepat taw!)---> setel pon..lambat benor buat benda ni.
  4. Pastu jangan lupa link kan entry korang tu kat ruangan komen nie!----->bereh
  5. Lastly, korang letak la link blog aku ni dalam blog korang ya? Klik sini -----> Falia Shazana

Siap sudah piawaian yang diperlukan untuk mendapat kelulusan oleh tuan belog. Edit-edit sikit gambar burok aku tu. Akhirnya setel jugak... Semua dijemput join na.. Refer disyarat yang ke-5 diatas!!! Tak rugi pon join. 

Ok. aku kena chow dulu. nak kena pegi site pulak!! dapat projek baru. oh malasssss...hahahaha..

Ahad, 20 Februari 2011

Bukan rezeki disitu..

Hai hai, bertemu lagi kita dalam rancangan MELODI. Saya host baru anda iaitu SH (syukri hasshan) langsung nama tak komesial. Tobat tak femes aku macam ni, tapi-tapi aku ni iras-iras SYAHIR AF8 (sila percaya). Harharhar, mood sengal hari ni. Duk perasan lebih lak..

Berbalik pada tajuk, setiap orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing. Mungkin rezeki aku bukan disitu. Tentang keputusan Cikgu Mara baru-baru ni aku gagal. Kepada yang berjaya aku ucapkan tahniah dan semoga anda semua berkhidmat dengan penuh semangat dan menaikkan martabat orang melayu.


Sapa tak kecewa kan, tapi mungkin ada hikmah diatas semua ni. Mungkin Allah dan rancang jalan yang lebih baik kepada aku lepas ni. Alhamdulillah aku menerima namun aku masih berada di satu tahap sebab sedang belajar lagi la. Hahaha. Agak-agak caya tak aku buat Master?? kalu tengok muka aku ni, confom semua kata tak LAYAK!!!!!


Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Ada 1 tahun lagi tuk habiskan belajar ni. Mungkin rezeki aku lebih baik pasni. Harap-harap macam tu la.. Paling penting jangan mengalah dan terus maju kehadapan dengan yakin. Pesanan penaja!!hahaahha..

P/S: 1 tahun lagi....cepat-cepat la habis. otak nak tercabut dah ni....

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !


Lagi ringkas dan padat.. Ini jer kena buat. Join klik sini ----> Ben Ashaari

Sabtu, 19 Februari 2011

ceq nak join bloglist tomatokering


Baru jer menjadi follower cik tomato kering beberapa saat yang lepas..Jadi tak tau nak bagi komen sangat. Dari gaya penulisan, keceriaan, kebersihan, persekitaran, pengudaraan apa-apa ja la yang berkaitan tu tak dapat nk di komenkan lagi.. tulis banyak-banyak faktor tapi tak komen pon. apa daaa... Mai-mai kita pakat jadi vloglist cik tomato kering ni.. Boleh ja join... Klik kat nama ni ----> Tomato Kering

dah siap entry.. boleh la join..hahahaha...

PECEL??Apakah??

Pecel? Apa punya perkataan ni. Pernah dengar tak? Tahu tak? Boleh rasa kalu nak tahu. Heran kan, kalu nak tahu kena rasa dulu baru tau. Apa benda ni? Jangan duk heran no, Pecel tu bahasa indonesia dan aku tak tau apa maksud dia. Hahahahaha. Apa yang aku tau ianya sejenis makanan!! Aku duk update pasal makan ja sekarang ni. Semalam pon makan jugak. Tak da modai nak update, jadi macam ni la. Hahahaha.. Kira apa, janji aku update belog ni dari duk biar dia bersawang ja.

Sambung cerita pasal Pecel ni. Kat penang ni kira syurga makanan la jugak. Nasi Kandar paling femes la, tapi kali ni aku nak cerita pasal Pecel. Apakah Pecel?? Ada 2 jenis pecel ni.. 1- Pecel Ayam. 2- Pecel Lele. Pecel lele lauknya ikan....

Mai aku tunjuk dengan gambar no. Baru hangpa senang faham. Aku order tadi Nasi Pecel Ayam!!! Mavelousss toooooo...



Berpeluh-peluh aku makan tadi. Perghhhh sambal dia memang kick la. Lebih kurang macam nasi ayam la tapi rasanya lain sikit. Bezanya sambal tu, memang marvelous bebbbb.. pecah aiq liuq ooohhhhhh...

Kalu hangpa nak mai penang boleh la pekena tapi takut tak jumpa ja kedai ni. Hahahaha.. Kedalammm sikit lokasi dia, hanya orang-orang asal penang ja tau. Orang luar confom tak jumpa kedai ni, macam aku tapi dah tau sekarang.. bangga sikit.....

Perut sudah kenyang, hati sudah hapy, apa lagi tidorrrrrr laaaaa.......

Jumaat, 18 Februari 2011

Rehatkan minda

Petang-petang macam ni memang best la duk lepak dalam bilik sambil layan movie. Dihidang pula dengan roti kering, goreng pisang dan teh o panas. Pergghhhh, syahdu betul time macam ni. Rehatkan minda buat seketika. Rehat seketika bersama kit kat.. silap slogan plak.. hentam ja la.. Tak ada idea nak update. Janji update. Kan kan.


+


+



Minum petang memang best. Nikmati angin yang datang. Coih.. Dalam bilik nikmati angin dari kipas ja la. Hahahah. Angin semulajadi tak datang pulak petang hari ni. Hahaha. Mai minum ramai-ramai.. Best oooo...

Rabu, 16 Februari 2011

Segmen : Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS


Nak JOIN <--- klik sini

Segmen paling ringkas dan mudah. Aku amik masa 2 minit ja buat entry ni. Hahahaha. Pantas dan lancar ja.

1. Letak header BEN ASHAARI blog
2. TAJUK :  SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS. dan linkkan ke entri ini ..

Dah siap. Boleh send dah..hahahah

Zaman nakal aku masa kecik!!!

Sapa tak pernah nakal? Angkat tgn cpt... Tapi kalau kami kat utara tak panggil NAKAL tapi lebih kepada BUAS, KETEGAQ, BANTAH.. perkataaan yang sinonim dengan orang utara. Bagi aku, zaman kanak-kanak lebih kurang macam tiga ayat tu la. 

Tak pernah nak ikut cakap mak ayah langsung. Besa la, Hero-hero memang macam ni, bab main no 1 la sampai tak ingat dunia, time maghrib baru nak balik rumah. Faham-faham la bila balik ja confom ada belang kat punggong. Kena tali pinggang dan rotan, tapi duk buat jugak, tak serik-serik jugak.

Disebabkan aku terlalu nakal dan buas serta dilengkapi dengan ketegaq tak mau dengar cakap mak ayah. Memang cari penyakit dan aku dapat penyakit la time tu. Tau aku kena apa. Kena hempap Tiang Elektrik kat paha kanan. Puncanya, depan umah aku dulu ada tiang-tiang elektrik, diorg susun bertingkat la. Banyak time tu sebab baru sampai. Kat ujung sekali boleh guna untuk bergayut. Aku pon bergayut la dan jadinya aku terjatuh. pastu tiang elektrik tu bergolek-golek timpa paha kanan aku.


Tiang ni la hempap paha aku. Amik kau buas sangat. Cari penyakit time tu. Tak leh berjalan 1 bulan aku. Masa tu baru darjah 1..

P/S : Ikut cakap mak ayah.. jangan duk bantah sangat..

Selasa, 15 Februari 2011

Jasamu dalam ingatan ku!!!

Aku tersentak, aku terdiam, aku hilang kata-kata, tarikh 8 Disember 2007 merupakan hari paling suram dalam hidup aku. Aku terbaca entri dari kawan aku ZANA sebentar tadi, menyebabkan hati ini makin sayu. Walaupun itu sekadar tulisan kreatif tapi kisahnya adalah benar. Merekalah guru-guru aku yang mengajar aku hingga aku ke tahap ini.

