Selasa, 28 Disember 2010

DAY 3

Aku datang kembali untuk menyambung episod cerita bersiri aku ketika di K.L. Macam la baru 1st time datang K.L aku ni, padahal 3 tahun menetap kat K.L tak mau pulak nak bercerita!! Sekarang baru terhegeh-hegeh nak bercerita. 22/12/2010 @ hari Rabu merupakan tarikh keramat aku! Sebab apa? Korang ingat tak entry aku dulu yang bercakap pasal satu benda yang memerlukan aku merantau sehingga K.L. Ingat tak ni? tak ingat kan! Dah agak. Hahahaha. Berkenaan hari Rabu ni membuatkan aku duduk tak diam, mandi tak kenyang, makan tak basah, duduk tak senang!! Haish, gemuruh mengalahkan exam. 


Inilah sebabnya hidup aku tak tenteram pada hari Rabu! Hari sebelumnya, aku yang pemalas ni terpaksa menelaah buku-buku yang tak berkaitan demi menjawab soklah-soklan! Aku pon tak tahu apa la yang aku baca. Kali ni aku pergi dengan kawan aku. Dia pun dapat gak benda ni! Bila sampai ja aku kena giliran no 5, kawan aku kena no 2!!! Awal betol aku kena. Bila dah lepas, lega la sikit! Buat penat baca ja langsung tak ditanya apa yang aku baca. Lain pulak yang ditanya. Hangpa semua doakan aku berjaya ok!!sekali dengan kawan aku sama..

Setel dah benda yang paling menakutkan! Tu merupakan 1st time aku kena interview. Sebelum ni tak pernah lagi. Kira ok la ada pengalaman jugak kan. Setel benda ni. Aku dan kawan2 aku pergi melayan wayang pulak la. Menghilangkan kebosanan. Kena pulak hari Rabu, tiket wayang murah! Rugi la tak tengok. Midvalley menjadi persinggahan sebab dekat dengan umah. Malas nak pergi jauh-jauh!!


Ni gambar kawan aku!! Dia teringin nak bergambar dengan pokok krismas. Amik hg aku masukkan dalam belog aku muka hg! Hahahaha. Muka ni la nak jadi cikgu kalu berjaya nanti. Cerita yang aku layan dalam wayang ialah Tron Legacy. Boleh tahan la cerita dia sampai kawan aku dalam gambar di atas punya la layan tido. Haish. Aku ingatkan dia tengok rupanya dah hanyut ntah ke mana.

P/S: Doakan aku dengan kawan aku berjaya ok! Berharap sangat mendapat kerja tu. Bukan senang nak sampai ke tahap tu! Penuh onak dan duri..