Rabu, 29 Disember 2010

DAY 4

Muncul semula di pagi hari yang menyejukkan. Hari ni aku nak sambung lagi episod bersiri aku yang genap 4 hari di K.L. Setelah selesai berperang pada hari semalam!! Hari ke 4 aku bercadang nak ke Lowyat!! Tapi benda lain lak yang terjadi. Kena pergi Sogo sebab kawan aku nak jumpa! So pergilah ke Sogo dahulu pastu barulah ke Lowyat!!


Berjumpa dengan kawan aku sekali dengan family dia pon ada! Langsung jadi malu-malu.. Disebelah aku ni kawan aku jugak. Ala yang aku cerita pasal kena pergi interview Bank Muamalat tu. Ni lah orangnya!! Kira aku dengan dia la merempat di dalam umah sewa lama aku tu! 


Wanita inilah yang datang bersama family dia!! Dari jauh kot mereka ni datang. Sebenar kami ni semua sama daerah, sama sekolah cuma kampung ja asing-asing!! Gurl ni datang bercuti dengan family dia, jangan terkejut  lak dia ni pegawai bank kot. Nampak ja kecik, tapi terer gak tu. Abis di Sogo, kami terus ke Lowyat pergi melihat barang-barang canggih ni. 


Aku terlupa nak amik gambar kawan aku (gurl) beli kamera DSLR! Mencecah RM 3ribu beb!! Canon 550D, pergh cair aku tengok!! Sebenarnya harga tak la sampai 3ribu tapi aksesori yang lain menyebabkan harga makin naik. Tapi kawan aku ni dah minat sangat, lagipun dia pun duit tebal, tak jadi masalah lah. Kalu aku pikir 1001 kali kot baru nak beli, almaklumlah tak berduit dan tak bekerja lagi!!!



So tamat sudah episod ke 4 aku menjelajah di K.L. Cemburu dengan kawan aku yang berjaya sentap DSLR! Geram-geram oh geram sebab aku pon teringin gak nak beli benda tu. Tapi masih belum berkemampuan lagi buat masa ni. Sabar jer la dulu. 

1 ulasan:

sleepyboy berkata...

tgk wayang tak ajak pown...