Bagi aku, jasa yang mereka taburkan tiada tandingan. Aku tak mampu nak membalas jasa mereka, cuma aku mampu mengucapkan terima kasih CIKGU kerana membimbing aku hingga aku ditahap ini. Peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut sememangnya mengejutkan aku. 




Aku telah menyimpan keratan akhbar, simpan video dari tv3 yang melaporkan kemalangan tersebut. Moga Cikgu Ghazali dan Isterinya Cikgu Haridhah ditempatkan di kalangan orang-orang solehah dan beriman. Lambaian terakhirmu Cikgu Haridhah seminggu sebelum Cikgu pergi menusuk jantung aku. Tak aku sangka tika itu, saat itu, masa itu, itulah kali terakhir aku melihat Cikgu melambai-lambai tangan bermain di fikiran aku sehingga hari ini. Al-Fatihah kepada mereka berdua..

Isnin, 14 Februari 2011

Syoknya Sekolah.......

Sekolah!Sekolah!Sekolah! Perkataan yang paling menakutkan bagi aku waktu dulu-dulu masa zaman budak berhingus yang selalu lap kat bahu baju sekolah. Bila mak tanya kenapa kuning ja bahu baju sekolah hang tu? Selamber jer jawab.. ntah, tiba-tiba muncul!! nahhhh penyepak sedas!!!

Bab paling aku tak suka time nak bangun pagi. Saat ni paling aku tak suka. Tiap-tiap pagi mesti bunyi AYAT yang sama. ADIKKKKKKK!!! (panggilan mak aku kat aku),,,, banngunnn p sekolah. Dah lewat ni tak bangun-bangun lagi. Padahal jam waktu tu baru pukul 6.45 pagi. Ni la ragamm mak aku dulu. Masa duk awal lagi dia duk kata lewat dah. Sapa nak bangun, nampak sangat menipu!! adoiiii. Dah reti nak baca JAM pukul berapa!!hahahaha. Part paling best rumah aku dekat sangat dengan sekolah. Kalu masuk acara 100 meter confom sampai 9 saat di depan pagaq sekolah tu.

Rumah aku pulak kira memang dah jadi port parking moto oleh kawan-kawan aku. Sebelum p sekolah kawan aku duk lepak dulu la sambil tunggu aku mekap-mekap..hahaha. bukan mekap macam pompuan la. jangan duk salah sangka pulak!!! pastu ramai-ramai p sekolah berjalan kaki termasuk aku. 

Orang paling lambat siap sapa lagi kalu bukan AKU. Umah dekat nak kelam kabut buat apa. Takkan lambat punya!! Sampai sekarang kalu nak pergi mana-mana, kalau lambat sikit, kawan aku semua tuju kat aku.damn betol perangai mereka.

Tapi itu zaman dulu. Bila ingat-ingat balik aku mula rindu zaman tu. Korang mesti ada jugak kenangan zaman sekolah. Dan semuanya lalui perjalanan yang berbeza. Best betoi bila ingat zaman sekolah. 

Ahad, 13 Februari 2011

Kenapa wanita seperti ini wujud??

As Salam..

Julung-julung kalinya entry aku kali ini bernada pedas. Cerita ini berkisarkan persahabatan yang mula renggang disebabkan seorang wanita! Aku tak kisah kalau hangpa nak bercinta pun sebab kedua-dua kawan aku. Tapi kenapa perlu kau bersikap begitu. Bagi aku kau seorang wanita yang sangat hipokrit. Bertopengkan senyuman di hadapan tapi di belakang kau sangat teruk. 

Aku kenal kau dan kenal boyfriend kau tu. Sahabat karib kami sejak dahulu lagi. Tapi sejak kau muncul dalam hidup dia. Semakin ada jarak dan hilang keakraban kami sebagai kawan. Aku tau hangpa pasangan romantis in the world. Tapi agak-agak la sampai kami nak luangkan masa sebagai sahabat seperti ada benteng ibarat tembok china. Kenapa kau perlu cemburu??Aku pelik dan heran. Aku dan kawan-kawan aku semuanya tertanya-tanya apa salah kami sampai kau nak halang persahabatan kami?? Kami kenal boyfriend kau tu lebih dari kau lagi. 

