Selamat pagi semua. Aku bangun awal hari ni (ceh padahal dah kul 9 pagi ). Tapi betul aku bangun awal ari ni. Kul 6.30 pagi. Solat dulu pastu baru buka laptop. Tapi aku tak buka belog aku lagi. Aku baca surat kabar dulu. Sekarang baru aku buka belog. Sejuk betul pagi-pagi ni. Mata kadang-kadang sangat berat nak buka. Perlu penuh keyakinan dan semangat yang berkobar-kobar untuk menentang asakan tahap mengantuk dan malas bangun pagi-pagi. Akhirnya berjaya jugak untuk hari ini. Hahahahahah.
Agak-agak hangapa siapa IRA tu? Dia sangat putih menyebabkan aku jatuh hati padanya. Matanya yang tajam merenung aku menyebabkan jantung aku berdebar-debar melihatnya. Hinggakan aku menjadi malu memandangnya.Gayanya amat mempersonakan aku. Aku ingin memilikinya. Tapi aku mampu ke nak memilikinya. Bukan mudah untuk menambat hatinya. Ingat sonang ke? Ke berusaha keras kot untuk mendapatkannya. Tapi berdasarkan kedudukan aku sekarang ni. Humm macam tak ada can la nak memikatnya. Dia begitu teristimewa sehinggakan aku tak sanggup nak lepaskan dia. Haish kena penangan si IRA ni buatkan aku tak leh duduk diam ja. Nafsu memuncak-muncak naik ni. Geram tengok weh. Haish. Kalu dapat IRA ni confom aku jaga dia elok-elok. Sayang sungguh-sungguh tau.
Nak tahu siapakah si IRA pujaan hatiku ini.. Akan aku perkenalkan dia kat hangpa semua......... Cair hati aku melihatnya. Tak pernah aku jatuh cinta sampai macam ni. First time rasanya..huhuhuhuhuhu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TADAAAAAAAA!!!
Ni lah IRA. Amacam menawan dan anggun kan. Sebenarnya keta la. Bukan pompuan tau. Hhahahahaha. Keta ini adalah hak milik AKU................................PUNYA KAWAN daaa.. Bukan hak aku la, mana la aku mampu nak beli lagi. Kerja pon tak ada, celah mana nak cekau duit nak beli keta ni. Ni merupakan keta member baik aku dari sekolah menengah lagi!! Pergh sangat jeles dengan dia sebab dia dah mampu beli keta, ada kerja yang bagus. Alhamdulillah kawan-kawan aku dah banyak yang berjaya. InsyaAllah mungkin lepas ni rezeki aku pulak. Keta Inspira dia baru ja kuar dari kilang! Baru jumaat lepas. Baru 3 hari la usianya campur hari ini. Semalam aku dah merasmikan keta dia!!! Hahahahha.
Macih tau sebab sanggup mai jumpa aku leh gak aku merasa keta hang ni. Aku dah test drive. Pergh. Tak tahan. Rasa macam nak ja aku amik!!hahahahah. dah siap Makeup tu tak tahan. Naik keta tu semua orang pandang ja. serius weh. Ini tak tipu, tapi betul-betul. Siap brader sorang tu sampai kuar kepala dia dari tinggkap keta dia nak tengok!! Masa buh minyak pon ramai gak duk pandang-pandang kami. Mungkin tak caya kot sebab aku n kawan aku ni MUDA lagi. Mungkin orang anggap ni keta BAPAK dia!! tak kisah pon, aku tahu siapa pemiliknya dan kawan aku memang berkemampuan! Keta ni hasil titik peluh kawan aku. Berbaloi la kan belajar tinggi-tinggi. Akhirnya ada jugak hasilnya.

Yang tengah duk buh minyak tu, dia lah pemilik kereta ni. Muda lagi dia ni (macam aku la yang cute miut ni) dan juga avaiable!! Sapa nak aku leh rekemen. Dia tengah solo dan belum ada yang berpunya. Sapa nak habaq kat aku!!hahahahha. Nama dia Badd dan dia kawan baik sejak sekolah menengah lagi. Best tengok kawan-kawan dah berjaya. Aku pun nak jugak jadi macam dia. Lagipon dia ni memang kategori orang pandai la, kerja dia pon leh tahan hbt gak. Kerja kerajaan lak tu. Kalu tak mana dia mampu nak memiliki si IRA ni. Apa-apa pon tahniah la kat kawan aku. Aku jugak dapat merasa keta baru berusia 2 hari. Kira orang terawal la merasa keta dia.hahahahha.. Ok tamat sudah cerita. Entry ni bukan pasal pompuan la tapi pasal keta.hahahahhaa..
2 ulasan:
cantik gak kete ni..ske..ske..ske.. :)
boleh tahan la..keta org..hahahah
Catat Ulasan