Assalamualaikum.
Tersangat la penat sejak dua menjak tiga empat semenjak nihh. Kepenatan sehingga mencecah tahap gaban. Susah untuk digambarkan macam mana bentuk aku yang sedang kepenatan tak terhingga.
Jadual tersangatlah padat sampai kesannya merebak ke belog aku yang semakin kurang seri tanpa cerita dan update terbaru. I have idea but time is jelous with me. Haaaa sudah ayat inggeris aku lintang pukang. Sila jangan tiru contoh tak senonoh dari aku nih.
Berbalik kepada cerita yang aku sedang nak cuba reka tanpa sebab musabab. Begini ceritanya, aku sebenarnya sibuk. Itu ja cerita sebenarnya.
Tengoklah statistik pengeluaran entry aku sejak 3 bulan ni. Menjunam sampai kadang-kadang nak cecah 5 entry dalam masa sebulan pon susah. bayangkan betapa sibuknya aku.
It not easy when your doing something that very important. Bayangkan la aku terpaksa skip kelas selama 1 minggu demi menyiapkan kajian. Tak terkira dengan godaan yang sentiasa datang menjelma setiap kali tangan aku nak menulis @ menaip nih.
Asal aku nak tulis ja datang la sorang ajak pergi teman minum. Datang sorang lagi tambah hasut DOTA seround. Rilek, masa panjang lagi. Tahik korak mung la.... Ha tengok apa kesan kepada aku sekarang. Tak ketahuan hala.
Cukup disini aku sekadar menulis tanpa sebarang niat untuk update di dalam belog. Hanya sekadar picisan idea untuk meluahkan kadar ketidakpuasan hatian aku apabila kerja tertangguh sampat tak tertanggung dek akal.
Guane aku nak menjawab nih? Tidoooooooooooo. jer la jawapannya. sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan