Ok ok ok, sambung cerita. Hari ke 6 paling memeritkan dan memenatkan bagi aku. Satu, aku dan kawan aku pergi HUKM dulu. Melawat kawan aku yang tak sihat! Ini je peluang yang ada untuk melawat dia. Lepas ni aku dah nak kena balik ke Penang! Selepas tu kami terus ke One Utama Damansara!! Bayangkan betapa jauhnya merantau dari Cheras ke Damansara. 30 minit gak la perjalanan. Kawan aku nak shoping lak kat situ. So terpaksa la ikut jugak!!
Gambar main boling aku terlupa nak amik! Rugi-rugi. Setel di One Utama, Bergerak ke Damansara Damai untuk mencari umah sewa kat kawan aku yang sorang lagi. Akhirnya dapat juga bilik sewa kat dia. Ok la bilik tu, puas hati gak aku tengok. Tahap keselamatan kat situ pun ok! Setel benda tu, makan dulu.. Pastu nak tau kami pergi mana lak!!! Hahaha.. I-CITY pulak menjadi persinggahan. Pada hari yang sama!!
Selesai sudah hari aku menjelajah serata pelusuk K.L. Tu kira baru sikit! ada lagi tempat yang boleh pergi. HUKM-One Utama-Damansara Damai-I-City.. Perghhhh... sangat memenatkan. Aku sampai umah tepat jam 1.30 pagi! Gilalah berjalan sakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan