Khamis, 30 Disember 2010

DAY 7

Akhirnya sudah sampai episod akhir bagi cerita bersiri aku menghabiskan masa di K.L. Ok! seperti episod sebelumnya aku ada cakap pasal hari ahad kan. Aku bertungkus-lumus membeli tiket pada hari jumaat. Akhirnya penantian tu sudah sampai ke penghujungnya. Seperti korang semua tahu la, Malaysia dah muncul Juara semalam!! Aku sempat melihat secara LIVE team Harimau Malaya membaham Sang Garuda!! Memang tak tinggal apa langsung la! Semua di telan sampai tak tinggal bulu langsung!! Hahahaha. Meh kita lihat apa telah aku buat masa dalam stadium!! Malaysia 3 - 0 Indonesia.....







Ok. Memang best time ni!! Tengok Team Harimau Malaya membaham terus Garuda. Berbaloi-baloi datang time ni. Sememangnya penamat yang cukup dramatik untuk hari-hari terakhir berada di K.L. Sekarang Pasukan Bola Sepak Malaysia telah menjadi Juara AFF 2010. Tahniah kepada skuad negara yang bermain bersungguh-sungguh dan tidak menghampakan jutaan harapan peminat sukan bola sepak negara!! Jadikan ini sebagai titik kebangkitan semula kekuasaan negara kita di Asia Tenggara serta Dunia!!!!! 


Tamat sudah aku perjalanan aku di K.L selama 1 minggu. Dapat banyak kenangan sepanjang berada di sana. Esoknya perlu bersiap kerana akan bertolak ke Penang!! Bye-bye K.L, welcome Penang!!!!

Rabu, 29 Disember 2010

DAY 6

Aku nak bercerita jugak untuk hari ke 6 setelah merantau dan merempat di K.L. Tak kira nak cerita jugak walaupun baru ja tengok Malaysia menang AFF Suzuki Cup tadi. Patutnya aku update yang ni lah! Tapi aku yakin semua blogger akan update benda yang sama jugak. Baik aku update cerita aku!! harharhar...



Ok ok ok, sambung cerita. Hari ke 6 paling memeritkan dan memenatkan bagi aku. Satu, aku dan kawan aku pergi HUKM dulu. Melawat kawan aku yang tak sihat! Ini je peluang yang ada untuk melawat dia. Lepas ni aku dah nak kena balik ke Penang! Selepas tu kami terus ke One Utama Damansara!! Bayangkan betapa jauhnya merantau dari Cheras ke Damansara. 30 minit gak la perjalanan. Kawan aku nak shoping lak kat situ. So terpaksa la ikut jugak!!




Gambar main boling aku terlupa nak amik! Rugi-rugi. Setel di One Utama, Bergerak ke Damansara Damai untuk mencari umah sewa kat kawan aku yang sorang lagi. Akhirnya dapat juga bilik sewa kat dia. Ok la bilik tu, puas hati gak aku tengok. Tahap keselamatan kat situ pun ok! Setel benda tu, makan dulu.. Pastu nak tau kami pergi mana lak!!! Hahaha.. I-CITY pulak menjadi persinggahan. Pada hari yang sama!!




Selesai sudah hari aku menjelajah serata pelusuk K.L. Tu kira baru sikit! ada lagi tempat yang boleh pergi. HUKM-One Utama-Damansara Damai-I-City.. Perghhhh... sangat memenatkan. Aku sampai umah tepat jam 1.30 pagi! Gilalah berjalan sakan...

DAY 5

Episod 5. Bila la nak abis cerita bersiri aku ni? Rilek, lum sampai penamat lagi. Ada la 2,3 dan seterusnya episodnya. Kalu nak habis nanti aku cakap la yer. Hangpa bosan ke tengok aku menulis? Tak best ke? Terpulang la nak baca ke tak!! Aku tak paksa yer.



Hari kelima. Aku buat apa ya! Oh. Dah ingat, aku pergi Bukit Jalil!! Sebab apa pergi sana? Semestinya AFF CUP 2010 la. Apa lg kan. Alang-alang dah ada di K.L aku pun pergi la membeli-belah tiket untuk ari ahad nanti!! Rasanya itu jer la aktiviti aku pada hari Jumaat! 


Lepas tu duduk di rumah jer la. Dah melabur sampai 30 hengget nak tengok bola punya pasai. Lagi satu K.L lak selalu hujan time petang, asal petang jer hujan, asal hujan jer petang!! So duk rumah bersama abg tilam tersayang!! 

DAY 4

Muncul semula di pagi hari yang menyejukkan. Hari ni aku nak sambung lagi episod bersiri aku yang genap 4 hari di K.L. Setelah selesai berperang pada hari semalam!! Hari ke 4 aku bercadang nak ke Lowyat!! Tapi benda lain lak yang terjadi. Kena pergi Sogo sebab kawan aku nak jumpa! So pergilah ke Sogo dahulu pastu barulah ke Lowyat!!


Berjumpa dengan kawan aku sekali dengan family dia pon ada! Langsung jadi malu-malu.. Disebelah aku ni kawan aku jugak. Ala yang aku cerita pasal kena pergi interview Bank Muamalat tu. Ni lah orangnya!! Kira aku dengan dia la merempat di dalam umah sewa lama aku tu! 


Wanita inilah yang datang bersama family dia!! Dari jauh kot mereka ni datang. Sebenar kami ni semua sama daerah, sama sekolah cuma kampung ja asing-asing!! Gurl ni datang bercuti dengan family dia, jangan terkejut  lak dia ni pegawai bank kot. Nampak ja kecik, tapi terer gak tu. Abis di Sogo, kami terus ke Lowyat pergi melihat barang-barang canggih ni. 


Aku terlupa nak amik gambar kawan aku (gurl) beli kamera DSLR! Mencecah RM 3ribu beb!! Canon 550D, pergh cair aku tengok!! Sebenarnya harga tak la sampai 3ribu tapi aksesori yang lain menyebabkan harga makin naik. Tapi kawan aku ni dah minat sangat, lagipun dia pun duit tebal, tak jadi masalah lah. Kalu aku pikir 1001 kali kot baru nak beli, almaklumlah tak berduit dan tak bekerja lagi!!!



So tamat sudah episod ke 4 aku menjelajah di K.L. Cemburu dengan kawan aku yang berjaya sentap DSLR! Geram-geram oh geram sebab aku pon teringin gak nak beli benda tu. Tapi masih belum berkemampuan lagi buat masa ni. Sabar jer la dulu. 

Selasa, 28 Disember 2010

DAY 3

Aku datang kembali untuk menyambung episod cerita bersiri aku ketika di K.L. Macam la baru 1st time datang K.L aku ni, padahal 3 tahun menetap kat K.L tak mau pulak nak bercerita!! Sekarang baru terhegeh-hegeh nak bercerita. 22/12/2010 @ hari Rabu merupakan tarikh keramat aku! Sebab apa? Korang ingat tak entry aku dulu yang bercakap pasal satu benda yang memerlukan aku merantau sehingga K.L. Ingat tak ni? tak ingat kan! Dah agak. Hahahaha. Berkenaan hari Rabu ni membuatkan aku duduk tak diam, mandi tak kenyang, makan tak basah, duduk tak senang!! Haish, gemuruh mengalahkan exam. 


Inilah sebabnya hidup aku tak tenteram pada hari Rabu! Hari sebelumnya, aku yang pemalas ni terpaksa menelaah buku-buku yang tak berkaitan demi menjawab soklah-soklan! Aku pon tak tahu apa la yang aku baca. Kali ni aku pergi dengan kawan aku. Dia pun dapat gak benda ni! Bila sampai ja aku kena giliran no 5, kawan aku kena no 2!!! Awal betol aku kena. Bila dah lepas, lega la sikit! Buat penat baca ja langsung tak ditanya apa yang aku baca. Lain pulak yang ditanya. Hangpa semua doakan aku berjaya ok!!sekali dengan kawan aku sama..

Setel dah benda yang paling menakutkan! Tu merupakan 1st time aku kena interview. Sebelum ni tak pernah lagi. Kira ok la ada pengalaman jugak kan. Setel benda ni. Aku dan kawan2 aku pergi melayan wayang pulak la. Menghilangkan kebosanan. Kena pulak hari Rabu, tiket wayang murah! Rugi la tak tengok. Midvalley menjadi persinggahan sebab dekat dengan umah. Malas nak pergi jauh-jauh!!


Ni gambar kawan aku!! Dia teringin nak bergambar dengan pokok krismas. Amik hg aku masukkan dalam belog aku muka hg! Hahahaha. Muka ni la nak jadi cikgu kalu berjaya nanti. Cerita yang aku layan dalam wayang ialah Tron Legacy. Boleh tahan la cerita dia sampai kawan aku dalam gambar di atas punya la layan tido. Haish. Aku ingatkan dia tengok rupanya dah hanyut ntah ke mana.

P/S: Doakan aku dengan kawan aku berjaya ok! Berharap sangat mendapat kerja tu. Bukan senang nak sampai ke tahap tu! Penuh onak dan duri.. 

DAY 2

Cerita sambungan aku untuk hari kedua di K.L. Hari selasa aku tak kemana-mana just duduk rumah je. Waktu tengahari aku kena hantar kawan aku ke Masjid Jamek sebab dia ada interview kat sana. Bank Muamalat tempat dia kena interview tu. So kerja aku pada hari selasa ialah dengan menjadi pemandu pelancong!!kononnya lah. Hahahaha, bukanlah hantar dan ambil kawan aku ke tempat interview.



Gambar diatas tu dah menunjukkan tahap keboringan aku sebenarnya!! Selain tu, aku menjadi gemuruh lak untuk hari esok iaitu hari Rabu!! Nak tahu aku kena buat apa hari Rabu. Kena lah nantikan episod yang seterusnya! Sampai sini saja aku tulis sebab hari Selasa memang aku tak ada apa-apa aktiviti pon. Just duduk di rumah dan hantar kawan aku! 

Sekian....jumpa lagi malam ni.

Isnin, 27 Disember 2010

DAY 1

Sudah lama aku tak mengupdate belog aku. Dengan rasa tak malunya aku nak tanya anda semua! Rindu tak kat aku ni? Ala, aku tau hangpa semua rindu kat aku kan..kan..kan. Heheheh. Aku leh agak hangpa semua mesti dah lupa kat aku ni. Besa la, aku tak seFamous Ben Ashaari and belog-belog lain yang lebih mantap.


Aku ada alasan sikit sebab tak dapat mengupdate belog ni. Antara punca-punca utama aku kerana perlu menyelesaikan urusan yang agak penting. Seminggu di Kuala Lumpur!! Perghh, menghabiskan masa dengan berjalan dan penamatnya agak dramatik. Kalu nak tahu aku akan menulis mengikut setiap hari yang aku ada untuk dihabiskan di Kuala Lumpur tu. Dimulakan perjalanan dari Kg aku menghala ke Penang dahulu. So aku pon sempatlah menyinggah sebentar di Pesta Pulau Pinang. Best gak pesta ni, tapi sebab aku kena naik bas so tak dapat la nak main kat Pesta tu.....


Bermula hari isnin. Aku mula sampai K.L tepat jam 4.00 pagi bersama dengan sorang kawan aku ni. Dijemput oleh Ex-housemate aku masa aku duk K.L dan semestinya aku menumpang di umah sewa lama aku.  Pada hari tu jugak aku pergi melawat kawan aku di HUKM. Harap anda semua mendoakan semoga kawan aku sembuh dari penyakitnya. Gambar tak ada sebab kawan aku minta jangan keluarkan atau postkan di dalam laman sesawang.

Jumaat, 10 Disember 2010

7 petanda?

Assalamualaikum..  
Selamat hari jumaat. Aku pegi solat jumaat hari ni. Tak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Sebenarnya aku agak letih sejak akhir-akhir ni. Mood nak berbelog pon susah nak datang. Tapi hari ni aku cuma bawak mai balik mood aku untuk berbelog. Anda rasa apa sebenarnya aku nak cakap dengan 7 petanda tu? Nak tahu? Kena la baca la yer apa yang aku merepekkan selepas ini. Aku tulis sekadar untuk suka-suka saja. Tak da kena mengena dengan sesiapa.

Ok, berkenaan tajuk di atas tu. Sebenarnya apa aku nak bercakap ni pasal perkara-perkara yang akan dilakukan oleh wanita!!! Apa sebenarnya wanita nak buat ni? 7 petanda lak tu. Tetapi lelaki perlu berjaga-jaga apabila petanda ini muncul. Alamatnya mampus la lelaki tu nak menghandle benda ni. Jenuh cari alasan nak mengelak kalau la lelaki tu rasa rimas. Aku cakap kalau la tapi kalau lelaki tu layan habislah. Kalau lagi aku tulis. Hidup kita jika tak guna kalau boleh tak? Sat-sat aku nak translate makna Jenuh (bermaksud susah) takut ada tak faham apa makna Jenuh tu (bahasa kedah tau). Heheheh.

