Isnin, 26 Mac 2012

This is learning proces.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa dalam hidup mesti ada Kebahagiaan dan Kesengsaraan. Kenapa mesti ada baik dan buruk. Kenapa semua itu perlu terjadi?

Semua orang ingin sesuatu yang baik. Inginkan kebahagiaan di dalam kehidupan. Semua itu adalah satu impian namun sudah tertulis setiap perjalanan manusia adalah tidak sama.

Jika kita gagal dan tidak berusaha untuk berjaya maka kita akan sentiasa akan gagal. Setiap kegagalan tidak bererti kita akan gagal selamanya. Hanya dengan usaha dan memohon pertolongan dari Maha Esa tanpa jemu pasti akan mendapat syafaat dan keredhaanNya kelak.

Pokoknya USAHA perlu ada didalam setiap diri manusia. Ketabahan dan Kesabaran adalah satu kunci dan merupakan resepi kepada kejayaan akan datang.

Jadi janganlah kita berputus asa dan mengalah, Teruskan perjuangan sehingga kita juga mampu membuktikan setiap manusia mampu mengubah hidup dan nasib. Setiap perkara yang berlaku adalah satu ujian yang membantu kita untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.

Tiada ulasan: