Sabtu, 15 Januari 2011

Tolong beradab sikit.

Panas, panas, panas hati aku hari ni. Apa ke hal la tiba-tiba ada manusia macam ni. Heran la aku. Bukan aku bercakap pasal hangpa pon! Aku bercakap pasal lain yang tiba-tiba duk perasan kenapa? Kau duk meja kau sudah la. Sembang la dengan member2 kau tu!!  Pelik benar manusia zaman la ni!! Al kisahnya aku pergi melepak dengan kawan aku lepas abis tengok wayang. Pergi lepak sambil pekena Char Koew Teow di tepi pantai. Tapi mood aku nak makan kat situ di SPOILKAN oleh minah-minah kerek yang tiba-tiba terasa lebih! Apa kes weh. Orang bercakap pasal lain. Suka-suka dia sampuk!! Nih aku buat rakaman perbualan aku dengan kawan-kawan aku tadi.

Kawan aku 1: Wei, pasai pa mat bad dapat keja tu? aku mohon tak dapat pon.
Kawan aku 2: Rezeki dia. Lagipun tak semua yang dapat kan. Ada juga yang tak terpilih mula-mula lagi.
Kawan aku 1: Tapi pelik gak macam mana dia leh lepas. Jurusan sama ja. SPA buat pemilihan macam mana?
Aku : Aku jawab!! SPA guna sistem berkomputer. Jadi pemilihan tu berdasarkan maklumat yang diisi oleh kita! Lagipun depa dah buat limit berapa orang yang depa nak untuk temuduga.
Kawan aku 1: Takkan sebab aku pompuan tak dapat?
Aku: Mungkin hang kalah sikit! Aku bagi contoh: Kalau hang dapat B sejarah tapi sorang lagi dapat A. Mestila yang A tu menang! Tiba-tiba....

(group meja sebelah)
Gadis X : Aku sejarah pon dapat A. SPM dulu senang jer!! Bukan susah pon.
Gadis Z: Ntah, aku fizik lepas jer. Siap dapat A- lagi. Jawab biasa-biasa jer. Dah leh dapat A-.
rakan2: membebel apa ntah, pasal result diorg apa kebenda!! Aku malas nak dengar

Aku dan kawan aku pandang muka masing2 dengan muka penuh kehairanan????! Aku ada kutuk depa ka? Aku cakap pasal contoh sistem yang dilaksanakan oleh SPA. Sistem SPA memang telah disetting macam tu! Yang tiba-tiba nak sampuk apa kejadah! Pelik aku. Bukan ada kena mengena dengan hangpa pon. berlagak semacam ja minah-minah kerek tu. Macam la bagus sangat!! terus kami stop perbualan! damn...

P/S : Sila la beradab sikit. Dengar betul-betul dulu. Suka-suka ja sampuk.

6 ulasan:

misslovalova berkata...

tak beradab tol orang cmtuh . tibe2 nk terasa . pelik tol . huu . chill yah

Fatihah berkata...

wah encik syukri, header baru!!cool..
btw, memang agak kurang ajr la 3 hamba Allah sekalian..diharap anda bersabar, ini kan satu pengalaman berjumpa dgn manusia mcm tuh...huhu
peace and cool okeh..x)

نورعيم berkata...

haha. sy selalu kena. sy tgh ckp dgn kwn tp si awek neh perasan sy kata kat dea. xpsl² kena sound dgn bf dea. huhu. hangin gk 1 bdn.

Mr. Straw berkata...

Bella: tu la pasal. tiba-tiba terasa lebih.tak da kaitan pon!!

fatihah: tukar header sebab dah bosan ngn header lama. bersabar ja, kalu tak memang kena sound la minah tu. seb baik tempat awam!!

noraim: penah kena jugak ka.pgalaman tu. tp teruk gak awk. smpai kena marah ngn bf awek tu.

paan yg kacak..hahaha berkata...

len kali ajak aku skali..pandai lah aku bahasekan budak2 tu..bg tebakar ket..hahaha

Mr. Straw berkata...

ye la tu paan. Ko memang pandai pon. pelajar harapan RPPP kot!!hahahah