Assalamualaikum..
Setelah sekian lama bulan Mac hampir pertengahan. Aku baru terasa nak menulis sesuatu. Haisshh apa kes jadi macam skema pelik ja ni?
Dulu masa kecil kita semua telah di didik untuk menjadi seorang manusia yang tahu menggunakan akal secara waras dan matang. Bagi aku, setiap peristiwa yang berlaku bagi setiap manusia pasti berbeza-beza.
Ada manusia yang dilahirkan cukup sifatnya dan ada sebaliknya. Itulah asam garam kehidupan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita perlu bersyukur dan sentiasa berusaha mencari setiap kejayaan baik di dunia dan akhirat.
Jalan cerita kita pasti berbeza. Ianya ibarat seperti sebuah Filem blockbuster yang pasti ada kesudahan yang yang sedih, gembira, tragis dan sebagainya. Namun perjalanan kita hanya akan tamat apabila hilangnya roh dibadan. Ketika itu, bermulalah satu lagi kehidupan baru iaitu di Alam Barzakh.
Mati itu pasti, syurga itu hakiki. Berpijak di bumi Allah hanya sebagai khalifah untuk mencari amalan untuk dikira pada hari timbang tara. Adakah kita ni menunaikan kewajiban?mengikut petunjuk dan meninggalkan laranganNya? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.
Bagi aku, setiap manusia adalah tidak sempurna. Pasti ada kelebihan dan kekurangan. Setiap perlakuan kita ini sentiasa tak terlepas dari tercatit. Pintu taubat sentiasa terbuka. Bagi mereka yang tidak melaksanakan setiap arahanNya. Nilailah diri anda. Adakah ini betul?baik lelaki dan perempuan, pasti ada salah silapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan