Rabu, 26 Januari 2011

Image baru Kampung Aku!!!!!

Selamat pagi semua. jam dah menunjukkan pukul 1.22 pagi. Aku belum dapat tidor lagi da... Pagi-pagi buta ni aku nak cerita pasal kampung tercinta aku!! Langkawi is my hometown ok. Baru-baru ni aku terdengar desus-desus pembangunan Menara di Langkawi. Sekarang benda tu akan menjadi kenyataan di mana telah dimulakan upacara pecah tanah pada 22/1/11 baru-baru ni oleh Tun Mahathir. Beliau juga mencetuskan idea untuk pembinaan menara setinggi 135 meter dan dijangka siap pada tahun 2013. So lepas ni terdapat pula tarikan baru di Langkawi tak lama lagi. Meh kita pakat tengok lakaran menara tu!!


Jadi inilah bentuk lakaran menara tersebut dan terletak di Pekan Kuah. Satu lagi projek mega dan aku harap projek ni bukan seperti projek lain yang hanya hidup segan mati tak nak!! Moh la melawat kampung aku yer! Cuti-cuti Malaysia.. promote sikit pasal Pelancongan ni.

2 ulasan:

noraim berkata...

wahh, lama dah tak pergi langkwi.

Syukri Hasshan berkata...

nnti mai 2013..nek tower baru..hahahaha