Jumaat, 9 September 2011

Mencari-cari....

Assalamualaikum..

Selamat malam semua. Dah masuk hari yang ke 4 aku berada di Penang. Lama betoi tak menjejak kaki kat sini. Kini aku kena ada sini buat tempoh beberapa bulan sebelum cuti tiba kembali. Ada berapa lama lagi ya? Kira-kira 10 bulan aku perlu berada di Penang.

Setelah cuti 4 bulan di kampung halaman. Rasa perit woih nak datang Penang semula. Setiap hari aku berperang DOTA dengan kawan untuk isi masa kosong. Kat sini, tak ada geng DOTA. Dermm ahhh. Tak best woihhh.. Bosan Bosan!!

Bila dah muncul semula kat sini, mula aku mencari-cari. Cari apa? Cari mood lah. Apa lagi. Nak study. Dah rehat 4 bulan. Otak tak berfungsi. Sekarang nak kena asah balik la otak nih. Berkarat gila-gila. Walhal kat rumah dulu study la jugak sikit-sikit. Cari idea untuk tesis aku. Demm tak jugak jalan-jalan sebab pengaruh kawan-kawan. Kawan-kawan jugak disalahkan. Diri sendiri? Confom lah tak mengaku salah kan..

Tapi ada lah hasil. Cuma kurang sikit ja. Hahhahaha. Tak sebanyak mana pon tapi ada jugak hasil study aku sikit. Memahami apa yang patut aku fahami. Hahahahah. Aku nih tak la hebat mana pon. Hanya pelajar biasa ja. Tak secemerlang macam top student yang selalu keluar paper nuh. Mencanang satu dunia dapat 80 A straight to the point. Hekhekhek.

Dah la. Kang aku tulis lagi merepek-repek tak ketahuan hala. Nanti ada pulak mamat sentap terasa. Kononnya TAFF la sangatkan. Tapi hati sentap. baik tak payah lahhh. Ehhh, aku merepek dah nih.. Tak ada idea nak tulis macam ni lah gamaknya.

Apa-apa pon. Kita nak menuntut ilmu ni perlu ikhlas dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. jadikan kejayaan orang lain sebagai pendorong dan pemberi semangat untuk kita berjaya jugak. bersederhana lebih baik kan. Jadilah pelajar yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Itu lebih baik. Golongan berilmuan ni dipandang tinggi oleh AGAMA. Jadi menuntut ilmu selagi boleh..


Peace you All...

P/S: Doakan aku berjaya menempuh cabaran dan dugaan pada sem ni. Ada setahun lagi perjuangan nih. maknannya 2 sem ja lagi tinggal. harap-harap ok lah. Support wehhhh....

3 ulasan:

anith chan berkata...

chaiyok chaiyok.. kawen jgn lupa aku.. :)))

MisSyuha D. berkata...

rajin2 la blajar.. jgn duk bz b'chenta jew.. :P

Umie Nadhirah berkata...

Kalo takdak geng dota..
lagi baguih.. nak bagi kau pokes.. keh3..