Isnin, 27 Disember 2010

DAY 1

Sudah lama aku tak mengupdate belog aku. Dengan rasa tak malunya aku nak tanya anda semua! Rindu tak kat aku ni? Ala, aku tau hangpa semua rindu kat aku kan..kan..kan. Heheheh. Aku leh agak hangpa semua mesti dah lupa kat aku ni. Besa la, aku tak seFamous Ben Ashaari and belog-belog lain yang lebih mantap.


Aku ada alasan sikit sebab tak dapat mengupdate belog ni. Antara punca-punca utama aku kerana perlu menyelesaikan urusan yang agak penting. Seminggu di Kuala Lumpur!! Perghh, menghabiskan masa dengan berjalan dan penamatnya agak dramatik. Kalu nak tahu aku akan menulis mengikut setiap hari yang aku ada untuk dihabiskan di Kuala Lumpur tu. Dimulakan perjalanan dari Kg aku menghala ke Penang dahulu. So aku pon sempatlah menyinggah sebentar di Pesta Pulau Pinang. Best gak pesta ni, tapi sebab aku kena naik bas so tak dapat la nak main kat Pesta tu.....


Bermula hari isnin. Aku mula sampai K.L tepat jam 4.00 pagi bersama dengan sorang kawan aku ni. Dijemput oleh Ex-housemate aku masa aku duk K.L dan semestinya aku menumpang di umah sewa lama aku.  Pada hari tu jugak aku pergi melawat kawan aku di HUKM. Harap anda semua mendoakan semoga kawan aku sembuh dari penyakitnya. Gambar tak ada sebab kawan aku minta jangan keluarkan atau postkan di dalam laman sesawang.

Tiada ulasan: