Sabtu, 27 Ogos 2011

Akhir Ramadhan

Assalamualaikum

Semua tahu kita berada di dalam bulan Ramdhan. Bulan untuk kita berjuang menahan nafsu, lapar dan dahaga. Namun, terdapat segelintir manusia yang berAGAMA ISLAM tidak menghormati dan menurut perintah dari Allah S.W.T. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Semoga golongan-golongan ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T dan pulang ke jalan ISLAM yang sebenar. Ingat lah, pintu taubat masih terbuka bagi umat-umat ISLAM yang ingin berubah dan kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Aku pon sedang berusaha mendalami apa itu ISLAM yang sebenar. Ilmu mengenai ISLAM sangat luas dan tidak tercapai oleh akal kita. Apa yang perlu dilakukan adalah mendalami dan memahami agar kita berada di jalan Allah. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasai Bulan Ramadhan pada tahun ini. Tetapi? sedarkah kita?Dapatkah kita merasai bulan Ramadhan ini pada tahun hadapan? Ajal dan Maut di tangan Allah S.W.T.

Disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan dan teman-teman yang mengenali diri aku ni. Sepuluh Jari dihulurkan memohon maaf andai tersilap kata, menyakiti hati, berlawak tidak bertempat dan sebagainya. Terima kasih kerana menyokong belog aku yang tak secomel mana pon ni..heheheheh..


Semoga kita bertemu lagi dikemudian hari. jangan lupa doakan supaya kawan aku kembali sihat. Jaga diri, jaga hati, jaga kelakuan, dan kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman. Berhati-hati jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

p/s: tima kasih sudi baca.

2 ulasan:

Umie Nadhirah berkata...

aku dokan kawan kau kembali sihat
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN.

ciktipah berkata...

Slamat ari rya jgk incik abg =p