Kami tak pernah pon menghalang kau nak bercinta ka, bermanja ka, beROMEN ka, ber apa-apa ja la. Kami tak amik kesah pon. Tapi kami semua amat terkejut apabila kau tak berpuas hati bila dia ingin lepak dengan kami. Walaupun lepak minum 5 minit pon kau cemburu. Heran dengan sikap wanita seperti ini. Sedangkan kita semua dulu satu sekolah.Tahu la tahap sayang kau tinggi melangit tapi tak perlu kot kau nak cemburu! lainlah dia keluar dengan perempuan!! Ni dengan lelaki pon nak CEMBURU!! Hoi ingat kami ni GAY ke?? Lahanat betoi perempuan ni.

Kau bertanya kepada pakwe kau kenapa kau sudah hilang dalam friend list FB aku. Sebab aku mula kenal perangai kau yang sebenarnya! Cukuplah weh. Kalu sayang tahap cipan pon tak payah la nak rosakkan hubungan seorang kawan! Aku bukan saja remove kau tapi aku block terus kau. Moga hangpa berdua bahagia la no. Bagi aku, jika hangpa kawin aku takkan jejak kaki dimajlis perkahwinan hangpa. Buat apa aku nak pergi, dari awal lagi dah terbukti kau seorang wanita yang sungguh hipokrit!!! Sory to say tapi sikap kau tu yang pentingkan diri sendiri.

Aku tak kisah la dan aku dah MELUAT dengan perangai hang. Perempuan jenis pa ni? Part paling best pulak kawan aku ni pon bahlul jugak! Sayang punya pasai duk pergi ikut kerenah perempuan jenis tu. Elok la, hang hilang kawan tapi jumpa seorang isteri yang sungguh baik budinya. Good Joob my prennn. Tahniah-tahniah. Orang lain pon ada awek jugak! Tapi tak da la seteruk seperti hang ni. Pergi cermin diri hang tu dulu betol-betol!! Cukup cantik ke? hahaahhahah. Sekali angin datang melayang hang tu. Apa-apa pon kami yang lain tetap hapy tanpa hangpa berdua. 



Tamat sudah ceritera seorang wanita hipokrit!!!

Update oh Update

As Salam.. Salam 1 Malaysia semua!! Tiba-tiba semangat perpaduan duk meluap-luap!! Dah lama aku tak menghupdate belog ni. Buzy sikit dengan belajor. Komitmen kat situ dulu la, bukan aku tak sayang belog ni tapi perlu utamakan benda-benda penting terlebih dahulu. Hari ni boleh la aku update kejap. Kejap jer sebab tengah duk buat asgment yang nak kena hantar malam ni.

Lama benar tak menulis. Hilang jugak idea-idea nak tulis dalam belog ni. Tapi tak ramai yang duk rindu karangan aku ni. Hahahaha.. Baik korang tengok belog Abg Ben kita. Dia rajin update dan banyak info dari aku ni. InsyaAllah aku pon nak jugak jadi macam tu, tapi buat masa ni ada satu komitmen yang agak penting. Ok, setakat ni sahaja hasil curahan aku. Sebab otak tengah duk risau nak menjawab soalan asgment ni. Chow dulu, bubye!!

Selasa, 8 Februari 2011

Aku Trauma....

Selamat Malam semua..

Aku trauma sekarang. nak tahu kenapa aku trauma. 1st time benda ni berlaku kat aku! lepas ni perlu lebih berhati-hati. Alhamdulillah aku masih selamat dan masih diberi peluang untuk membuka mata di dunia ni. Nak tahu apa berlaku. tengok dibawah!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Syukur la aku masih bernyawa. Hummm. Agak trauma sikit sekarang. Harap-harap boleh lupa la tentang benda ni. Hadusss....

P/S : Ingatlah orang yang tersayang!!!