Assalamualaikum..
Selamat hari jumaat. Aku pegi solat jumaat hari ni. Tak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Sebenarnya aku agak letih sejak akhir-akhir ni. Mood nak berbelog pon susah nak datang. Tapi hari ni aku cuma bawak mai balik mood aku untuk berbelog. Anda rasa apa sebenarnya aku nak cakap dengan 7 petanda tu? Nak tahu? Kena la baca la yer apa yang aku merepekkan selepas ini. Aku tulis sekadar untuk suka-suka saja. Tak da kena mengena dengan sesiapa.
Ok, berkenaan tajuk di atas tu. Sebenarnya apa aku nak bercakap ni pasal perkara-perkara yang akan dilakukan oleh wanita!!! Apa sebenarnya wanita nak buat ni? 7 petanda lak tu. Tetapi lelaki perlu berjaga-jaga apabila petanda ini muncul. Alamatnya mampus la lelaki tu nak menghandle benda ni. Jenuh cari alasan nak mengelak kalau la lelaki tu rasa rimas. Aku cakap kalau la tapi kalau lelaki tu layan habislah. Kalau lagi aku tulis. Hidup kita jika tak guna kalau boleh tak? Sat-sat aku nak translate makna Jenuh (bermaksud susah) takut ada tak faham apa makna Jenuh tu (bahasa kedah tau). Heheheh.
Ok-ok dah melalut jauh dah aku tadi. Berkenaan petanda ni, sangat merbahaya kerana pada waktu ni wanita akan bertindak. Bahaya ni bagi kaum lelaki, anda perlu berjaga-jaga. Hehehe. Sebenarnya petanda tersebut ialah 7 petanda bila wanita menyukai lelaki!! Itu ajer sebenarnya. Nak tahu apa petanda tersebut? Nak tak? Tak perlu bayar pun, aku kongsi dengan hangpa semua free jer. Ok. Petanda yang pertama ialah:
1) Menghadiahkan sesuatu..
Selalunya orang lelaki yang suka bagi adiah kan. Teddy bear, bunga, jam dan benda-benda mak nenek yang orang pompuan suka la walaupun bunga tu kutip tepi jalan tapi demi cinta dan kasih sayang pompuan suka jugak!! Tapi kalau benda ni terjadi secara terbalik, maka kaum lelaki perlu berjaga-jaga. Maknanya pompuan tersebut nak mengenali kita ni dengan lebih mendalam... Tu dah tanda-tanda dia dah mula suka kat lelaki tersebut. So lelaki, kalau ada perempuan bagi adiah secara tiba-tiba, pandai-pandai lah hangpa pikiaq no.
2)Bercerita kisah peribadi..
Sebenarnya susah untuk wanita nak cerita pasal kisah hidup dia kat orang lelaki yang tak dikenali. Tapi bila dia dah mula cerita pasal kisah peribadi dia kat anda. Faham-faham jer la yer.. Dia dah mula nak kongsi tentang diri dia kepada anda. Ni boleh dikatakan pada peringkat awal perkenalan orang cakap. Kenal-kenal dulu pastu baru boleh ke jalan seterusnya..
3)Lirikan mata
Yang ni dari dulu lagi dah betul, tak kira la laki ka pompuan sama ja. Dari mata turun ke hati. Pergh jiwang sungguh aku hari jumaat ni. Tapi kena faham la mata jenis mana yang turun ke hati tu. Jangan pi salah tengok lak mata, kalau mata tu merah menyala tanda angkat kaki la. Tapi kalu mata dia jernih, pastu buat malu-malu kucing di tambah dengan tersipu-sipu senyum meleret sampai mencecah telinga tu, memang dah tanda dia la. Apa lagi, masuk jarum jelah..hahahaha
4)Memuji anda..
Puji-puji ni ada banyak makna, ada kala suh kita bawak jalan-jalan, belanja makan, belanja tengok wayang, bagi adiah. Kalau puji yang ni alamatnya cerah la dahi. Jatuh miskin. Tapi tak semestinya dia puji untuk benda-benda tu kan. Pujian tu bermakna pompuan dah mula terpikat kat anda. Tiba-tiba dia kata anda macho hari ni, jangan terus kata dia suka kat anda terus. Tu namanya terperasan lebih, tapi kalau tiap kali jumpa pompuan selalu puji tu bermakna dia memang dah suka kat anda.
5)Belikan minuman..
Selalunya lelaki akan belanja pompuan minum masa bertemu buat pertama kalinya. Tapi kalu benda ni terbalik bila si pompuan belanja anda minum tu dah tunjuk petanda bahawasanya pompuan dah menyukai anda lah. 1st time jumpa pompuan belanja tau, bukan ke2,3,4 dan seterusnya. 1st time!! Ingat tau!! Tu baru betul petanda pompuan suka kat lelaki.
6)Membenarkan anda menyentuhnya...
Ni bukan sentuh tak tentu hala na. Tengok keadaan dan situasi la. Buat trick sikit, kononnya kena lintas jalan, kalau pompuan tu bagi anda pegang tangan dia dah ada petanda suka la tu. Kalau dia tak bagi mungkin dia malu-malu lagi. So jangan terlalu menaruh harapan sangat leh pegang pompuan sesuka hati ja yer. Sapa bagi lesen kat hangpa nak pegang anak orang!! Pi amik lesen sah dulu baru leh pegang. hahahaha. orang yang tulis ni pon kena beringat sama la jugak. hahahaha..
7)Dia menyentuh anda..
Lebih kurang macam atas tu, tapi yang ni pompuan lagi berani dari lelaki la. Pompuan dulu sentuh lelaki, yang tu dah sah-sah menunjukkan pompuan suka kat anda. Tu maknanya pompuan ni nak perhubungan yang serius maka terjadilah jerat percintaan..hahahahaha. Susah nak jumpa pompuan jenis berani cam ni tetapi kalau terjadi kat anda semua dah terbukti pompuan tersebut dah mula suka kat anda.
1 ulasan:
double triple bonanza like this entry~! :)
Catat Ulasan