Selasa, 7 Disember 2010

Kononnya sangat sibuk lah...

Salam semua..

Hangpa semua rindu aku tak? Dah lama kan aku tak mengupdate belog ni. Aku bukan tak nak update tapi tak sempat nak update. Banyak hal sejak akhir-akhir ni. Hari ni aku merasa free sikit untuk update belog. Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga kedatangan tahun baru membawa titik-titik perubahan terhadap diri kita semua dengan lebih baik. 

Alhamdulillah, sejak kedatangan tahun baru ni aku telah mendapat sedikit berita gembira. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi aku peluang serta rezeki yang mampu merubah kehidupan aku di masa akan datang InsyaAllah. Dah macam ceramah la pulak hari ni. Aku cuma memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernyawa di dunia ini serta menyambut kedatangan tahun baru yang mulia ini. Ok. berbalik pada cerita aku tak sempat update, bukan apa mungkin penat tolong mak aku kat kedai makan. Biasalah, pelanggan agak ramai sekarang ni sebab banyak pelancong tempatan datang kat kampung aku. Jadi aku agak kepenatan nak mengupdate cerita sebab banyak tido kerana letih. Biasalah dah lama tak buat kerja, asyik mengadap buku sampai muka pun nak macam buku dah...

Ok, berkenaan berita gembira pulak, aku berjaya melepasi ujian Micro Teaching!! Apa benda tu. Tahu tak? Angkat tangan sapa tau jawapan? Cikgu bagi duit sekupang? nak? Sekarang aku berada di stage @ peringkat terakhir iaitu Temuduga pulak!! Temudaga ni pada 22/12/2010/. Hangpa semua berdoa kat aku tau agar aku berjaya dalam temuduga tu. Ni sebenarnya peluang pekerjaan untuk menjadi Cikgu MARA/Pensyarah dari MARA. Dua stage aku dah berjaya, tinggal satu jer lagi. Harap-harap berjaya la. Meh aku nak tunjuk sikit gambar aku masa kena buat Micro Teaching dulu. 


Ada gaya macam Cikgu tak? Tobat macam tak layak kan. Hahahah. Lawak betul la, masa ni aku tengah tunggu giliran untuk mengajar. Dah borin teramat sangat, aku pon snap sendiri muka aku yang tak hensem ni. Kan kan, tak hensem kan? Letih kot sebab 3 peringkat kena lalui, so aku harap peringkat terakhir ni mampu membawa aku ke arah kehidupan yang lebih baik. Walaupun aku tengah buat Master!! Ni lagi satu, caya tak aku buat Master sekarang? Mesti tak punya. Tengok muka hangpa pon dah tau hangpa tak caya!! (macam la aku nampak muka hangpa).


Aku harap berjaya dalam mencapai impian aku menjadi seorang pengajar yang baik. Mampu ke? Hahaha. Aku pon tak pasti la. Yang penting kita kena berusaha demi mengejar cita-cita dan tidak menghampakan harapan kedua ibu bapa. Hope anda semua doakan aku berjaya nanti. Sekian..


4 ulasan:

Hidayah Murni berkata...

ohoh. cikgu sejarah. wa. all da best la interview nanti. (>_<)

Cik Puan iLa berkata...

gud luck..semoga berjaya...MARA byk duit..kaya woo..hahaha

msms berkata...

emo boy

Fatihah berkata...

wah!!!!
congrate bakal cikgu..x)
all the best okeh..