Ok-ok dah melalut jauh dah aku tadi. Berkenaan petanda ni, sangat merbahaya kerana pada waktu ni wanita akan bertindak. Bahaya ni bagi kaum lelaki, anda perlu berjaga-jaga. Hehehe. Sebenarnya petanda tersebut ialah 7 petanda bila wanita menyukai lelaki!! Itu ajer sebenarnya. Nak tahu apa petanda tersebut? Nak tak? Tak perlu bayar pun, aku kongsi dengan hangpa semua free jer. Ok. Petanda yang pertama ialah:

1) Menghadiahkan sesuatu..
Selalunya orang lelaki yang suka bagi adiah kan. Teddy bear, bunga, jam dan benda-benda mak nenek yang orang pompuan suka la walaupun bunga tu kutip tepi jalan tapi demi cinta dan kasih sayang pompuan suka jugak!! Tapi kalau benda ni terjadi secara terbalik, maka kaum lelaki perlu berjaga-jaga. Maknanya pompuan tersebut nak mengenali kita ni dengan lebih mendalam... Tu dah tanda-tanda dia dah mula suka kat lelaki tersebut. So lelaki, kalau ada perempuan bagi adiah secara tiba-tiba, pandai-pandai lah hangpa pikiaq no.


2)Bercerita kisah peribadi..
Sebenarnya susah untuk wanita nak cerita pasal kisah hidup dia kat orang lelaki yang tak dikenali. Tapi bila dia dah mula cerita pasal kisah peribadi dia kat anda. Faham-faham jer la yer.. Dia dah mula nak kongsi tentang diri dia kepada anda. Ni boleh dikatakan pada peringkat awal perkenalan orang cakap. Kenal-kenal dulu pastu baru boleh ke jalan seterusnya..

3)Lirikan mata
Yang ni dari dulu lagi dah betul, tak kira la laki ka pompuan sama ja. Dari mata turun ke hati. Pergh jiwang sungguh aku hari jumaat ni. Tapi kena faham la mata jenis mana yang turun ke hati tu. Jangan pi salah tengok lak mata, kalau mata tu merah menyala tanda angkat kaki la. Tapi kalu mata dia jernih, pastu buat malu-malu kucing di tambah dengan tersipu-sipu senyum meleret sampai mencecah telinga tu, memang dah tanda dia la. Apa lagi, masuk jarum jelah..hahahaha

4)Memuji anda..
Puji-puji ni ada banyak makna, ada kala suh kita bawak jalan-jalan, belanja makan, belanja tengok wayang, bagi adiah. Kalau puji yang ni alamatnya cerah la dahi. Jatuh miskin. Tapi tak semestinya dia puji untuk benda-benda tu kan. Pujian tu bermakna pompuan dah mula terpikat kat anda. Tiba-tiba dia kata anda macho hari ni, jangan terus kata dia suka kat anda terus. Tu namanya terperasan lebih, tapi kalau tiap kali jumpa pompuan selalu puji tu bermakna dia memang dah suka kat anda.


5)Belikan minuman..
Selalunya lelaki akan belanja pompuan minum masa bertemu buat pertama kalinya. Tapi kalu benda ni terbalik bila si pompuan belanja anda minum tu dah tunjuk petanda bahawasanya pompuan dah menyukai anda lah. 1st time jumpa pompuan belanja tau, bukan ke2,3,4 dan seterusnya. 1st time!! Ingat tau!! Tu baru betul petanda pompuan suka kat lelaki.

6)Membenarkan anda menyentuhnya...
Ni bukan sentuh tak tentu hala na. Tengok keadaan dan situasi la. Buat trick sikit, kononnya kena lintas jalan, kalau pompuan tu bagi anda pegang tangan dia dah ada petanda suka la tu. Kalau dia tak bagi mungkin dia malu-malu lagi. So jangan terlalu menaruh harapan sangat leh pegang pompuan sesuka hati ja yer. Sapa bagi lesen kat hangpa nak pegang anak orang!! Pi amik lesen sah dulu baru leh pegang. hahahaha. orang yang tulis ni pon kena beringat sama la jugak. hahahaha..

7)Dia menyentuh anda..
Lebih kurang macam atas tu, tapi yang ni pompuan lagi berani dari lelaki la. Pompuan dulu sentuh lelaki, yang tu dah sah-sah menunjukkan pompuan suka kat anda. Tu maknanya pompuan ni nak perhubungan yang serius maka terjadilah jerat percintaan..hahahahaha. Susah nak jumpa pompuan jenis berani cam ni tetapi kalau terjadi kat anda semua dah terbukti pompuan tersebut dah mula suka kat anda.

