Khamis, 11 Ogos 2011

Bila jadi begini..

Assalamualaikum

Salam Ramadhan. Sudah 11 hari kita berpuasa bagi tahun 2011 ini. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk merasai puasa di hari ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan olehNya apabila melaksanakan ibadah wajib yang telah diberikan pada tahun ini.

Hari ni aku sekadar nak berkongsi satu perkara. Ianya melibat erti sebuah persahabatan. Kita semua inginkan persahabatan yang kekal serta berpanjangan. Namun, dalam persahabatan akan ada setiap cabarannya. Sebagai contoh. Kita bersahabat baik. Pada masa yang sama, kekasih lama sahabat kita mencintai kita.

Apabila kita menerima cinta tersebut. Pasti hati berbelah bahagi kerana kekasih tersebut merupakan kekasih lama sahabat baik kita. Antara persahabatan mana satu akan kita pilih. Kalau kawan kita memahami dan boleh menerima. Alhamdulillah, namun jika sebaliknya? Bagaimana? Maka persahabatan akan mula menjadi renggang.

Cinta takkan hadir tanpa pertemuan antara dua hati. Cinta itu buta. orang tua-tua selalu cakap macam tu. Cintu tu buta. Kita mestilah belajar memberi dan menerima. Berfikiran terbuka. Menjaga hati dan perasaan seorang sahabat juga amat penting. 

Ni semua adalah lumrah dunia. Belajarlah menerima. Jodoh itu ditangan Alllah. Dah sudah ditetapkan kekasih lama menjadi kekasih sahabat baik. Walaupun jauh disudut hati tidak suka. Anggaplah ini ketentuanNya. Waduh. Bab ni aku suka merepek! hahahahahah...

Cukup disini saja. Buat sahabat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan kerana perkara lepas beranggapan itu semua menyebabkan timbulnya persengketaan. Kita semua inginkan kebahagian. 

1 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

memang susah nak terima kalo jd cm tu..

apatah lg bila hubungan tu terjadi terlalu singkat selepas putus trus ada pengganti

maybe juga ada anggapan kononnya ditikam belakang