Sekian setakat ini saja hasil kerahan keringat aku mencurahkan pengetahuan serba sedikit mengenai tanda-tanda pompuan suka kat kita wahai lelaki. Aku pernah lalui benda ni. Jadi ni boleh dikatakan sedikit sebanyak pengalaman aku la. Just nak share dengan anda semua. Tak la semua ok, tapi aku tambah2 sikit dengan pembacaan la. Takkan saja-saja nak tulis kalau tak rujukan jugak kan.

Selasa, 7 Disember 2010

Kononnya sangat sibuk lah...

Salam semua..

Hangpa semua rindu aku tak? Dah lama kan aku tak mengupdate belog ni. Aku bukan tak nak update tapi tak sempat nak update. Banyak hal sejak akhir-akhir ni. Hari ni aku merasa free sikit untuk update belog. Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga kedatangan tahun baru membawa titik-titik perubahan terhadap diri kita semua dengan lebih baik. 

Alhamdulillah, sejak kedatangan tahun baru ni aku telah mendapat sedikit berita gembira. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi aku peluang serta rezeki yang mampu merubah kehidupan aku di masa akan datang InsyaAllah. Dah macam ceramah la pulak hari ni. Aku cuma memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernyawa di dunia ini serta menyambut kedatangan tahun baru yang mulia ini. Ok. berbalik pada cerita aku tak sempat update, bukan apa mungkin penat tolong mak aku kat kedai makan. Biasalah, pelanggan agak ramai sekarang ni sebab banyak pelancong tempatan datang kat kampung aku. Jadi aku agak kepenatan nak mengupdate cerita sebab banyak tido kerana letih. Biasalah dah lama tak buat kerja, asyik mengadap buku sampai muka pun nak macam buku dah...

Ok, berkenaan berita gembira pulak, aku berjaya melepasi ujian Micro Teaching!! Apa benda tu. Tahu tak? Angkat tangan sapa tau jawapan? Cikgu bagi duit sekupang? nak? Sekarang aku berada di stage @ peringkat terakhir iaitu Temuduga pulak!! Temudaga ni pada 22/12/2010/. Hangpa semua berdoa kat aku tau agar aku berjaya dalam temuduga tu. Ni sebenarnya peluang pekerjaan untuk menjadi Cikgu MARA/Pensyarah dari MARA. Dua stage aku dah berjaya, tinggal satu jer lagi. Harap-harap berjaya la. Meh aku nak tunjuk sikit gambar aku masa kena buat Micro Teaching dulu. 


Ada gaya macam Cikgu tak? Tobat macam tak layak kan. Hahahah. Lawak betul la, masa ni aku tengah tunggu giliran untuk mengajar. Dah borin teramat sangat, aku pon snap sendiri muka aku yang tak hensem ni. Kan kan, tak hensem kan? Letih kot sebab 3 peringkat kena lalui, so aku harap peringkat terakhir ni mampu membawa aku ke arah kehidupan yang lebih baik. Walaupun aku tengah buat Master!! Ni lagi satu, caya tak aku buat Master sekarang? Mesti tak punya. Tengok muka hangpa pon dah tau hangpa tak caya!! (macam la aku nampak muka hangpa).


Aku harap berjaya dalam mencapai impian aku menjadi seorang pengajar yang baik. Mampu ke? Hahaha. Aku pon tak pasti la. Yang penting kita kena berusaha demi mengejar cita-cita dan tidak menghampakan harapan kedua ibu bapa. Hope anda semua doakan aku berjaya nanti. Sekian..


Sabtu, 4 Disember 2010

Contest: Ada apa dalam tuh?

Second round untuk episod tag aku. Kali ni cik Fatihah pulak memasukkan nama aku dalam list dia. Suka sungguh dia dengan Panglima perang seperti aku ni. Tahulah aku tak nak tolong dia dalam merencana strategi peperangan. Rupa-rupanya dia telah membuat serangan hendap kat aku pulak. Tak pe. Lepas ni dia pulak yang kena berjaga-jaga. Hahahaha (gelak teramat jahat ). Apa sebenarnya aku kena buat erk! Jap yer, baru tengah mengusha-usha contest ni. Orait, dah faham sikit-sikit (sambil angguk kepala dengan slow motion). Nasib baik mudah ja contest ni!!!



Contest ni dianjurkan oleh Cik Bambam yer. Oh yer, ni merupakan 1st time tuan punya belog ni buat contest tau. Wah-wah rajin benor dia nak bagi adiah kat orang. errrr, kalu 1st contest adiah mesti gempak-gempak (berangan-angan dapat Evo10). Ada syarat-syaratnya, anda kena masuk belog cik bambam yang telah dilink aku kat atas 2!!

Aku buntu sebenarnya ni. Apa kebenda la dalam bekas tu. Haish. errr, takut la nak bagi jawapan. Hahahahaha. Ok, serius-serius syukri!!! Main-main saja hang sekarang, bila nak serius ni? Sebab tu awek lari, harharharh.... Ok! Jawapan aku dalam bekas tu ialah KERONGSANG..ekkk,.. Muat ke benda alah tu dalam bekas kecik tu?macam-macam bentuk kerongsang ada, kecik,sederhana n besar,. 

Belog Cik Bambam dah ok sebenarnya, cuma warna tulisan tu bagi matching la dengan background. Sebab ada beberapa tulisan macam susah sikit nak baca. Just ubah warna ja. Yang lain ok. tak da masalah!!

Manusia bertuah kena tag ialah................

Dah setel kerja aku pada malam ni. Dengan ini diumumkan aku dah selesai buat Tag-tag iaitu sebanyak 2. Hahahaha. 2 jer pon, kecoh betul mamat ni.

Jumaat, 3 Disember 2010

Hari menjawab tag!!

Dah 2 hari aku tak menjenguk belog tercinta aku ni. Al maklum lah, aku baru jer sampai kampung halaman 2 hari lepas. Pastu ada plak banyak kerja kena buat dan beberapa aktiviti tak terancang.  Masuk belog ja dah ternampak beberapa benda. Kena tag pulak, satu tak pe gak tapi sekali datang 2 la pulak. Nasib baik 2 saja, kalu banyak memang tak terlayan la aku nak buat. 1st aku kena tag dengan Dhiya. Jadi aku buat yang dia dulu la sebab dia tag aku dulu. Ikut turn orang cakap. Hehehehe. Tapi kena jawab soalan pulak. Meh kita tengok soalan-soalannya.

1. 3 Names in your inbox cellphone
herry
lyana
mira

2. Your main ringtone?
republic-secrets


3. What U did at 12 last night?
tolong mak aku kat kedai makan


4. Who was the last person U went out with? Where?
Mat Ku, Kimi, Herry n Faiz

Kedai tasik di Langkawi

5. The color of T-shirt you're wearing now?
merah

sangat garang

6. The last thing you did?
baru ja sarapan tadi


7. 3 of your everyday favourite items?

Laptop aku la
Hendset semestinya
katil aku!faham-faham jer la


8. The color of your bedroom
cream rasanya. kalu tak silap la


9. How much money in your wallet now?
33 henget ja ada ni. 
nak masukkan duit sekupang tak?


10. Your favourite song?
ikut suka aku nak dengar lagu apa

11. What will you do next wekend?
Pegi picnic dengan kawan


12. When was the last time U saw Ur Mum?
Semalam la!

13. Where is she now?
di rumah sekarang


14. When was the last time you talked to your parents? 
baru ja semalam cakap dengan my parent

15. Who is the last person that texted U?
herry tanya nak makan apa picnic nanti

16. Where did U have your dinner last night?  
kedai makan mak aku.free!!

17. The last suprise you got?
tak ada. ntah, dah lupa

18. Last thing U borrowed from ur friends?
aku pinjam apa ya. tak ingat jugak.

19. Who is ur BF/GF or husband/wife
Hahaha
aku single and available?
caya tak?tobat masing-masing tak caya.
but it true!!


20. What do you feel now?
Hapy sebab balik kampung


21. Wanna share with who?
dengan kawan-kawan aku
pegi picnic
anda nak ikut?

22. Who knows ur secret?
aku ada rahsia ke?
tak ada siapa yang tahu rahsia aku
senyap-senyap jer.

23. They keep ur secret?
tak ada orang tau pon.hahah

24. Are you angry with someone?
tak. tengah hapy

25. What do you order at McD?
aiskrim seringgit. Apa nama dia?


26. The last time you felt so sad?
humm.. baru-baru ni sebab tak dapat jawab exam.


27. What is your wish for tomorrow?
esok nak pegi picnic. 2 jer aku ingat


28. Who will U tag next?
 tak ada la. sapa rasa-rasa nak buat!!